Travel Bajet ke Sydney, Australia | Kiama Blowhole - Amy Syeera

Friday, April 14, 2017

Travel Bajet ke Sydney, Australia | Kiama Blowhole

Assalamualaikum and good day mate! Okay, semalam dah habis explore satu bandar Martin Place, kalini kami bergerak ke tempat lebih jauh sedikit iaitu Kiama. Kiama ni terletak di belah Selatan New South Wales (NSW). Kiranya dah terkeluar dari bandar Sydney. Alang-alang kami dah ada di Sydney, apa salahnya pergi jalan sampai ke hujung sana kan. Ada satu lagi tempat nama dia Canberra. Canberra ni orang kata sebiji macam Putrajaya. Tapi memandangkan masa tak mencukupi, jadi kami buat keputusan untuk tak pergi ke sana. Kalau korang ada banyak masa, try je pergi. Member aku yang lahir di sana, dia kata Canberra ni memang sangat sesuai untuk orang yang sukakan ketenangan dan kesunyian. Ala, memang kira macam Putrajaya lah. 


Travel Bajet ke Sydney | Kiama Blowhole


Central Station Platform 25 > Kiama Station Platform 2
Opal Rate:
Peak Time: AUD8.30
Non Peak Time: AUD5.81
Masa Perjalanan: 2 jam 18 minit

Perjalanan dari Central Station ke Kiama Station mengambil masa yang sangat lama juga. dalam 2 jam 15 minit. Kalau korang rasa tak cukup tidur, aku suggest masa dah naik train, terus tidur. Then, kalau tersedar sebelum Helensburgh Station, jangan lepaskan peluang untuk tengok pemandangan di luar train. Make sure duduk tepi tingkap tau. And kalau bermula perjalanan dari Central Station, ambillah view di belah kiri sebab di situ view lebih lawa. Aku sepanjang perjalanan memang tak tidur. Jadi, aku berjaya menyaksikan pemandangan dalam train ini tanpa henti. 



Kiama Station




Alhamdulillah, sampai juga ke destinasi ini. Tenangnya rasa duduk di Kiama ni. Macam satu kawasan yang khas untuk korang duduk bila sudah menginjak usia 60an ke atas. Memang lawa. Angin sangat kuat. Dah lah aku pakai cardigan labuh, memang effect dia tak menahan lah. Haahahaha.. 

Sebelum ke Kiama Blowhole, kami lalu di kawasan pantai dahulu. Kiama Blowhole agak jauh juga rupanya. tapi memang worth it. apa yang menyebabkan orang tertarik untuk ke sini? sebab ada blowhole tu. blowhole ni terjadi bila ada air pasang sahaja. 











sidenote: kalau nak tengok effect blowhole yang sangat awesome, jangan lupa cek Kiama Tides dahulu untuk cek air pasangnya start pukul berapa. 

masa kami sampai tu dalam pukul 12 tengah hari. air pasang pula start pada pukul 2 lebih. jadi, apa yang dapat saksikan cuma 'small blow ala-ala geyser' macam orang nak kentut tak jadi. sedih tengok. lama juga aku menanti di situ. capture gambar, rakam video. yet, kecil sahaja blow tide yang keluar. 

Image result for kiama blowhole
ini expectation.


ini realiti.

nak tunggu lama tak boleh sebab lepas tu nak pergi ke tempat lain pula. jadi, dengan perasaan kecewa, kami beredar dari Kiama Blowhole tadi. 







memandangkan waktu tu sudah masuk ke tengah hari, jadi perut memang sedaplah dia berbunyi. kami buat keputusan untuk jalan masuk ke kawasan pekan dia. ala-ala pekan koboi. kak CT kata ada kedai kebab di sini. jadi, kami pun berjalan dan berjalan. sekali kedai tutup. sedih sungguh. nasib baik jumpa satu kedai Fish n Chips ni. Red Rooster. beli 2. sorang dapat bayar AUD11. memang sedap! rugi kalau tak cuba. 

kami makan di dalam train sebab kami dah kesuntukan masa untuk ke Sea Cliff Bridge pula. Sea Cliff Bridge ni sangat lawa kalau waktu sunset and tak hujan. untuk mula perjalanan di sepanjang Sea Cliff Bridge ni, aku suggest korang mula dari Coalcliff Station. kalau dari Scarborough, agak jauh perjalanan walaupun lebih dekat dengan Kiama Station.

mulanya dalam itinerary nak start dari Scarborough Station. tapi aku dengar masa dalam train, dia cakap Scarborough Station hanya 6 couch sahaja akan dibuka. untuk pengetahuan, train dia tak macam kita ada 4 couch dan 2 couch. dia terus ada 8-10 couch. tapi certain station, hanya couch tertentu sahaja pintu akan dibuka. disebabkan tidak tahu, kami terlepas station tu and terus ke hadapan. hahaha. so beware! kalau nak ke satu tempat tu, dengar apa konduktor dia beritahu. and cek couch korang yang keberapa. kalau tak, memang pintu tak akan dibuka. 

jadi, dengar sahaja Coalcliff Station, terus kami keluar. 

