Trip 24 Jam ke Singapura

by - 1:30:00 PM

assalamualaikum and hello lads! aduhai, pening kepala pula harini. nasib baik esok cuti. yeah, esok cuti! member ada ajak pergi hiking, tapi tak tahulah dapat pergi ke tak. dengan keadaan and cuaca macam ni. sama juga la apa yang terjadi masa aku dengan Hana, my bff ke Singapura minggu lepas. yes, trip 24 jam ke Singapura. aku rasa tak percaya tapi ia memang sudah pun berlaku.



Trip 24 Jam ke Singapura

Total Kos All-In : RM300 (tak termasuk shopping cost) 
Barang Perlu Dibawa : 
1. Passport
2. Kamera
3. Telekung travel
4. Botol Air (tolonglah bawa sebab dekat sana tak ada hand bidet dalam toilet)
5. Payung (kalau musim hujan TOLONGLAH bawa)
6. Kamera
7. Topi
8. Shades (for photography purpose) 
9. Baju Extra
10. Wet tissues
11. Makanan
take note: trip ini tak termasuk ke USS. 

bismillahirrahmanirrahim. aku mulakan cerita kami.


alkisahnya ada orang lain ajak aku ke Singapura tapi memandangkan bajet terlalu tinggi and aku pula dah plan nak ke negara lain dalam masa terdekat, jadi aku terpaksa declined the offer. tup-tup seminggu kemudiannya, Hana ajak aku ke Singapura pula. and I was like, aik, ada something interesting ke dekat sana sampai dua orang ajak aku ke tempat sama ni?

tapi since masa tu birthday Hana, and dia kata kitorang akan buat perjalanan selama 1 hari je, aku tertarik untuk follow. kos pula tak makan beribu ringgit. jadi, apa salahnya tambah satu lagi negara dalam bucket list.

honestly, memang tak expect akan ke Singapore. aku pun tak pasti kenapa. maybe sebab dekat? jadi, kalini aku serahkan semuanya pada Hana. aku cuma sediakan duit sahaja and dia bersetuju. 

untuk memurahkan lagi perjalanan kami, kami menaiki bas sahaja untuk pergi dan balik. yes, agak penat tapi berbaloi kalau korang nak buat budget trip. 

Bas Pergi: Billion Stars Express (RM43.50) | TBS > Golden Mile Complex
Bas Balik: Qistna Express (RM62.50) | Golden Mile Complex > TBS

seawal jam 9:50 malam, aku dah naik lrt menuju ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS) memandangkan tepat jam 12 tengah malam, bas kami akan bergerak ke Singapura. pada mulanya, aku ragu-ragu nak naik bas tu sebab ada bad reviews pasal bas ni. tapi since bas ni sahaja yang murah and bergerak pada waktu tengah malam, aku doa sahaja banyak-banyak dalam hati. 

turns out, tak adalah teruk mana pun. driver dia okay sahaja. bawa memang laju tapi alhamdulillah, selamat. and seat dia agak besar. so senang nak tidur. aku suggest korang bawa U-shape pillow tu. lagi untuk siapa yang mudah bergerak ke kiri ke kanan. nanti tak adalah sakit kepala. sama juga macam Qistna Express. jarak antara dua seat depan belakang sangat luas, jadi boleh tarik and baring. 

6:00 pagi
Woodland


Sampai juga ke Singapura. ada dua kali kena turun bas. memang tu prosedur dia. agak leceh lebih-lebih lagi kalau korang bawa luggage yang besar. nak bawa naik turun. better yang naik bas ni, bawa barang se minimal mungkin. kenapa kena bawa luggage bersama? satu sebab dia nak buat security check tu, kot la bawa benda pelik-pelik. satu lagi sebab setiap kali turun, driver akan bagitahu hanya 30 minit sahaja dia akan tunggu di tempat bus, lepas tu dia akan pergi. 

tapi janganlah terkejut and marah-marah. kalau terlepas, korang boleh naik bas sama yang seterusnya juga. asalkan tiket masih lagi disimpan. kiranya kalau tadi naik Billion Stars, kejap lagi naik je mana-mana bas Billion Stars juga. 

makan banyak masa dekat sini. hancur impian aku dan Hana nak breakfast sambil menikmati sunrise di Merlion Park. haha. 

take note: kalau nak murah, better bawa makanan sendiri dari Malaysia. 

dalam pukul 7 pagi macam tu, kami tiba di Golden Mile Complex. berbekalkan maps yang boleh tengok offline, kami mulakan perjalanan ke destinasi pertama iaitu Merlion Park. 

