Travel ke Siem Reap, Cambodia | Kampong Phluk - Amy Syeera

Monday, November 20, 2017

Travel ke Siem Reap, Cambodia | Kampong Phluk

assalamualaikum and hello lads! punyalah dah lama aku pergi Siem Reap tu tapi harini baru berkesempatan nak update. adoi -.- siapa sangka, Cambodia yang kita nampak serba serbi kekurangan tu, sebenarnya matawang yang dia pakai ialah US Dollar! please imagine that. macam mana nak hidup kalau begitu gayanya. bayangkan kita dibayar gaji dalam Ringgit Malaysia tetapi harga makanan, pakaian, TOL, MINYAK semua dalam US Dollar. mahu tak menangis air mata darah. tapi ini bukan isu dia, well, bukan main reason aku menaip harini. aku nak sambung perjalanan kami pada hari ketiga di Kompong Phluk pula.


Travel ke Kampong Phluk, Sieam Reap 

 
sebelum aku kasi tips, aku nak cerita dahulu serba sedikit pasal hari kejadian kami. kalau diikutkan, ada dua tempat yang berbeza korang boleh explore tetapi kedua-dua tempat berada di Tasik Tonle Sap. Chong Khneas dan juga Kampong Phluk. tempat yang menjadi perhatian ramai orang adalah Chong Khneas. tapi bagi sesiapa yang tak suka hadap ramai tourist, better ke Kampong Phluk. atau kalau ada masa yang sangat banyak, boleh pergi kedua-duanya sekali tetapi rasa aku, sama je dua tempat tu cuma kawasan berbeza.

perjalanan dari Blossoming Romdual Cottage ke Kampong Phluk memakan masa selama 2 jam. oh ye, aku lupa nak bagitahu. sejurus kami selesai explore satu Angkor, kami minta Sina hantarkan ke hotel kami seterusnya, hotel bertaraf tinggi sedikit dari hari sebelum iaitu Blossoming Romdual Cottage.

p.s: siapa yang malas nak cari sarapan, better cari hotel yang ada Breakfast Included terus.

Blossoming Romdual punya bilik SANGAT BESAR. selesa lah juga. aku perasan bilik shower/toilet diorang ni memang spacious gila. nak tidur 3 orang pun muat. serious cakap. maybe diorang pentingkan toilet kot? alhamdulillah. daripada tak boleh tidur semalam, dengan nasihat dari Hana supaya aku mandi air panas, akhirnya dapat tidur nyenyak.

okay, pagi esoknya tepat jam 8:30 pagi, Sina sudah berada di hadapan pintu gerbang hotel. terus kami naik dan menikmati pemandangan sekeliling and akhirnya zzzzz....
Kampong Phluk

lama kot 2 jam, sedangkan dalam kereta pun boleh tertidur. ini lagi merasa udara Siem Reap, mahu tak terlena. risau jatuh je hahahahahaha... bayangkan tidur atas beca yang bergerak laju. scary?

sebelum kami sampai ke Kampong Phluk, kami berhenti di kaunter tiket dahulu.

tips: nak dapat tiket harga murah (ye, dia berbeza ikut orang), silalah bawa kawan cantik bersama. HAHAHAH. Hana ni banyak kali juga dipuji orang Cambodia. dapatlah murah tiket kami. sebab banyak juga aku dengar ada kena tipu sampai kos tiket berharga sehingga USD25. bayangkan, mahal kot! sangat tak berbaloi. please jangan tertipu.

then, sambung lagi 15 minit perjalanan. agak jauh juga rupanya nak sampai sini. dia macam ala-ala lalu kawasan Sabak Bernam. itu Hana cakap since dia membesar di sana. masa kami sampai, orang di situ minta tiket kami beli tadi and terus kami dibawa menaiki salah satu bot yang ada di situ. phew, dan mulalah perjalanan kami di Floating VIllage.




fact : 90% of penduduk di sini mencari duit dengan menangkap ikan and agrikultur.

menarik juga kawasan Floating VIllage ni. sangat unik. rumah-rumah dia semua tinggi-tinggi belaka. sebab apa? masa kami datang ni tengah dry season which is good sebab kita dapat tengok depan mata keindahan kawasan ini. kalau masa wet season, memang tinggilah air, and jadilah seperti rumah biasa sahaja. rugi woo datang masa musim banjir. satu apa pun tak boleh buat. 
Flooded Forest

alang-alang kami sudah berada di sana, kami pilih untuk ke Flooded Forest sekali. harga dia USD5. perjalanan naik sampan sekejap je dalam 10 minit tapi harga sampai RM20. hahaha. nak buat macam mana. tutup mata kasi duit. time ni terasa dekat sangat dengan nature. sampan dia rasa macam bila-bila je boleh tenggelam -.- dalam kepala terbayang juga kot ada ular ke buaya ke, risau mak. dia bawa kami keliling Flooded Forest. tahu tak kenapa nama dia Flooded Forest? sebab masa musim banjir, habis satu pokok pun takkan kelihatan. takut kan.apa yang paling menakutkan lagi bila air dia sangat keruh seperti air Nescafe Kaw.



habis sahaja pusingan di situ, kami dipaksa membeli jajan kalau tak, dia tak nak bergerak. aiyooo.. tak pasal je beli. muka memang dah tak boleh cover happy dah. hahaha. masa dah turun dari sampan pun dia minta tip, kami cepat-cepat pergi dari situ. yes, kawasan Siem Reap ni memang ramai yang akan minta tip. jadi, kalau tak mahu, senyum dan pergi je. 

balik je dari Kampong Phluk, kami bergerak pula ke destinasi hotel terakhir iaitu Sambath Residence. aku syukur sangat sebab Hana jumpa tempat ni. BEST WOO.. kalau datang Siem Reap, korang wajib check in sini. hahaha. rasa macam duduk rumah kot. bilik sangat luas, katil dia ada banyak bantal (my favorite), ada bath tub! nanti aku cerita lebih specific tempat-tempat kami duduk ni di entry lain okay :D

itu sahaja. esok kami pun pulang ke Malaysia. bye Siem Reap. 
Tuk Tuk Ride : USD10
Kampong Phluk : USD15 as of July 2017 (ada orang pernah dapat USD10)
Flooded Forest : USD5

adios~

post signature

1 comment:

hello dear :) x salah pun baca sambil komen kan.