Setiap negara ada keunikan mereka tersendiri termasuklah
tanah air kita Malaysia. Makanan, budaya hatta cara hidup sangat berbeza. Belum
masuk lagi keindahan bangunan dan alam semulajadi di negara masing-masing.
Disebabkan itulah aku berniat untuk melancong suatu hari nanti pada satu ketika
dahulu. Travel ni sememangnya sudah menjadi impian aku. Cuma dulunya nak travel
agak susah memandangkan tak ada duit yang mencukupi. Apatah lagi teman travel
pun tak ada. So, bila dah kerja ni memang sakan sungguh aku berjalan kan. Ada
negara yang memerlukan banyak duit perbelanjaan. Tetapi hanya negara Asia
sahaja menawarkan bajet percutian murah. Kalau macam negara Asia ni, aku prefer
pergi bersama keluarga dan teman baik sahaja. Salah satu percutian murah adalah
Phuket, Thailand. Siapa yang baru pertama kali mahu mencuba melancong sendiri
tanpa memerlukan bantuan travel agensi, boleh lah travel ke Phuket Thailand
dahulu. Lokasinya sangat dekat dengan Malaysia. Jadi, mudah untuk susun
perjalanan kita.

Melancong Murah ke Phuket, Thailand dengan Wonderful! Asia by Traveloka
Assalamualaikum and hello lads! Phuket. Kebanyakan kawan aku
sudah melancong ke sana. Katanya Phuket Thailand sangat cantik! Tapi cantik
tidak cukup untuk aku ke berjalan ke sana. Jadi, dengan bantuan internet, aku
mula mengkaji. Hmm.. Apa yang membuatkan Phuket Thailand ni menjadi tempat
pelancongan yang menarik? Mari kita tengok senarai tempat yang aku dah explore
habis-habisan di internet.
1. Island Hopping di Phuket
Alang-alang kita dah travel, jangan habiskan masa
bermandi-manda di pantai yang biasa orang pergi sahaja. Setiap kali search,
pasti pantai Karon, Patong dan Kata yang menjadi sebutan. Bila kita pergi dekat
pantai utama ni, tempat akan jadi sangat ramai. Lama kelamaan mood hilang nak
berseronok kan. Sebaliknya cuba buat aktiviti Island Hopping menaiki motorsikal
ataupun kereta. Jangan lupa juga untuk mencari off the beaten path. Sebab
tempat seperti ini lagi banyak tempat lawa yang tak pernah kita alami sebelum
ini. Percayalah! Ada banyak sangat pantai menarik di sekeliling Phuket ni tau!
Macam Banana Beach, Kata Noi, Nai Thon, Surin etc.
![]() |
Banana Beach |
![]() |
Surin Beach |
2. Melawat Wat Chalong
Setiap negara mempunyai budaya dan adat yang berbeza. Kalau
mahu merasai cara hidup orang tempatan Phuket Thailand ni, boleh lah singgah
seketika di Wat Chalong. Wat Chalong merupakan tempat yang sangat penting bagi
masyarakat Thai. Salah satu tempat yang menjadi tarikan adalah Grand Pagoda.
Memandangkan ini adalah tokong mereka, jadi yang datang singgah tu jangan lupa
pakai pakaian yang menutup bahu dan lutut ye.

3. Aktiviti berbasikal di Koh Yao Noi Island
Bila travel ni kan, aku sebenarnya sangat suka kalau dapat
naik basikal berjalan keliling tempat tu. Di Phuket Thailand pun ada juga
aktiviti berbasikal ni. Jangan lupa turut serta dalam bicycle tour ataupun
berbasikal solo ke kawasan sawah padi, tanaman pokok getah dan juga kawasan
hutan. Kalau nak berbasikal keliling pantai pun boleh juga! Seronok ni dapat
naik basikal then attach kamera Go Pro aku dekat basikal. Stamina kena kuat ye
kawan-kawan. Penting!