Golden Mile Complex > MRT Lavender (EW11) > MRT Raffles Place (NS26, EW14)
Standard Ticket : $1.40




Merlion Park






dari Raffles Place tu kena berjalan kaki sikit untuk ke Merlion Park. ada jalan bawah tanah melalui Fullerton Hotel. ada juga jalan di belah jalan raya. masa kami sampai ni, tengah ada event Grand Prix. uuuu, tak kesampaian hajat nak lintas dekat Helix Bridge. 

apa yang aku tak suka Merlion Park ni sebab tourist sangat ramai. aduh, aku sangat tak suka crowds. aku jadi pening, rimas. lagi-lagi ada satu kaum yang sangat ikut suka hati dia je nak buat apa asalkan hajat dia tercapai. cuma part yang bestnya di Merlion Park ni, kita boleh lihat semua landmark yang famous di Singapore. ada Marina Bay Sands, ArtScience Museum dan juga Singapore Flyer. terbaiklah pemandangan! cuma kena pandai berebut untuk ambil gambar.





masa dah nak sampai di patung Singa yang menjadi tumpuan ramai pelancong, tiba-tiba hujan turun lebat. tak pasal-pasal berlari ke kedai makan yang terdekat sebab situ je boleh berteduh. see, now faham tak kenapa aku galakkan korang bawa payung bersama?




teringat masa pergi Sydney Mac lepas. haha. macam ni lah rupa kami bila tengah berjalan di park, tiba-tiba hujan turun lebat. aduhai. pengalaman. 

usai puas bergambar dengan singa, kami meneruskan perjalanan pula ke Marina Bay Sands.

Raffles Place Station (NS26) > Mariana Bay (CE2) > Bayfront Station (CE1)
Standard Ticket : $1.40






take note: andai kata korang nak tengok light show dekat Supertree Grove, aku suggest korang beli tiket pergi balik untuk destinasi ni, or beli tiket terus ke destinasi seterusnya. kalau tak nanti, beratur panjang nak beli! habis masa dekat situ.

Bayfront Station

keluar sahaja dari Bayfront Station, wow. aku sangat amazed dengan design bangunan-bangunan di sini. sangat kreatif. sedangkan aku pun terpesona, ini lagi Hana. dia budak architecture. so, bayangkan sepanjang kami berada di setiap landmark ni, dia akan explain itu letak apa and ini function nya apa. hahaha.





 masa kami nak lintas jalan ke The Shoppes, mata kami tertumpu pada satu tempat ni. menarik juga cuma agak terpencil. and masa tu cuma ada segelintir graduan tengah ambil gambar pre-convo bersama kawan-kawan. jadi, kami pun tak lepaskan peluang ambil gambar dan menggila dekat situ juga. haha.

The Shoppes


sebelum ke ArtScience Museum, kami berjalan seketika ke The Shoppes. antara mall yang famous di sini. dia ala-ala Pavilion la kiranya. semuanya barang berjenama. perut pun sudah lapar. jadi, kami turun ke food court di situ. bila ushar sana ushar sini, makanan semua harganya mahal. apatah lagi bila convert ke duit Malaysia. hhahaha. kawan aku selalu marah, kalau nak makan, jangan di convert harga dia. kalau tak, berlapar la kau sampai balik Malaysia.








pusing punya pusing, akhirnya kami jumpa satu gerai di food court tersebut, Nasi Padang yang menjual Mee Siam dengan harga $4 sahaja. boleh la nak isi perut makan benda berat sikit. sushi pun harga sama juga cuma aku risau tak berapa kenyang. kalau nak nasi beriyani, harga nya pula dalam $9.90

then, dah kenyang, kami teruskan langkah ke ArtScience Museum yang terletak bersebelahan dengan mall ini. tahu tak yang mana satu ArtScience Museum? ha, yang berbentuk macam bunga tu. aku ingatkan sekadar tempat ambil gambar sahaja. rupanya ada museum dalam tu. haha. my bad. nampak sangat aku tak study pasal Singapore ni. -.-

ikutkan, inilah tujuan Hana ke Singapore. sebab ada event FutureWorld di sini yang sedang berlangsung. 

FutureWorld : Where Arts meet Science

Single Exhibition Ticket : $17

nasib baik masa kami datang tu, orang tak ramai. jadi, terus bayar dan masuk. ini kali kedua aku join aktiviti macam ni. aku rasa kalau aku tak berkawan baik dengan Hana, memang sampai bila aku tak pernah alami experience macam ni. tempat pertama kami masuk memang rasa sangat tenang. di skrin ada video ombak and ada banyak bean bags untuk kita berehat di situ.

