Tukar Cermin Mata Lebih Murah

by - 4:30:00 PM

assalamualaikum and hello lads! harini tinggi pula rasa nak menaip macam-macam. the power of blogwalking. pernah tak korang rasa macam tu juga. aku senang je nak dapat mood balik. baca satu dua entry orang di blog mereka, then, perasaan tu terus membuak-buak. 
 
Image result for sunglasses tumblr

tukar cermin mata baru


bagi sesiapa yang pernah bertemu enam mata dengan aku (since aku pakai cermin mata, so empat. lol hambar), maybe korang ada perasan style cermin mata aku macam mana. aku ni dari kecil, bukanlah orang yang cermat sangat. beli jam sahaja dah dekat berapa kali. pin tudung pun jangan cakaplah. inikan pula cermin mata. masa sekolah dulu siap pakai masa tidur lagi. kononnya takut bangun-bangun kejap lagi, terkejut tak nampak apa dengan jelas. bayangkan nak mandi pun pakai cermin mata.

mahu cermin mata aku tu tak rosak teruk. since kita pakai dekat wajah, jadi minyak pun melekat pada bingkai cermin mata kita juga. ada masa habuk pun melekat dekat cermin kita tu. so, setiap kali mandi, aku cuci dengan sabun. AHHAHAHAHAHA. please don't try this at home guys. akibatnya, cermin aku jadi calar teruk. nak tengok muka orang pun kabur je. 

tapi masalahnya nak tukar lens pun jadi satu hal. MAHAL! mahalnya tak beragak pula tu. alang-alang baik beli cermin mata baru terus. bagi yang pertama kali beli cermin mata tu, jangan terpedaya sangat dengan harga yang ditawarkan. dia tak menipu, korang yang naif. sebab percaya harga tu sahaja korang akan bayar. 

apatah lagi kalau korang punya rabun tu teruk macam aku. last aku buat di Banting dahulu, frame memanglah harga rm200. tapi dah tambah tu, tambah ni, total cermin mata aku ialah RM900++. so, bila rosak ni, macam tak sampai hati nak bagitahu umi, aku nak tukar spek baru. 

so fikir punya fikir, aku ternampak cermin mata funky adik aku beli and tak pernah pakai langsung terletak elok di tempat accessories kami. of course lah saje try kan. tapi bukan nampak apa pun okay ke tak since aku rabun. hahaha. bila tanya adik, dia kata okay je. tanya dia lagi sama ada dia nak pakai or tak cermin mata tu, dia kata tak. aku pun mula buat calculation dalam kepala. agak-agak boleh atau tidak tukar lens dengan hanya pakai frame ini sahaja? 
 
tapi tak semudah tu untuk terus ke kedai optik. kena buat research juga. kita semua muka ni bukan macam model ternama yang pakai apa pun nampak lawa. bentuk muka kita memainkan peranan dalam memilih bentuk cermin mata yang sesuai. meh sini aku share sikit. 
 
Related image

ha, korang tahu tak bentuk muka korang macam mana? cuba ikat rambut (bagi kaum wanita), dan pandang cermin. then, ambil lipstick or marker pen then start lukis roughly bentuk muka korang tu. ini untuk sesiapa yang tak boleh define bentuk muka sendiri. tanya orang pun diorang bukan tahu sangat. alhamdulillah, nasib baik aku sesuai. aku bermuka Square. jadi, aku tak boleh cari cermin mata yang ada penjuru juga. means kena cari spek bulat. 
 
bila pergi ke satu kedai yang umi aku buat cermin mata dahulu, satu pasang lens sahaja berharga RM180. aduh, mahal sungguh. aku dah berkira-kira untuk terus pakai cermin mata lama yang semakin kabur dek calar. one day, aku dengan officemate ke satu mall. kebetulan, ternampak satu kedai optik. apalagi, aku try lah masuk. and tanya macam-macam dekat staff di situ. katanya, kalau bawa frame sendiri, harga lens cuma RM50. aku terkejut juga. aik. RM50 tu sepasang ke sebelah je? hahaha. rupanya memang sepasang lens biasa RM50. wow, nasib baik tak beli dekat kedai umi aku pergi tu. rugi RM130. 