Kiama Station Platform 1 > Coalcliff Station Platform 2
South Coast Line towards Port Kembla

Opal Rate
Peak Time: AUD6.46
Non Peak Time: AUD4.52

turun sahaja ke Coalcliff Station ni, wow. sangat scary. kenapa sunyi sangat tempatnya. jadi, kami cepat-cepat turun and makin lama jadi makin scary. hahaha. kereta yang lalu lalang hanya ada 2-3 biji sahaja. kawasan tu merupakan kawasan berbukit. jadi, bayangkan punya jauh kami nak turun tu, dengan aku pakai boots lagi. aduhai. penatnya. hati pun dah risau juga. kat manalah kami landed ni sebenarnya. nak pergi balik ke Coalcliff Station tadi memang tak lah. sebab nak naik lagi penat daripada turun bukit kan.


nasib baiklah masa tu dah nampak kawasan rumah. syukur sangat. bila dah lama fikir, last-last tak jadilah nak berjalan dekat Sea Cliff Bridge tu. macam jauh yang amat je. hahaha. and alhamdulillah, masa duk jalan lagi, kami ternampak satu bus stand di situ. tengok perjalanan bas dia, bas terakhir adalah pukul 4:45 petang. tengok jam kami. 4:40 petang. ya ALLAH. nasib masih menyebelahi.

Lawrence Hargrave Dr > Princes Hwy after Bourke St
2 Stanwell Park to Wollongong via Thirroul 
Opal Rate: AUD4.50

datang je pakcik bas, terus kami berlari berkejaran ke arah bas. hahaha kelakar pula bila fikir balik. macam orang desperate sangat. yes! memang kami dah terdesak. sini memang lah kawasan orang kaya. tapi siapa je boleh kasi kami tumpang tidur satu malam? cek uber pun tak ada tau! tak sangka memandangkan kami ambil bas terakhir, kami je ada dalam bas tu.

mungkin ada hikmahnya. pakcik bas tadi bersembang dengan kami, dan dia cadangkan satu tempat lawa untuk kami pergi tengok dengan mata sendiri. nasib baik juga bas ni lalu Sea Cliff Bridge yang kami nak lalu sangat tu.

sidenote: WOW. kalau rajin, silalah jalan sepanjang Sea Cliff Bridge tu. panjang ya amat! lagi waktu hujan, tolonglah jangan. sia-sia je. naik sahaja bas. boleh nampak juga.

pakcik bas tadi membawa kami sehingga ke Wollongong Beach. haha. ini lagi satu benda kelakar. elok kami nak ke utara dari Kiama ke Coalcliff tadi. terus kami ke selatan balik. nak ke Kiama semula kiranya. tak apalah. benda dah jadi.

masa dah sampai tu, mula tengok macam plain je beach dia. adalah nampak orang surfing. tapi takkan tu je? rupanya bila dah jalan sehingga ke hadapan, baru lah ada pemandangan yang sangat lawa. 






puas bergambar, kami tunggu di bus stop berdekatan. katanya ada bas percuma (bus 55A/55C shuttle bus) di situ untuk ke Wollongong Station. sampai sahaja, aku seluk poket, Opal Card tak ada! deng.. aku menangis masa tu. serious. sebab aku tahu, diorang di sana memang pentingkan Opal Card tu. so, bayangkan bila kau tak ada. aku dah panik. nasib baik sahaja bas free. tengok, ALLAH dah susun elok perjalanan aku masa tu.

Wollongong Station > Central Station
Opal Rate: AUD5.81

sampai sahaja Wollongong Station, terus cari kad baru. alhamdulillah. nasib baik Opal Card memang free. kalau tak, kenalah bayar lagi. cuma rugi sikit part aku sebab dia dah tak kira perjalanan aku yang banyak-banyak sebelum ni. so, tak ada diskaun. sobs.

sidenote: andai kata korang kena macam aku, kalau masa naik bas, boleh beli single ticket. cakap je dekat konduktor bas tu.

balik rumah, rehat sahaja.

Itinerary Hari 3

Central Station > Kiama > Sea Cliff Bridge > Wollongong Beach

Opal Rate:
Central Station to Kiama Station: AUD5.81
Kiama Station > Coalcliff Station: AUD4.52
Wollongong Station > Central Station : AUD5.81

adios~
post signature

6 comments:

  1. cantiknya pemandangan.seronok baca

    ReplyDelete
  2. mujur jugak Amy bukan sorg2 masa stranded entah kat mana tu :D hehe bila ada kawan sekali, rasa ada someone kita boleh rely on each other. mujur jugak australia ni guna english. kalau lah stranded kat small town czech ni, haru jugak tu T_T

    hanisamanina.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulaaa syukur bertiga.. kalo sorang cuak daaaah.. sunyi sepi. huhu.. and penduduk kat situ pun actually x sure ada bas ke x yang lalu. kami serah bulat bulat je ikut schedule..

      Delete
  3. hahahaha expectation and reality... hahaha..

    ReplyDelete
  4. hehehehe Amy please sambung lagi.. sronok laaa baca..

    ReplyDelete
  5. tapi incaselah ada orang nak juga pegi GPD tu.. akak rasa better jugak turun kat Coalcliff Station kan ? sebab lagi dekat. cuma nak patah balik ke station tu je perit. tinggi yakamat.. maybe lepas ke GPD tu kena patah balik station bas yang kita tunggu tu kan..

    ReplyDelete

hello dear :) x salah pun baca sambil komen kan.