Assalamualaikum and hello lads! It’s been a while isn’t it.
Alhamdulillah, baru sahaja minggu lepas aku travel lagi. Tak sangka, dengan
spontan nya aku and Khadhra decide untuk travel berdua memandangkan maybe lepas
ni masing-masing akan menempuh marriage life sendiri. Jadi, tanpa fikir
panjang, terus sahaja beli tiket ke Krabi. Masa di sana, aku berjumpa dengan
seorang traveler juga dari North Seattle, USA. Katanya maybe bulan Disember nak
melancong ke Kuala Lumpur. Dalam minda, terus aku terfikir, tempat apa yang
menarik di Kuala Lumpur. Agak-agak ada ke tak? Mestilah ada! Kalau tak,
traveler dari negara lain takkan datang ke Malaysia betul tak. And sedar tak
sedar, ada rupanya tempat unik di Kuala Lumpur. Masa nilah kita nak promote
negara kita dengan penuh bangganya. Cewah.
Tempat Unik di Kuala Lumpur
Bila sebut Kuala Lumpur je, apa yang korang bayangkan? Untuk
aku yang sangat minat dengan nature tak kisah ke mana sahaja aku pergi, aku
akan cari tempat yang ada suasana hijau. Tapi boleh percaya tak Kuala Lumpur
masih ada kehijauan di sekeliling Bandar yang dipenuhi dengan bangunan pencakar
langit tu? Tapi dekat mana nak cari kan… who knows there are so many things to
do in Kuala Lumpur.
1. Petronas Twin Tower
Okay, tak dinafikan, KLCC merupakan tempat
yang menjadi perhatian ramai pelancong. Mungkin sini best and murah untuk
shopping bagi mereka. Aku suka ke KLCC sebab taman KLCC tu. Sangat luas dan
tempat strategik untuk selfie berlatar belakangkan bangunan Petronas Twin Tower
tu. Landskap ini telah direka bentuk oleh Roberto Burle Marx, seorang arkitek
landskap dari Brazil. Ha, dekat sini juga lah tempat untuk kita berkelah dengan
keluarga or kawan-kawan. Tempat untuk budak-budak mandi kolam. Seronok juga aku
tengok diorang mandi dekat situ. Setiap kali birthday, boleh dikatakan ini lah
port aku and Hana melepak and makan sama-sama sambil bergosip.
Waktu Operasi: Setiap Hari (7.00am – 10.00pm)
Alamat: Jalan Ampang, Kuala Lumpur City
Centre, 50450 Kuala Lumpur

2. Bukit Nenas Forest Reserve
Ha! Siapa pernah datang sini? Hutan Simpan
Bukit Nenas ni merupakan hutan simpan paling tua di Semenanjung Malaysia. Ia
juga dikenali sebagai Green Lung Kuala Lumpur memandangkan ia terletak di
tengah Bandar Kuala Lumpur. Rugi tau kalau berjalan-jalan area KL, tapi tak
pernah dengar pasal Bukit Nenas Forest Reserve. Apa yang menariknya di sini?
Bagi sesiapa yang meminati keindahan alam semulajadi, korang patut singgah
seketika di Bukit Nanas Forest Reserve. Nak masuk tak mahal pun, dalam berapa
ringgit sahaja. Kebetulan masa kami pergi, entrance adalah percuma muehehe. Ada
Canopy Walk di sepanjang jalan dalam kawasan Bukit Nanas Observatory ni.
Waktu Operasi: Setiap Hari Termasuk Hujung
Minggu dan Cuti Umum (7.00am – 6.00pm)
Harga Tiket: Percuma
Alamat: Hutan Simpan Bukit Nenas, Jalan
Raja Chulan, Kuala Lumpur, 50250 Kuala Lumpur

3. Taman Burung
Jika melancong bersama anak-anak, Taman
Burung pasti menjadi pilihan juga. Masa nil ah kita nak ajar anak-anak yang
burung ni ada juga macam-macam jenis. Dengan keluasan 20.9 ekar, Taman Burung
ini terletak di Taman Perdana. Taman Burung terbahagi kepada 4 zon yang
berbeza. Zon 1, dan 2 ialah zon di mana kita dapat tengok burung terbang bebas
ke mana sahaja. Manakala habitat bagi burung Enggang pula terletak di Zon 3.
Dan Zon 4 adalah tempat di mana kita boleh menyaksikan pertunjukan burung.

Waktu
Operasi: Setiap Hari
(9.00am – 6.00pm)
Harga
Tiket: Dewasa
Warganegara: RM27, Pelancong: RM50 | Kanak-kanak (3-11 Tahun) Warganegara:
RM13, Pelancong: RM41
Alamat: KL Bird Park, 920, Jalan
Cenderawasih, 50480 Kuala Lumpur
4.
Berjaya Times Square
Sini
siapa minat main aktiviti mencabar? Jangan kata mall ini sekadar tempat untuk
shopping dan menonton wayang sahaja, malah Berjaya Times Square menawarkan
aktiviti roller coaster! Ye, dalam bangunan okay. See, banyak tempat unik di
Kuala Lumpur.

