Travel Bajet ke Sydney, Australia | Blue Mountains

by - 11:30:00 AM

Semalam sudah ke Kiama, harini keluar dari Sydney sekali lagi. siapa yang pergi ke Sydney, rugi kalau tak singgah ke Blue Mountain. yes, walaupun hanya travel bajet ke Australia, jangan sesekali lepaskan peluang ke sini. bagi aku yang minat dengan keindahan alam semulajadi, aku rasa tenang sangat dapat bersantai di sana. mari kita mulakan destinasi kami seterusnya.

Image result for scenic world

Travel Bajet ke Sydney Australia | Blue Mountains Scenic World


bangun pagi seawal 6:30 pagi, kami mula bersiap-siap untuk ke Blue Mountain. tengok pada cuaca, katanya harini akan sentiasa hujan. okay, hujan lagi. so, make sure payung kena ada bawa bersama. sampai sahaja di Central Station, jangan lupa ingat semula ada berapa banyak lagi duit dalam Opal Card korang. Blue Mountain ni sangat jauh dari Sydney. so, rate dia juga mahal. and remember this, satu hari perjalanan kita memang confirm takkan lebih dari AUD15.

Central Station Platform 8 > Katoomba Station Platform 2
Blue Mountain Lines towards Lithgow via Parramatta
Opal Rate: AUD5.81

perjalanan dari Sydney Central Station ke Katoomba Station memakan masa selama 2 jam. make sure perhatikan train yang kita naiki di papan skrin dengan betul. takut tersilap naik. nanti sesat ke mana pula. aku suggest kalau korang nak ke Blue Mountain, better gerak awal pagi. sebab lagi lawa scene dekat sana waktu pagi berbanding tengah hari. kami gerak agak lambat jadi masa dah sampai sana tu, suasana terlalu crowded. and i hate crowds. tak mengapa kalau gerak awal, nanti sepanjang 2 jam tu tidur lah. 

Katoomba Station



kawasan Katoomba ni agak kecil. nampak macam old town. tapi ini antara yang membuatkan aku tertarik dengan kawasan Katoomba. aku suka kawasan kampung lebih daripada bandar. bila dah keluar dari Katoomba Station (jangan lupa tap off), jalan sahaja straight sehingga korang jumpa Carrington Hotel. senang sahaja nak cari tempatnya. kalau dekat situ ramai orang berkumpul, maknanya betullah di situ bas akan berhenti. bus stop dia betul-betul berhadapan dengan Carrington Hotel, bukan yang bertentangan. opposite bus stop adalah untuk private bus dua tingkat. kos agak mahal berbanding bas awam bernombor 686 yang menggunakan sistem Opal Card.







sidenote: bas berwarna merah (Blue Mountains Explorer Bus) sangat mahal! jangan naik yang tu. naik bas biasa sahaja. 

Image result for scenic world

686 Katoomba > Scenic World via Echo Point
Opal Rate: AUD2.10

sebelum bergerak terus ke Scenic World Blue Mountain, berhenti sekejap di Echo Point. masa ni keadaan tak terlalu sejuk tapi kabus dia tebalnya masha ALLAH. terbantut hasrat nak ambil gambar Three Sisters. and macam aku kata, masa tengah hari memang tak best sebab orang dah ramai. and kaum Cina mainland menguasai kawasan tu. penuh kaum diorang. aduhai. stress mak. kasi chance la sikit kat orang yang baru sampai. kau ambil gambar sorang sahaja dah dekat 10 minit. tempatnya sama juga. maaf, fyi, perangai kaum cina mainland dengan malaysia berbeza ye. aku tak berniat nak racist, aku cuma tak suka manusia kurang ajar.

aku sarankan kalau kabus tebal masa tu, tunggu sahaja seketika sehingga kabus pergi. mungkin masa tu baru lepas hujan, jadi cuaca agak tak menyebelahi kami untuk ambil gambar lawa. apa yang menarik dengan Three Sisters ni sebenarnya?










