Travel Bajet ke Sydney, Australia | Bondi Coogee Coastal Walk

by - 12:00:00 PM

assalamualaikum and good day mate! in shaa ALLAH, masuk je hari aku bercerita mengenai Bondi Beach, maka hari kami berada di Sydney semakin sampai ke penghujungnya. sedih betul. cepat sangat masa berlalu. rasa macam tak cukup pula seminggu di sana. tapi serious cakap, it was totally worth it. ada masa and ada bajet, jangan lupa ke sana okay!

amysyeera


Travel Bajet ke Sydney | Bondi to Coogee Coastal Walk


kami bergerak seawal 8:30 pagi. aku suggest kalau korang nak view lawa, better datang awal-awal pagi. kalau waktu tengah hari pun tak apa. lagi lawa cuma panas dia bak ang. berpeluh. and untuk Bondi Coogee Coastal Walk ni ada macam-macam options untuk korang try. Bondi terletak di bahagian utara sekali dan Coogee pula di bahagian selatan. kalau datang bersama family and sekadar bersantai, boleh berhenti sampai ke Bronte sahaja. or nak jauh sikit sampai Clovelly. depends pada bajet masa and tenaga korang. kami pun target nak ke Coogee tapi hari dah panas terik, jadi kami stop sehingga di Clovelly Beach sahaja.

Image result for bondi coogee coastal walk
credit to Google

Central Station Platform 24 > Bondi Junction Station Platform 2
T4 Eastern Suburbs & Illawarra Line towards Bondi Junction
Opal Rate: AUD3.38

Bondi Junction Station Platform 2 > Bondi Junction Bus Stop
Walk for 6 minutes

Bondi Junction Bus 380 > Campbell Pde near Lamrock Av
Opal Rate: AUD0.10

masa dah sampai, memang tak sabar dah nak berjalan keliling pantai tu. tapi since kami lapar, kami singgah dulu ke satu tempat yang di recommend oleh ramai orang, Bondi Surf Seafood. turun sahaja dari bus stop tadi, senang sahaja nak cari Bondi Surf Seafood tu. dalam 3 minit berjalan kaki. apa yang menarik dengan Bondi Surf Seafood ni, ada satu makanan yang susah kita nak jumpa dekat mana-mana. katanya ada yang pernah try tapi takkan sama dengan makanan di sini. apa dia tu? ha, tak lain tak bukan adalah Deep Fried Mars Bar.  


Bondi Surf Seafood

amysyeera

my first thought masa orang sebut Deep Fried Mars Bar tu, aku macam confuse sikit. selalu ada dengar ais krim goreng. epal goreng. and now coklat goreng? sedap ke kalau goreng coklat ni? so, kami pun try. harga satu coklat dalam AUD4. kami beli dua since macam tak cukup je satu tu nak makan 3 orang. sambil menanti coklat digoreng, kami perhatikan juga cara dia buat macam mana. 
dapat sahaja makanan, pergh! sedap gilos wei Deep Fried Mars Bar ni. lagi-lagi makan masa tengah panas. dia punya perasaan masa coklat tu cair dalam mulut, memang ketagih nak makan lagi and lagi. nasib baik beli dua. aku ikutkan nak makan banyak tapi since itu waktu pagi, aku tahankan diri. maklum ler, perut produktif pagi-pagi. hahahahaha. -.-


amysyeera

amysyeera

amysyeera


puas makan, kami pun tanpa berlengah meneruskan perjalanan kami. bermula dari Bondi Beach, mari kita berjalan! waktu tu orang masih tak ramai. sama ada kami pergi hari weekdays or air tak pasang, and tak best untuk surf kan? subhanallah, lawa sangat tempat ni. lawa sangat. bagi aku yang memang suka tengok pantai dan laut, this is by far the best place i've ever laid eyes on. 

rajin sungguh diorang datang berjogging dan melepak baring-baring di pantai waktu macam tu. tapi kalau ikutkan, aku juga antara orang yang akan bertenggek dekat pantai awal pagi kalau duduk dekat area sini. sepanjang korang berjalan, korang akan nampak banyak kolam tepi laut. most of them adalah kolam private. maknanya kena bayar untuk mandi di situ. cool juga lah kalau dapat mandi dekat kolam sana sebab menghadap laut. haha.

amysyeera

amsyeera


amysyeera

amysyeera

amysyeera

amysyeera

amysyeera

amysyeera

amysyeera

amysyeera

amysyeera


and oh, bagi sesiapa yang agak takut untuk lalu kawasan kubur, jangan datang sini waktu malam ye sebab dari laluan Brote ke Clovelly, pasti wajib korang akan berjalan ke dalam kawasan kubur yang sangat luas. ada juga laluan di bawah tapi masa kami pergi haritu dia tutup. agaknya ada taufan yang betul-betul teruk. sampaikan jirat mereka yang berdekatan dengan kawasan laut hancur berkecai. jadi disebabkan itulah, kawasan jalan kaki di bawah ditutup. takut rapuh and bila-bila masa kau boleh jatuh dalam laut. ehem, laut ye, bukan pantai. kawasan kubur ni agak tinggi juga.