tanpa berlengah, esoknya aku minta kawan rapat aku, Liza untuk teman aku order lens baru di kedai tersebut. tapi bukan yang harga RM50. aku ambil set yang anti calar sekali. so harga terbaru ialah RM80. kalau nak tambah transition, jadi RM90. dah tertarik nak beli, tapi nasib baik pergi dengan Liza since dia pun pakai cermin mata juga. so she knows better mana lebih okay dengan bentuk muka aku. since ini cermin mata bulat yang besar ala-ala Harry Potter tu, Liza suruh try cari mana-mana shades yang ada dekat situ yang bentuknya sama sahaja. ya Allah. serupa orang buta dah aku tengok kalau bentuk macam tu, so, tak jadilah buat transition.

alhamdulillah, esoknya siap cermin mata aku. and amazingly masa cek power mata tu, dia kata rabun aku dah berkurang. dahulu 4.50, sekarang jadi 3.50. hahaha. tak sure lah sebab apa. maybe sebab pagi-pagi siram pokok bunga kot? orang kata bangun pagi kena tengok benda-benda hijau dahulu. bukannya hadap phone. 

so total harga cermin mata aku:

frame adik beli : RM30
lens baru power 3.50 : RM80

total : RM110

beza spek dahulu dengan spek sekarang: RM800++
 
 

untuk orang yang mementingkan brand, then samalah macam spek lama aku beli tu. tapi ada brand pun kalau tak pandai jaga, tak guna juga. or kalau kaya, beli jelah 10 spek pun. ikut kome la. 
 
p/s: nak tukar lens pada shades pun boleh tapi rate differ mengikut tahap rabun korang banyak mana. power bawah 4.0 is RM180. atas 4.0 is RM270.

adios~



post signature

You May Also Like

13 comments

  1. wahhh.. murah jugak cermin mata ni.. and comelnyaa spec !! ^^ Hehehe

    ReplyDelete
  2. Cantik spek. Kalau mama buat spek nanti mesti kena pilih camni

    ReplyDelete
  3. kiraaa murah jugak tuu. sy dah byk kali tukar cermin mata. haha xD macam sebelom ni. rm68 + len rm1 so total rm69 gituuu. pastuu tukar cermin mata lg. rm58 jaa. tambah silau gelap tuu rm 50. so total rm108 gittuw. okay la kan. haha

    ReplyDelete
  4. Selamat hari kemerdekaan Malaysia ke 60

    Assalamualaikum dan selamat pagi sis amelia

    merdeka pakai spec baru

    Hehe

    ReplyDelete
  5. abe kie pakai dua pasang cermin mata. satu utk ke sekolah, satu lagi buat bersukan. memang harga spek mata mahal tul. tp kalau x beli x leh memandu la jawabnya.

    ReplyDelete
  6. Murahnya cermin mata baru Amy! :D

    ReplyDelete
  7. ehhhh! murah sangat ni.

    tapi kalau power lebih 450 plus plus...cermin jadi mahal balik

    ReplyDelete
  8. nak kena tukar spek juga ni.. tahap rabun makin teruk.. huwaaaaaaa.. nangis.. :( tapi akak still tak tahu bingkai/frame macam mana yang sesuai dengan muka akak..

    nak nampak muka kurussssssss...! please suggest.. hhahahahahaaa.. *ngade sangat kan.. lol*

    ;p

    ...

    ReplyDelete
  9. tulaa.. selalu masalah bagi yang pakai spek ni adalah time nak tukar spek sbb mahal. frame murah tapi lens tu yang mahal. dan susah jugakla nak cari yang murah macam amy jumpa.

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum syeera. Apa khabar? kenapa lama x update blog? Sukacita dimaklumkan syeera telah ditag untuk satu GA ini. Harap2 sudi join lah ye? TQ.

    http://www.zukidin.com/2017/09/comeback-giveaway.html

    ReplyDelete
  11. Cermin mata sekarang memang mahal. Ada dengar tentang teori2 yang syarikat2 dunia main harga, pasal tu la mahal

    ReplyDelete
  12. alo2 comel je dia pakai spek baru pasni

    ReplyDelete

hello dear :) x salah pun baca sambil komen kan.