 




 

since kami tak berehat dari tadi and tak kejar apa-apa aktiviti lain, jadi kami sempat tidur sambil menghayati pemandangan depan mata. aku minta maaf, aku tak pasti nama-nama program dalam tu. aku tunjuk gambar je ye. oh, untuk budak-budak and senior citizens ada diskaun! :)













masa yang kami ambil di sini hanya 2 jam sahaja. then, bersiar-siar dalam tu seketika. dah alang-alang kan. sayangnya event Into The Wild terpaksa dibatalkan sebab tengah construction tak silap. yang Human+ pula orang kata bosan. nasib baik tak beli tiket tu sekali.

next, kami menuju ke Cloud Forest pula. dari The Shoppes tu, korang akan nampak satu eskalator menuju naik terus ke atas. upper level dari kaca nampak macam taman. yes, memang taman tu, so korang naik je. taman itu menghubungkan antara The Shoppes Mall dengan Marina Bay Sands. jadi tak perlu korang nak lalu lintas di jalan raya. and boleh straight ke Supergrove Tree.










Marina Bay Sands Hotel memang nampak gah. masa masuk dalam tu, feeling dia macam aku masuk Prince Court Hospital. haaha. tapi disebabkan design dia yang unik tu, aku tak boleh agak interior biliknya macam mana. cuba korang datang sendiri and imagine. nak tidur sini memang takkan mampulah. gaji tinggi dapatlah merasa.

Cloud Forest


by the time kami sampai di Cloud Forest, Hana pergi beli tiket dulu. kami decide untuk masuk Cloud Forest sahaja. Flower Dome pun lawa, cuma kami malas nak pergi sebab rasanya ala-ala Floria Putrajaya je. so, ticket price for double conservatories would be $28.








sebelum masuk Cloud Forest, simpan dulu beg yang maha berat ni. hahahaa. penat kot ke hulu ke hilir bawa beg berat. lagilah kami hanya sehari sahaja di sini. memang tak ada tempat check in. nasib baik terjumpa locker storage berdekatan. cuma $2 sahaja satu loker. okay la. jadilah tu daripada mengangkut beg ke hulu ke hilir. cuma pakai password sahaja, no keys provided.

keadaan dalam Cloud Forest agak sejuk memandangkan dia memang nak menjaga alam sekitar dalam tu kan. pemandangan pertama yang kami nikmati ialah The Falls. wow! super WOW! air terjun dia sangat tinggi jadi effect titisan air yang jatuh tu memang terasa macam kau tengah mandi dekat situ. aku tak teragak-agak untuk ambil gambar di situ. nak dekat sangat tak boleh nanti basah teruk. haha.


amysyeera



then, pusing dari bawah sampai ke atas. lihatlah sendiri.

usai meronda-ronda dalam Cloud Forest, aku jadi lapar balik. bila tengok jam, baru menjejak ke angka 5pm. jadi, aku ajak Hana makan and lepak di McD sementara kami menuju ke OCBC Skyway iaitu destinasi seterusnya. ini semua gara-gara nampak sorang budak minum air McD besar siap bunyi-bunyi slurp lagi. hahahaha..

Menu McD dia agak berbeza dari Malaysia. harga memang sama cuma nilai dia tinggi, jadi agak mahallah di situ. macam Mcflurry kita harga RM4++. dia pun 4 tapi dia $4. hahahaha.. tapi dah lapar, bantai je beli. aku bungkus satu Buttermilk Crispy Chicken Burger untuk makan before balik nanti. selainnya, kami beli Mcflurry Cendol and kentang. cukuplah untuk Hi-Tea.



eh, sedap tau McFlurry Cendol dia. who knows it would be this delicious. Burger Nasi Lemak pun ada. tapi tak beli sebab mahal. and tak sangka air Heaven N Earth dekat sana dia pakai Jasmine Tea. nasib baik boleh hadam. haha. sos dia pula rasa macam sambal nasi ayam.

by 6:30pm, kami mula bergerak ke OCBC Skyway. dekat sahaja Cloud Forest dengan tempat tu. jalan kaki pun tak penatlah. waktu terbaik untuk ke sini ialah seawal sunset sehinggalah pukul 8:30 malam. dari puncak OCBC Skyway ni memang boleh nampak matahari terbenam. jadi, kami beli tiket dahulu and lepak sampai pukul 6:45pm. then kami naik ke atas and apalagi, sesi fotografi dimulakan.