amysyeera


amysyeera





Clovelly Beach


berjalan dan berjalan, kami berhenti seketika di Clovelly Beach. hari pun sudah menginjak ke pukul 12 tengah hari. lapar memang sangat lapar. jadi kami berehat untuk makan. sambil makan sambil cuci mata ler.. hahahaha. ada sampai aku perasan macam Jason Statham pula. haha. suka hati je. punyalah tinggi impian nak jumpa celebrity Hollywood.

amysyeera

andddd korang tengok tak video clip Work From Home dari kumpulan Fifth Harmony tu? erm, aku tak sarankan budak bawah umur untuk tengok. so, korang tengok sendiri. kan workers dalam tu semua hot. maafkan saya. saya memang suka tengok mat saleh. and masa berjalan dari Bondi ke Coogee tu, masa jumpa construction workers, pergh, memang sebiji bak ang macam dalam video clip tu. tak tipu. hahahaha. okay, dah melalut. nanti umi aku baca, kena marah.

usai makan, kami meneruskan niat untuk habiskan perjalanan sampai ke Coogee Beach. tapi kak CT kebetulan ternampak satu laluan ni. kind of off the beaten path la. mulanya ragu-ragu juga, kot la sesat tak bawa ke mana. tapi bila kak CT and kak Nurul makin laju berjalan ke hadapan, aku follow sahaja. sini aku tunjuk dalam maps.

amysyeera

amysyeera
arrow pertama adalah laluan dari cemetery tadi ke Clovelly Beach. then stop untuk makan, then di belah kiri kami jumpa tempat tersebut. macam satu padang and korang nampak batu besar di hujung sana.

and yes, Subhanallah! lawa nyaaaaaaaaaaaa... lawa sangat sampai tak terkata apa. betullah bila orang cakap, bila kita berjalan di laluan yang jarang orang lalu (entah-entah ramai je lalu sini kakaka), kita akan jumpa satu scene yang sangat menakjubkan. kami duduk agak lama di sini. sambil bersantai, sambil menghayati, sambil bergambar. aku punya tak boleh move on sampai dalam album tu, penuh dua page satu gambar dekat tempat ni sahaja. haha.

amysyeera

amysyeera




aku rasa ada 1 jam juga melepak di sini. daripada kami sahaja sampai makin ramai pula other travelers singgah situ. so, kami bergerak pergi. penat memang tak terkata la. jadi kami berhenti sehingga ke Clovelly Beach sahaja. dan meneruskan niat untuk naik bas ke La Perouse terus. takut juga andai kesuntukan masa. tapi niat agak tak menyebelahi sebab bus stop paling dekat kami jumpa yang boleh ke La Perouse mengambil masa 15 minit give or take untuk mendaki bukit. daki okay, penat dia memang tak perlu cakap.

Clovelly Beach > Clovelly Rd near Arden St
Walk for 10-15 minutes

Clovelly Rd near Arden St > Westfield Eastgardens Lower Level Set Down
353 Bondi Junction to Eastgardens 
Opal Rate: AUD3.50

Westfield Eastgardens Lower Level Set Down > Anzac Pde Terminus
391 Central Railway Square to La Perouse or Port Botany
Opal Rate: AUD1.00 


La Perouse


masa dah sampai, kami lapar lagi. haha. jadi kami singgah di kedai makan (Pizza) dahulu sebelum berjalan-jalan di sekitar La Perouse tu. pizza dia agak besar juga. just nice. cuma Pizza Hut lebih sedap aku rasa. or mungkin aku sudah merindui makanan Malaysia. 


amysyeera

amysyeera


La Perouse ni tak ada apa sangat pun. setakat tempat untuk orang tengok kapal terbang landing and departing di airport sahaja. aku yang duduk berdekatan dengan airport memang tak terasa teruja lah. hahaha. aku cuma teruja tengok Bare Island yang ada di situ. sebab bila sekali tengok, macam kawasan bekas penjara pun ada. a bit scary tapi since ramai di situ, jadi abaikan sahaja. and ambil gambarrrr.. sini juga the best spot untuk memancing ikan. banyak juga jenis ikan yang dia tunjuk. tapi korang kena hati-hati sikit di sini. apatah lagi jika turun ke bawah. sebab dalam Warning Signs katanya, ombak bila-bila je akan datang menghempas tanpa kita duga. berapa sudah kematian berlaku di situ. so, just beware okay. aku dah ler tak reti berenang. 