Ha, banyak rupanya aktiviti menarik di Phuket Thailand. Itu
yang membuatkan aku jadi seronok untuk travel, merasai hidup orang tempatan di
sana. Tapi selalu yang menjadi masalah adalah tiket penerbangan dan hotel kan. Jika
tersalah pilih waktu, memang makin mahal tiket penerbangan. Jadi, di mana nak
jumpa tiket penerbangan murah ini? Boleh ke sewa hotel yang murah tetapi masih
selesa untuk tidur?
Traveloka kini sedang mempromosikan kempen terbaru mereka iaitu
Wonderful! Asia by Traveloka. Pernah dengar Traveloka? Traveloka adalah pakar
dalam pelancongan di Asia, malah tawaran yang yang ditawarkan lebih hebat dari
Matta Fair. Promosi Wonderful! Asia by Traveloka ini berjalan selama 3 hari
dari 21 Julai (Jumaat) sehingga 23 Julai 2017 (Ahad).
Jadi, jangan lepaskan peluang untuk diskaun menarik hanya 3
hari, promosi potongan harga (diskaun) sebanyak RM188 untuk hotel dan
penerbangan hanya melalui aplikasi Traveloka.
Syarat-syarat promosi Wonderful! Asia by Traveloka:
· Hanya penerbangan ke Phuket (Thailand) melalui
Traveloka App sahaja
· Buat tempahan penerbangan dahulu dan dapatkan potongan sebanyak RM50 (guna kupon SEAFLYPHU). Kemudian selepas pengesahan tiket, terima email untuk kupon potongan harga hotel sebanyak RM138. Minimum spend flight RM150 dan hotel RM300 untuk 2 malam.
· Booking period (flight): 21 Julai (Jumaat) - 23 Julai (Ahad)
· Booking period (hotel): selepas terima email selepas pembelian tiket penerbangan sah sehingga 31hb Julai.
· Travel period: anytime
· Harga terakhir yang ditunjukkan di Traveloka App adalah harga termasuk tax, tiada harga tersembunyi
· Traveloka adalah app yang boleh dipercayai di Asia Tenggara dengan 15million muat turun (15million download)
· Untuk destinasi lain, sila layari traveloka
· Download Traveloka App to get the deal / muat turun aplikasi traveloka sekarang untuk tawaran hebat ini
· Buat tempahan penerbangan dahulu dan dapatkan potongan sebanyak RM50 (guna kupon SEAFLYPHU). Kemudian selepas pengesahan tiket, terima email untuk kupon potongan harga hotel sebanyak RM138. Minimum spend flight RM150 dan hotel RM300 untuk 2 malam.
· Booking period (flight): 21 Julai (Jumaat) - 23 Julai (Ahad)
· Booking period (hotel): selepas terima email selepas pembelian tiket penerbangan sah sehingga 31hb Julai.
· Travel period: anytime
· Harga terakhir yang ditunjukkan di Traveloka App adalah harga termasuk tax, tiada harga tersembunyi
· Traveloka adalah app yang boleh dipercayai di Asia Tenggara dengan 15million muat turun (15million download)
· Untuk destinasi lain, sila layari traveloka
· Download Traveloka App to get the deal / muat turun aplikasi traveloka sekarang untuk tawaran hebat ini
Jangan lupa save tarikh-tarikh tersebut! 21-23 Julai 2017. Peluang
macam ni bukan selalu kita boleh rebut kan. Aku pun dah tertarik sangat nak
beli tiket ni untuk next trip. Haha. Happy traveling :D

Wow bestnya
ReplyDeleteSemoga tercapai hajat amy syeera nak ke phuket tu
ReplyDeleteMazni dan keluarga belum habis pusing pantai Malaysia lagi
Jom kita pakat2 pegi melancong..
ReplyDeleteTraveloka ni memang macam makin famous ya sebab banyak kali juga baca pasal diaorang ni.
ReplyDeletememang teringin sangat gi Phuket tapi Pokchik tak setuju.. hahahahaa.. :p
ReplyDelete...
Cantiknya. Teringin nak travel tapi duit tak bagi kerjasama hahaha
ReplyDeletep/s: Ingat kite tak? Nur As? Cahaya Alam Maya?
Huwaaaa rindu semua orang. Cahaya Alam Maya tak boleh bukak dah, sedihhh
Visit new blog kite if sudi hehe : https://kaktusjer.blogspot.my/