OCBC Skyway












bagi sesiapa yang gayat. tak perlu lah naik. sebab dari bawah memang nampak tak tinggi. tapi bila dah naik, mulalah ketar lutut. ada je tau pelancong yang baru je naik dah nak turun balik. kalau ikutkan tempat naik and turut adalah di haluan yang berbeza. tapi dia nervous sangat, terpaksalah turun di tempat masuk.

kenapa aku kata tunggu sampai 8:30 malam tu, ha untuk pengetahuan korang, setiap hari pada pukul 7:45pm dan 9:45pm akan diadakan light show performance. jadi, jangan lepaskan peluang tengok tau! dekat bawah ada satu bulatan taman yang boleh korang santai sambil menunggu show tu. ramai juga melepak di situ. bawalah kain lapik/tapestry or anything untuk baring.





puas hati dengan performance, masing-masing pulang ke destinasi mereka. termasuklah kami. suasana agak kelam kabut sebab ramai juga yang tengok rupanya. menyesal pula sebab tak beli tiket awal-awal. panjang queue beratur nak beli tiket. sebab tu tadi aku cadangkan korang beli return ticket terus, andai kata dah tak ada destinasi lain yang korang nak tuju.

Arab Street


Bayfront Station (DT16) > Bugis Station (EW12) > Lavender Station (EW11)
Standard Ticket: $1.60

memandangkan bas kami akan bertolak pada pukul 12:00 malam, aku request pada Hana untuk ke Arab Street. ramai kata cantik and di situ ada masjid, jadi alang-alang baik berjalan ke sana kan. lagipun tenaga masih ada. Arab Street tak adalah jauh sangat dari Golden Mile Complex. jalan kaki pun sempat.





suasana di Arab Street memang terasa macam dekat Malaysia juga. and yes, alhamdulillah. dari jauh sudah kelihatan masjid. tanpa melengahkan masa, terus ke sana untuk solat. usai solat, jalan-jalan lah cari ole-ole untuk family. dan sementara menunggu bas, aku dengan Hana makan burger kami beli tadi sambil meregangkan kaki. uih, baru terasa penatnya.



settle 24 jam di SIngapore. ini itinerary kami.

11:59 pm : Terminal Bersepadu Selatan > Singapore
6:30 am   : Golden Mile Complex
8:00 am   : Merlion Park
12:00 pm : The Shoppes & ArtScience Museum
3:30 pm   : Cloud Forest
5:00 pm   : Rehat di McD
6:30 pm   : OCBC Skyway
9:00 pm   : Arab Street
12:00am  : Balik Malaysia

Total Cost:
SGD1 : RM3.15

Return Trip Bas : RM106
Flower Dome + Cloud Forest: SGD28
OCBC Skyway : SGD8
Futureworld ArtScience Museum : SGD17
MRT - RM20

Total : RM293


okay itu sahaja. hopefully you guys yang nak travel ke sini have fun juga. plan nak ke USS tapi maybe next time. :)

adios~

p/s: most gambar credit to Hana
post signature

You May Also Like

12 comments

  1. Amboii panjangnya aentri ni

    memang banyak aktiviti pergi singapura ya

    ReplyDelete
  2. wahhh best nyerrr, huhuh, tapi singapura ni kalo gi seskali okay lah, tapi kalo seslalu gi, perhhhh tinggi gak perbelanjaannya.

    ReplyDelete
  3. bestnya T_T . suka tengok life + gambar travel akak . sumpah lawa

    ReplyDelete
  4. Wahh..Best2..Tetibe rase nk repeat gi sane...huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. same here! :D haha

      baca post ni rasa nak pergi Singapore lagi sekali

      hanisamanina.com

      Delete
  5. Wah sgt berbaloi laa.. boleh ikut program Amy ni nnti. Tqtq for sharing

    ReplyDelete
  6. Wow! Sangat kagum dengan Amy. Dapat cover banyak tempat dalam 1 hari je.

    ReplyDelete
  7. wahhh cover banyak tempat jugak ya dalam seharian tu

    ReplyDelete
  8. Last time pegi singapore just pi uss je.tak smpt explore tempat menarik lain kat singapore.insyaAllah next time pegi.bila convrt to SGD ni jadi mahal.tu yg kena plan baik2

    ReplyDelete
  9. ewah. bestnyaaaa. kite yg duk jb pon xpena jejak singapore lg. xmampu lagi haih. hahahah cantik gak vieww kat sana. huhu tunggu bonus bru ley jejak sana kot. hahahah

    Amy, nadya ada tag amy ;)
    https://loveneddy.blogspot.my/2017/10/giveaway-suka-hati-lah-by-ein.html

    ReplyDelete
  10. hari tu pg singapore dengan tour guide rasa tak puas. sbb terkejar2 masa, mcm nak pg sendiri lg t

    ReplyDelete
  11. Salam singgah :)

    https://messarah.blogspot.my/2017/10/hectic.html

    ReplyDelete

hello dear :) x salah pun baca sambil komen kan.