Three Sisters merupakan hasil dari hakisan tanah. kawasan tanah di sekitar Blue Mountain agak lembut, jadi bila dah selalu terkena angin, hujan and everything, maka terjadilah Three Sisters tersebut. tapi dari sudut mitos orang Asli pula, nama Three Sisters ni datangnya dari 3 orang adik beradik yang bernama Meehni, Wimlah dan Guneedoo. Mereka merupakan suku kaum Katoomba yang tinggal di Jamison Valley. Ketiga-tiganya jatuh cinta pada 3 orang lelaki tetapi hubungan mereka tidak direstui. si lelaki-lelaki tadi tidak puas hati dengan hukum tersebut jadi mereka berniat untuk menculik tiga-tiga perempuan tadi secara paksa. Maka, terjadilah pertempuran. tiga beradik perempuan tadi disumpah oleh elder menjadi batu, malangnya elder tadi dibunuh maka tiada sesiapa dapat counter sumpahan tadi. jadi, sampai sekarang Three Sisters masih kekal di situ. the end.

bayangkan selama berhari kami tinggal di Sydney, baru harini kami terjumpa orang Malaysia. mereka datang ke situ sebab family anaknya kerja di sana. jadi, dapatlah travel and tak perlu fikir pasal penginapan and makan semua. best kalau ada kenal sesiapa di negara yang kita nak travel. 

selepas puas bergambar di Echo Point, kami tunggu bas untuk ke Scenic World pula. Scenic World ada 4 jenis cara untuk kita explore.

1. Scenic Railway
2. Scenic Skyway
3. Scenic Cableway
4. Scenic Walkway

Echo Point Bus 686 > Scenic World (Scenic Skyway)

okay, masa ni kelakar. sebab kami sampai sahaja di sini, tak ada seorang pun yang kelihatan. kami dah risau. betul ke ini entrance dia. mana pula nak bayarnya? takkan free, dalam website kata kena bayar. takkan dah tutup? mana staff? haha, macam-macam bermain di fikiran. sampailah geng Korea datang, barulah hati kurang sikit resahnya.

untuk pengetahuan korang, kalau korang berhenti di Scenic Skyway, iaitu stop yang pertama selepas Echo Point, korang tak perlu bayar dahulu entrance fee dia. naik Scenic Skyway tersebut then, masa dah turun sampai ke hujung, barulah bayar fee. syok juga dapat merasa naik Scenic Skyway ni. ada staff yang akan explain pada kita itu apa and ini di mana. nasib baik kami mula dari sini, so orangnya tak ramai. and tak perlu berebut untuk ambil gambar di luar.







Scenic World 
Entrance Fee: AUD39 (Adult)
Operating Hour: 9:00 am - 5:00 pm

kami disambut mesra oleh staff di sana. masa aku baca di blog orang lain, selepas bayar kita akan diberi macam sticker gelang tu. alah, aku tak sure apa namanya. and kita perlu touch screen gelang tersebut baru boleh lepas masuk ke railway berikutnya. tapi masa kami sampai, tak perlu pun touch screen, dia terus masuk je. AUD39 agak mahal sebenarnya tapi kita boleh cuba banyak kali sampai kita puas dalam masa 1 hari tu. serious aku cakap, naik sekali memang takkan puas.

tak semestinya kena follow apa yang kita nampak di depan mata. macam kami mula dengan Scenic Skyway > Scenic Railway > Cableway. tapi kalau korang nak start terus ke Cable Car pun tak apa. ikut suka hati. asalkan dapat merasa semua. Scenic Railway paling best! dia macam roller coaster. tapi tak selaju macam roller coaster lah. apa yang menariknya, semakin lama dia naik, cerunnya bergerak sehingga ke almost 90 degree! whoa, scary!! aku sarankan kalau nak merasa betul-betul adventure dia, better duduk di hadapan sekali kalau nak turun. and atas sekali kalau nak naik. sebab di dua tempat ini kita boleh nampak cerun dia macam mana. kalau di tengah-tengah, nampak kepala orang je. 
Image result for scenic world
view bila duduk di hadapan sekali semasa hendak turun
kalau korang gayat macam aku, cable car di sini bukanlah seperti di Langkawi tu. cable car nya sangat besar memuatkan sehingga 30 orang maybe? jadi, sepanjang berada di dalam tu memang tak pernah rasa gayat. so, try sahaja okay!

