11/01/2017 - 12/01/2017 - Amy Syeera

Monday, November 27, 2017

3 Hotel Bajet bawah RM100 di Sieam Reap, Cambodia

9:00:00 PM 1
3 Hotel Bajet bawah RM100 di Sieam Reap, Cambodia
assalamualaikum and hello lads! memandangkan kisah aku dengan Hana backpacking ke Siem Reap sudah habis, jadi aku nak kongsi 3 jenis hotel yang kami book semasa stay di sana selama 4 hari 3 malam. aku dah lama teringin nak cari pengalaman macam ni and thankfully bestfriend aku sangat-sangat memahami diri aku ni. jadi, memang tanpa lengah kami decide untuk merasa 3 jenis hotel mengikut bintang dan juga lokasi serta harga hotel tersebut. 
 
 

Hotel Bajet bawah RM100 di Siem Reap


Cara Pilih Hotel Sesuai


aku tak kisah kalau ke mana-mana cuma berjalan kaki. tak perlu fancy naik kereta sewa, naik bas or train pun boleh. tapi aku sangat mementingkan tempat tidur apatah lagi kalau nak stay lama di suatu tempat tu. kalau travel lama tapi tidur tak selesa, memang mood aku 100% berubah jadi moody all morning. haha. susah travel dengan orang moody memanjang ni.

okay, aku senaraikan 3 hotel yang kami dah pilih. tips untuk cari hotel yang sesuai dengan kehendak kami.

Monday, November 20, 2017

Travel ke Siem Reap, Cambodia | Kampong Phluk

9:55:00 AM 1
Travel ke Siem Reap, Cambodia | Kampong Phluk
assalamualaikum and hello lads! punyalah dah lama aku pergi Siem Reap tu tapi harini baru berkesempatan nak update. adoi -.- siapa sangka, Cambodia yang kita nampak serba serbi kekurangan tu, sebenarnya matawang yang dia pakai ialah US Dollar! please imagine that. macam mana nak hidup kalau begitu gayanya. bayangkan kita dibayar gaji dalam Ringgit Malaysia tetapi harga makanan, pakaian, TOL, MINYAK semua dalam US Dollar. mahu tak menangis air mata darah. tapi ini bukan isu dia, well, bukan main reason aku menaip harini. aku nak sambung perjalanan kami pada hari ketiga di Kompong Phluk pula.


Travel ke Kampong Phluk, Sieam Reap 

 
sebelum aku kasi tips, aku nak cerita dahulu serba sedikit pasal hari kejadian kami. kalau diikutkan, ada dua tempat yang berbeza korang boleh explore tetapi kedua-dua tempat berada di Tasik Tonle Sap. Chong Khneas dan juga Kampong Phluk. tempat yang menjadi perhatian ramai orang adalah Chong Khneas. tapi bagi sesiapa yang tak suka hadap ramai tourist, better ke Kampong Phluk. atau kalau ada masa yang sangat banyak, boleh pergi kedua-duanya sekali tetapi rasa aku, sama je dua tempat tu cuma kawasan berbeza.

Saturday, November 18, 2017

Tempat Menarik di Kuala Lumpur

7:12:00 PM 3
Tempat Menarik di Kuala Lumpur
Assalamualaikum and hello lads! It’s been a while isn’t it. Alhamdulillah, baru sahaja minggu lepas aku travel lagi. Tak sangka, dengan spontan nya aku and Khadhra decide untuk travel berdua memandangkan maybe lepas ni masing-masing akan menempuh marriage life sendiri. Jadi, tanpa fikir panjang, terus sahaja beli tiket ke Krabi. Masa di sana, aku berjumpa dengan seorang traveler juga dari North Seattle, USA. Katanya maybe bulan Disember nak melancong ke Kuala Lumpur. Dalam minda, terus aku terfikir, tempat apa yang menarik di Kuala Lumpur. Agak-agak ada ke tak? Mestilah ada! Kalau tak, traveler dari negara lain takkan datang ke Malaysia betul tak. And sedar tak sedar, ada rupanya tempat unik di Kuala Lumpur. Masa nilah kita nak promote negara kita dengan penuh bangganya. Cewah. 

Tempat Unik di Kuala Lumpur


Bila sebut Kuala Lumpur je, apa yang korang bayangkan? Untuk aku yang sangat minat dengan nature tak kisah ke mana sahaja aku pergi, aku akan cari tempat yang ada suasana hijau. Tapi boleh percaya tak Kuala Lumpur masih ada kehijauan di sekeliling Bandar yang dipenuhi dengan bangunan pencakar langit tu? Tapi dekat mana nak cari kan… who knows there are so many things to do in Kuala Lumpur

Friday, November 17, 2017

Travel Bajet ke Siem Reap, Cambodia | Angkor Wat

9:30:00 PM 3
Travel Bajet ke Siem Reap, Cambodia | Angkor Wat
assalamualaikum and hello lads! masha ALLAH dah lama sangat tertangguh nak buat entry pasal Siem Reap ni. maafkan saya. bagi aku, travel ke negara berdekatan dengan Malaysia ni memang murah. jadi, bagi sesiapa nak travel bajet, boleh lah cuba travel ke negara-negara seperti ini dahulu.


Travel Bajet ke Siem Reap - Angkor Wat


seawal jam 4:00 pagi, kami sudah bangun untuk bersiap-siap. memandangkan tidur di hotel biasa-biasa sahaja, jadi kami berdua agak grumpy. or maybe sebab penat sangat naik flight tapi tidur lambat, macam tu lah jadinya. untuk sesiapa yang nak ke Angkor Wat, aku cadangkan gerak seawal yang mungkin. sebab nanti time nak beli tiket entrance yang mengambil banyak masa.