5. Kuala Lumpur Upside Down House
Siapa
kata nak pergi Upside Down House kena datang Sabah sahaja? Ha, jangan terkejut.
Dekat KL pun ada Upside Down House. Semua barang tak kira apa sahaja akan
berada dalam keadaan terbalik! Sini memang sesuai kalau kita bawa anak-anak.
Biar diorang fikir sikit kenapa rumah ni boleh jadi terbalik.

Waktu Operasi: Setiap Hari (9.00am – 7.00pm)
Harga Tiket: Dewasa RM15 | Kanak-kanak RM10
Alamat: Off, Jalan P Ramlee & Jalan
Puncak, 50250 Kuala Lumpur (KL Tower)
6. Masjid Wilayah Persekutuan
Pernah pergi Masjid Biru di Istanbul? Ha,
di Masjid Wilayah ini korang boleh menikmati keindahan yang sama. Reka bentuk
masjid ini diinspirasikan daripada Masjid Biru yang terletak di Istanbul dengan
gabungan seni bina Turki dan Melayu. Masjid ini memiliki ruang solat yang
sangat besar sehingga mampu menampung dalam 15,000 jemaah pada satu-satu masa.

Di sekeliling masjid ini terdapat air
pancut dan juga tumbuhan-tumbuhan hijau yang terjaga dengan baik sekali.
Kecantikan masjid ini tidak dapat diluahkan dengan kata-kata dan tidak cukup
dengan hanya melihat pada gambar, anda perlu datang sendiri dan lihat dengan
lebih dekat lagi sentuhan yang penuh perincian pada setiap sudut masjid ini
yang kelihatan begitu tenang dan indah.
Alamat: Masjid Wilayah, 50480 Jalan Duta,
Kuala Lumpur
Aktiviti di Kuala Lumpur
1. Berjalan kaki di Kuala Lumpur
Bagi sesiapa yang duduk di KL, pastinya
alert dengan kempen ini. Best friend aku setiap Ahad minggu pertama dan ketiga
tak pernah missed datang berjalan kaki bersama citizen’s yang lain untuk
support kempen KL Carfree Morning seawal jam 7:00 pagi – 9:00 pagi bertempat di
DBKL & Dataran Merdeka. Bukan berjalan sahaja, nak naik basikal, skating or
even jogging pun tiada masalah. Selain daripada aktiviti ini, ada juga aktiviti
Horse Carriage Rides, Zumba dan juga Lucky Draw. Menarik juga lah bagi aku.
Maybe boleh ajak pelancong luar untuk sertai bersama.

2. Blockspace
Untuk anda yang kaki shopping tapi dalam
masa yang sama risaukan keselamatan anak-anak masa anda tengah sibuk mencari
barang, apa kata kalau bawa anak-anak anda ke sini? Banyak di buka di
pusat-pusat membeli-belah, tempat yang sangat colourful, Blok Space merupakan
sebuah lokasi di mana anak-anak dapat bermain lego sambil berinteraksi dengan
kanak-kanak lain untuk berkongsi idea dalam pembinaan rekaan mereka.
Satu suasana yang positif untuk membantu
perkembangan kanak-kanak agar menjadi lebih kreatif, bersifat ingin tahu dan
pandai merealisasikan idea mereka. Sesuai untuk kanak-kanak yang berumur 5
hingga ke 14 tahun. Anak-anak dapat meluangkan masa menggunakan stok blok-blok
lego yang tak pernah habis ini mengikut kreativiti mereka, anda pula boleh
menggunakan waktu itu untuk bershopping sakan, win-win!
Waktu Operasi: Bergantung kepada cawangan
BlockSpace
Harga Tiket: RM18
Alamat: Terdapat 5 cawangan di sekitar KL
dan Petaling Jaya iaitu: IPC Shopping Centre Damansara, The School Jaya One,
Main Place USJ 21, Empire Shopping Galery, 1 Mont Kiara.
Banyak rupanya tempat menarik di Kuala
Lumpur. Hakikatnya, Malaysia mempunyai banyak hidden
gems jika kita explore betul-betul. Cubalah cari kawan-kawan atau family
yang suka travel dan luangkan masa seketika baca di website Traveloka or any
website pasal travel and pasti kita akan jumpa banyak sangat tempat menarik di
seluruh Malaysia ini.
Okay itu sahaja dari aku.

Amy, thanks for sharing about Bukit Nenas Forest Reserve tu. Selalu nampak gambar orang kat situ tapi tak tahu diaorang tangkap gambar dekat mana. Thanks again! :D
ReplyDeleteGood entry. Sis simpan sbg rujukan ke kl nnti.biasa jln mall je.. xsangka byk lgi x kunjung
ReplyDeleteSenang Ada list Gini boleh plan nk.pegi yg mana duli
ReplyDelete