aku sebenarnya berharap untuk melalui Walkway. sayangnya waktu tu hujan turun sekali lagi. jadi, terbantut hasrat. sedih sangat. nak tengok pemandangan semulajadi dia. perjalanan dalam 30 minit sahaja pun. tapi tak apalah, tak ada rezeki.

masa sepanjang dalam cable car, staff tu beritahu di gunung sebelah kami mulanya ada perancangan untuk buat route lain. cable car juga. tapi baru separuh siap, dia runtuh! wow. nasib baik belum beroperasi sepenuhnya. mengucap sahajalah mampu.

masa yang kami spend di sini agak lama juga. so, kalau korang nak tambah Blue Mountain dalam itinerary, satu hari memang cukup di sini. meaning dari pagi sehingga ke lewat petang. selepas sampai semula di Katoomba Station menaiki bas yang sama, kami tak terus naik train. tapi kami singgah seketika di Coles supermarket. wow, sini sangat besar mart dia. sebelahnya pula ada Big W. ini pun lebih kurang macam Coles and Woolworth juga. 

dekat maghrib barulah kami bergerak pulang ke Sydney Central Station. penat juga walaupun jalan santai sahaja. maybe sebab jauh kot kan. malam tu aku decide untuk tak keluar and makan makanan Brahim's yang aku bawa dari Malaysia sahaja. Brahim's ni boleh lepas imigresen kalau nak bawa bersama. better bawa sikit untuk time macam ni. kadang-kadang badan letih malas nak keluar cari makan. kalau tak makan, lapar. so, beli Brahim's. senang nak beli. dekat Giant Hypermarket pun ada. kalau nak murah, boleh beli direct dari kilang dia sahaja.

Itinerary Hari 4 | Blue Mountains Scenic World

Central Station > Katoomba Station > Echo Point > Scenic World

Opal Rate:

Central Station to Katoomba Station : AUD5.81
Bus 686 to Echo Point : AUD2.10
Echo Point to Scenic World: AUD2.10


post signature

You May Also Like

8 comments

  1. saja baca for the sake of throwback..hehe. best kan Sydney!!masa g blue mountain dulu rezeki kitorang pas hujan ada pelangi so sangat cantik.betulllah, scenic railway tu bukan untuk orang gayat.keluar je muka pucat.

    ReplyDelete
  2. this is my type of place to travel :D haha. sama la kita Amy, I prefer kawasan kampung jugak.

    org China mainland memang ada di mana2, banyak rezeki diorang travel merata-rata. Korean pun... rasanya warganegara lain pun ramai jugak, just kita yang tak perasan kot kan?

    Makanan nak masuk Australia ni, asalkan dalam paket asal yg ada jenama, ingredients tu semua okay kann? Just declare kan?

    hanisamanina.com

    ReplyDelete
  3. Bestnya hi jenjalan tgk negara org

    ReplyDelete
  4. Cantik-cantik semua gambarnya! :D

    ReplyDelete
  5. seriau nya scenic railway tu.. hehehehehee.. kalau kak ain, cari seat yg tengah2 la tak mo yg depan atau belakang sekali.. :)

    (makin berkobar2 rasa nak gi Sydney..huuuuu..)

    ...

    ReplyDelete
  6. assalamualaikum, nak tanya harga ticket Featherdale Wildlife Park dan Scenic World ini harga beli dikaunter dan bukan online rite ? Thanks :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam.

      ye, saya beli di kaunter sahaja. :) x pastilah boleh beli online ataupun tak.

      Delete

hello dear :) x salah pun baca sambil komen kan.