La perouse

La Perouse



La Perouse

La Perouse

La Perouse

La Perouse

La Perouse

La Perouse

La Perouse


awan mendung sudah mula berarak laju. jadi kami pun tanpa berlengah terus pulang ke bandar Sydney semula. ada satu destinasi yang sudah lama kami nantikan dari hari itu. tak lain tak bukan adalah Pancakes on The Rocks! banyak yang aku baca mereka recommend untuk kita semua try Pancakes on The Rocks ni. jadi, berbaloi tak? mari kita cuba sendiri. 

La Perouse > Anzac Pde Terminus Bus Stop
Walk for 4 minutes

Anzac Pde Terminus Bus Stop > Circular Quay, Young St, Stand D
394 La Perouse to City Circular Quay via Maroubra & Kingsford
Opal Rate: AUD4.50

masa dah sampai Circular Quay Station tu, hujan semakin lebat. masha ALLAH. for the first time ever, aku kena lalui hujan ribut macam ni. teruk sangat wei. sampai payung yang kami pegang ni asyik berterbangan je. hahaha. mulanya kami berhenti seketika di hadapan satu bangunan tinggi demi mencari tempat berteduh. lama-lama fikir, sampai sudah menunggu karang mahu masuk waktu Maghrib. jadi, kami redah sahaja hujan sampailah kami tiba di hadapan feri Circular Quay. dari jauh sudah kelihatan Sydney Opera House. hahaha. terasa kelakar pula bila destinasi terakhir kami adalah bangunan ikonik mereka. tapi nak buat macam mana. kami punya itinerary memang fokus pada destinasi jauh dahulu barulah dekat. 

hujan masih tidak henti turun membasahi bumi Sydney. jadi, nak tak nak, kami redah sekali lagi. hahaha. what an extraordinary day. berjalan dan berjalan, akhirnya tiba juga di tempat yang dituju. 


Pancakes on The Rocks


ada satu sign yang korang akan nampak di bangunan tersebut. kawasan di sekitar the Rocks ni sangat menarik. seolah-olah macam pekan lama. aku suka suasana macam ni. rasa macam classic you know. masuk sahaja dalam Pancakes on The Rocks tu, kena beratur pula. ramai juga orang di sana rupanya. mostly Chinese people. kami minta waiter tu recommend kami pancakes mana paling best di situ. dan dia suggest kami Berry Pancakes. mula nak order seorang satu. tapi risau tak habis pula bila kami perhati sekeliling. sangat BANYAK makanan dia. jadi kami order 1 plain pancake dan 1 lagi pancake special sikit. bila dah dapat, mak oi, memang sedapnya lahhhhhhhh... it's really worth your money. aku recommend korang untuk datang di sini juga. 









destinasi seterusnya, kami menuju ke Sydney Opera House. alang-alang dah ada di situ, kami pergi sahajalah. waktu tu Maghrib sudah pun masuk. and hujan semakin reda. Subhanallah. environment masa tu memang cantik sangat! aku ambil gambar memang tak perlu pakai effect apa-apa pun. cantik sangat. terharu bila dapat menyaksikan suasana macam ni. 












masing-masing pun dah penat. and esok dah nak berangkat pergi ke Sydney Airport. tiba masanya untuk ingat tanah air sendiri. hahaha. and oh, esok masih ada destinasi lain yang kami kunjungi. nantikan ye :)

by the end of this Sydney stories, aku akan share itinerary kami ye. stay tuned.

adios~
post signature

You May Also Like

5 comments

  1. huwaaaa tak sabar nak habiskan citer Perth nak masuk citer Sydney plak.. tengok Amy da nak habis da citer akak dok mrangkak2 lagi.. rindu laaa macam ni.. bila pegi 7 hari rasa lama dah sampai sana rasa skejap and tetiba macam banyak benda lagi tak buat..

    muka sunburn wakakaka.. gatai jalan tengah panas pelik2 haih cuaca.. ribut the best part lalu bawah pokok takot dahan patah.. pengalaman2..

    ReplyDelete
  2. tapi akak still rasa area budak2 tu pegi batu2 dia ohsem.. yang kita tenggek tu osem gak.. tingat plak mamat ngn wife dia yang ketaq lutut nak berdiri kat edge tu.. hihi nganga tengok kita brani sangat..

    ReplyDelete
  3. *ATTENTION Sorry menyibuk kt sini cuma nk pesan kalau sapa2 nk singgah ke pancakes on the rock, semua menu pancakes kat sini boleh dimakan bagi yang muslim kecuali ada 2menu, 1.Jaffa Orange and 2.Black Forest Cherry pancakes. Dlm dua ni dia ade letak alcohol xpasti banyak ke sikit (grand marnier dlm jaffa orange dan cherry brandy dlm black forest cherry). I recommended devils delight bagi yg suka manis n chocolate

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih atas peringatan. sebelum makan pun kami dah bertanya pada waiter sama ada letak alkohol or tak. and dia kata takde. tapi untuk orang lain maybe boleh dielakkan.

      Delete

hello dear :) x salah pun baca sambil komen kan.