Travel Bajet ke Siem Reap, Cambodia | Angkor Wat - Amy Syeera

Friday, November 17, 2017

Travel Bajet ke Siem Reap, Cambodia | Angkor Wat

assalamualaikum and hello lads! masha ALLAH dah lama sangat tertangguh nak buat entry pasal Siem Reap ni. maafkan saya. bagi aku, travel ke negara berdekatan dengan Malaysia ni memang murah. jadi, bagi sesiapa nak travel bajet, boleh lah cuba travel ke negara-negara seperti ini dahulu.


Travel Bajet ke Siem Reap - Angkor Wat


seawal jam 4:00 pagi, kami sudah bangun untuk bersiap-siap. memandangkan tidur di hotel biasa-biasa sahaja, jadi kami berdua agak grumpy. or maybe sebab penat sangat naik flight tapi tidur lambat, macam tu lah jadinya. untuk sesiapa yang nak ke Angkor Wat, aku cadangkan gerak seawal yang mungkin. sebab nanti time nak beli tiket entrance yang mengambil banyak masa.

tepat jam 5:30 pagi, selesai check out dari hotel tu, Tuk Tuk driver kami iaitu Sina Yean pun sampai. memandangkan selesai pusing seluruh kawasan di Angkor Wat tu, kami akan check in ke hotel lain juga. nasib baik most hotels dekat sini menawarkan luggage storage free. jadi, tanpa berlengah lagi, Sina terus bawa kami ke kaunter membeli tiket. 

rupanya jauh juga tempat nak beli tiket dengan Angkor Wat. and bayangkan, seawal jam 5:40 pagi, dah ramai tourist yang sedang beratur untuk membeli tiket. ingatkan kami ni awal. rupanya diorang lagi awal.  nasib baiklah kaunter banyak buka. tak adalah lama sangat menanti.



take note: ada dua jenis kaunter di situ. belah kiri kaunter khas untuk pass 1 hari sahaja manakala belah kanan pula ialah kaunter untuk pass selama 3 hari. kalau korang jenis yang betul-betul nak berjalan secara comfortable sambil menghayati keunikan Angkor, maka 3 hari lah pass. tapi kami beli 1 pass sahaja. ikut pengalaman aku, sempat je explore semua dalam 1 hari. cuma ada tempat terpaksa skip sebab agak jauh. 

apa yang menarik dengan tiket ini, setiap pass ada gambar masing-masing. yes, sebab tu lah panjang beratur. diorang tak nak orang suka-suka pakai pass orang yang lama. jadi, kalau nak tipu memang tak dapatlah. and make sure simpan elok-elok tiket tu. setiap kali entrance, staff Angkor akan cek. 



Angkor Wat



tepat jam 6:00 pagi, kami sampai juga di luar kawasan Angkor Wat. wow, ramainya orang. kami pun tak mahu ketinggalan untuk tengok matahari terbit. Semua Tuk Tuk driver akan stay di luar sahaja. jadi, ambillah masa sebanyak mungkin yang korang nak. dia akan tunggu. and seperti dijangkakan, ramai staff sudah berdiri untuk tengok tiket masing-masing. 

ada dua tempat di situ yang betul-betul boleh nampak bayangan Angkor Wat sambil matahari terbit. iaitu di kolam. tapi ramai sangat dekat situ. jadi, kami pun pasrah je la and terus menunggu betul-betul di pagar yang menutup kawasan Angkor Wat. rupanya Angkor Wat mula buka pada pukul 6:45 pagi. jadi, sambil menanti, sambil ambil gambar la. hehe. 

tak tahu nak explain macam mana perasaan masa explore dalam Angkor Wat ini, aku tunjuk gambar sahajalah ye. hehe. perhatian! nak masuk temple sama juga macam masuk masjid. make sure pakai pakaian menutup aurat sikit. tapi bagi mereka menutup aurat bermaksud tak nampak lutut.






ini perjalanan kami semasa berada di situ.

Angkor Wat > Phnom Bakheng > Bayon > Phimneakas > Terrace of Lepper King > Preah Khan > Jayatataka + Neak Pean > Ta Phrom


ha, banyak kan. in shaa ALLAH memang sempat explore semua. kami pun sempat berehat juga. please make sure tiket sentiasa ada di sisi. nak ambil gambar di sini memang boleh, ambil gambar dengan sami pun boleh cuma jangan terlampau mengganggu mereka sangat.














p/s : ini baru gambar di Angkor Wat sahaja. nanti aku share gambar di semua Angkor okay!











habis tu, memang confirm lapar gila! serious, jadi Sina bawa kami ke kedai makan berdekatan. memandangkan kami Muslim, jadi dia bawa ke tempat yang bersesuaian. bila cek menu, mak kauuu.. mahai tak ingat. nasi goreng je pun!

ehem. in US dollar ye


nasib la nak siapa yang datang sini. kami kongsi berdua. and balik beli lah apa-apa yang best.

later aku sambung perjalanan kami ke Kompong Phluk pula okay. adios~
post signature

3 comments:

  1. Ada tak gambar sunrise dekat Angkor Wat tu? Selalu baca yang itu one of the highlights kalau orang melawat Angkor Wat tu.

    ReplyDelete

hello dear :) x salah pun baca sambil komen kan.