Aku Kecewa dengan Cinta

by - 11:33:00 AM

assalamualaikum and hello lads! apa khabar semua? CINTA. bila kita sebut pasal cinta ni memang tak akan pernah habis kan. sejak dari zaman sekolah rendah dah mula ada crush sehinggalah masuk ke alam perkahwinan. non stop! especially kaum Hawa kan. aku tak tahulah pasal lelaki. sebab aku jarang dengar diorang bersembang pasal benda ni. maybe sebab ia terlalu dramatik and serabutkan fikiran. so, daripada cerita pasal tu, baik cerita pasal bola, movies, and whatever yang terlintas di fikiran mereka. 
Yes I am

Kecewa dengan Cinta


masalahnya bila perempuan dah terbiasa mengejar cinta, kita lupa untuk protect hati kita dari selalu dilukakan. girls, why must you do that. sangat bahaya bila kita terlalu kejar cinta manusia ni sebenarnya. bila kita terlalu obses mengejar, and susah sangat untuk cinta tu singgah pada kita (why love cupid, why?), bila one day ada seorang lelaki tertarik dengan kita, laju sahaja kita serahkan diri pada dia.
77-LIFE_QUOTES

aku faham kenapa ada buat macam tu. sebab dia rasa kalau dia lepaskan lelaki itu, or maybe jual terlalu mahal, lepas ni maybe dia tak akan jumpa lagi dah lelaki yang boleh menerima dia seadanya. betul tak? jadi, sepantas itu dia serahkan hati dia. and tanpa dia sedar, rupanya lelaki itu tidak pernah berniat untuk mencintai dia, sebaliknya dia dijadikan salah satu permainan lelaki itu sahaja. sadis. be strong girl. aku yakin korang masih kuat sebab korang masih bertahan sehingga kini demi mencari satu cinta. 
aku pernah berada dalam situasi macam ni. banyak kali. seriously. rejection tu jangan cakaplah. aku rasa boleh buat buku dah pasal CINTAku KENA REJECT BANYAK KALI. hahahaha. but that's not the point. semua orang pernah merasai benda tu. jangan rasa terlalu terbeban sangat dengan perkara macam ni. aku tak tahulah bagi korang, tapi bila aku kecewa dengan cinta, aku banyak minta advice dari kawan-kawan lelaki aku. apa kesalahan yang aku buat sampai semua tak nak dekat aku. and i'm very lucky sebab ada member yang boleh berterus terang dengan aku tanpa lindung-lindung. 

awalnya memang aku degil. ego. apa yang kawan aku nasihatkan, aku rasa dia salah and aku betul. inilah masalah kita kadang-kadang. bila orang nak tolong, kita tak mahu ikut, padahal kita sendiri yang minta nasihat dari dia. sebab apa? sebab most of us bukan nak dengar sangat nasihat orang, tapi more to supporting us, back up kita cakap apa yang kita buat ni betul. please, change that attitude. i did and i've found one already. alhamdulillah. 
Top 30 Quotes about Moving on #moving on #Quotes
and that's why juga aku suka sangat layan movie He's Just Not That Into You. movie dia sangat simple tapi sangat sesuai dengan kita yang terlalu mudah percaya dengan konsep cinta selama ini kita impikan. give it a try to watch then analyze diri dekat mana kita silap. aku suka satu petikan dari salah seorang perempuan dalam movie tu, Gigi (pronounce as Jiji):

i may do a lot of stupid shit but i know i'm a lot closer than you are. 

okay, bagi korang yang cuma baca ni sahaja, akan rasa what??? apa yang berlaku dalam situasi ni adalah, someone just broke her heart. dia ingat lelaki tu suka dia. tapi biasalah. cinta ni selalunya banyak bertepuk sebelah tangan sahaja. tapi aku kagum dengan dia. sebab dia tak pernah putus asa mencari cinta. sebab tu dia cakap macam tu. dia yakin one day dia akan jumpa juga dengan lelaki yang betul-betul sayangkan dia. mungkin macam-macam benda kita dah buat demi mencari cinta kan. keluar date dengan random people. berkenalan dengan kawan kepada kawan yang masih single, join website cari jodoh dan macam-macam lagi.

and satu lagi aku nak ingatkan. jangan sebab sukakan seorang lelaki, kita decide untuk ubah kita sendiri jadi orang lain. NO! big NO. once lelaki tu cakap kau kena jadi this and that, then that's it girl. walk away before it's too late. unless dia suruh kau ubah perangai malas jadi rajin tu lainlah. siapa nak makwe pemalas. adudu bernanah mata aku tengok anak dara pemalas tak reti buat kerja ni. tampar satg baru tahu. 

aku pernah berkenalan dengan seorang lelaki ni. awalnya dia cakap terima aku seadanya. lama-lama dia suruh aku tukar cermin mata aku jadi lebih funky lah, ubah cara aku berjalan yang macam gangster ni la, omg, seriously. kau nak aku ubah jadi girlfriend kau dulu ke? no way. kau nak aku, kau accept aku the way I am. and itulah keputusan paling puas hati aku pernah buat. hahaha.

tapi bila lepas tu single balik, aku mula overthinking. aku ni memang betul kasar ke? sebab tu ke tak ada lelaki suka aku? yes, aku tahu korang di luar sana mesti ada buat macam ni juga kan. hahaha. susah nak ubah perangai yang kita dah tanam sejak muda kan. habis tu macam mana? nak ubah or tak? nak ubah or tak? lama-lama menangis sendiri. 
❤️


in shaa Allah, kejar cinta DIA kerana DIA lebih tahu apa terbaik untuk kita. Allah memang dah susun atur cantik sangat perjalanan hidup kita. sebab tu macam-macam benda kita hadapi untuk berada di hari sekarang kita masih bernafas ni. pernah baca tak dalam mana-mana gambar, we met those people for a reason. aku sangat percaya dengan kata-kata tu sekarang. certain people memang akan datang dalam hidup kita then pergi begitu sahaja. bukan orang tu yang perlu imbas kembali, tapi apa yang kita buat selama ni sepanjang dia ada dalam hidup kita. mungkin kita terlalu 'mudah' dengan lelaki, jadi sejak tu cuba untuk tak jadi macam tu dah. mungkin kita terlalu sensitif, jadi kita cuba untuk jadi lebih easygoing and tak ambil serious sangat dengan jenaka seseorang. semuanya ada sebab sendiri before we meet the right one. 

be strong, move on and live your life happily! be confident with yourself. don't ever change a thing unless it's a really bad one macam pemalas tadi. itu sahaja. all the best! 

adios~

post signature

You May Also Like

3 comments

  1. Yes dear.. be strong. Selagi belum jumpa yg serasi keep on looking Dan doa banyak2

    ReplyDelete
  2. lols. ingat amy putus cinta td. hahaha taktahu nak komen pasal cinta. tp da tunang aritu. xD semoga jodoh panjang ye amy. moga smpai ke jannah.

    amy kasar ke? hehe xnampak pon

    ReplyDelete
  3. be strong ye

    i start bercinta zaman darjah 6 ke form 1 ke tak ingat. time tu rasa boyfren ni macam penting gila lah. lagi penting dari kawan/ family. bila dah semakin matang, baru tau family lah takkan tinggalkan kita walau apa jua keadaan :) nasib lah belum terlambat lagi nak balas jasa family.

    yes everything happen for reason. Allah temukan kita dengan seseorang untuk kita belajar dari pengalaman. yang penting kita kena pandai jaga diri. pengalaman ajr I jadi kuat, rasional dan lebih sabar.

    ReplyDelete

hello dear :) x salah pun baca sambil komen kan.