07/01/2017 - 08/01/2017 - Amy Syeera

Monday, July 17, 2017

Melancong Murah ke Phuket, Thailand dengan Wonderful! Asia by Traveloka

3:46:00 PM 6
Melancong Murah ke Phuket, Thailand dengan Wonderful! Asia by Traveloka
Setiap negara ada keunikan mereka tersendiri termasuklah tanah air kita Malaysia. Makanan, budaya hatta cara hidup sangat berbeza. Belum masuk lagi keindahan bangunan dan alam semulajadi di negara masing-masing. Disebabkan itulah aku berniat untuk melancong suatu hari nanti pada satu ketika dahulu. Travel ni sememangnya sudah menjadi impian aku. Cuma dulunya nak travel agak susah memandangkan tak ada duit yang mencukupi. Apatah lagi teman travel pun tak ada. So, bila dah kerja ni memang sakan sungguh aku berjalan kan. Ada negara yang memerlukan banyak duit perbelanjaan. Tetapi hanya negara Asia sahaja menawarkan bajet percutian murah. Kalau macam negara Asia ni, aku prefer pergi bersama keluarga dan teman baik sahaja. Salah satu percutian murah adalah Phuket, Thailand. Siapa yang baru pertama kali mahu mencuba melancong sendiri tanpa memerlukan bantuan travel agensi, boleh lah travel ke Phuket Thailand dahulu. Lokasinya sangat dekat dengan Malaysia. Jadi, mudah untuk susun perjalanan kita. 



Melancong Murah ke Phuket, Thailand dengan Wonderful! Asia by Traveloka


Assalamualaikum and hello lads! Phuket. Kebanyakan kawan aku sudah melancong ke sana. Katanya Phuket Thailand sangat cantik! Tapi cantik tidak cukup untuk aku ke berjalan ke sana. Jadi, dengan bantuan internet, aku mula mengkaji. Hmm.. Apa yang membuatkan Phuket Thailand ni menjadi tempat pelancongan yang menarik? Mari kita tengok senarai tempat yang aku dah explore habis-habisan di internet.