01/01/2017 - 02/01/2017 - Amy Syeera

Tuesday, January 24, 2017

Semua Ada Kisah Silam

2:00:00 PM 7
Semua Ada Kisah Silam
assalamualaikum and hello lads! tengah buat apa tu? harini penat sangat. satu sebab Monday Blues. so cliche. satu lagi bila balik je confirm hujan lebat. alhamdulillah, hujan itu mudah-mudahan membawa 1001 rahmat. tapi bagi aku yang hari-hari naik bas, nampaknya kena tukar schedule pula. itupun dah inform ummi aku dulu. kata minggu ni or perhaps bulan ni aku akan banyak balik lambat. macam tadi pun, sampai sahaja di rumah terus azan Maghrib. 1 jam menunggu bas. masa tiba di LRT Ara Damansara, dari jauh aku dah nampak bas datang. tapi Allahu, ramainya menunggu bas. bayangkan aku berjalan santai-santai nak ke bas pun masih tak habis lagi orang beratur menunggu giliran untuk naik. tapi aku tak sangguplah nak jadi tin sardin juga. dengan bawa balik keropok lekor ni. ada terhimpit bau kepok lekor karang. 

Image result for past quote tumblr

Semua Ada Kisah Silam


okay-okay, aku dah terpesong. pagi tadi sebenarnya kawan aku duk share gambar Twitter pasal seorang artis ni. artis yang sekarang maybe famous kot, sorry to say, aku tak berapa kenal artis Malaysia. anak-anak diorang aku lagi kenal nampaknya. bagi siapa yang aktif Twitter, maybe tahu aku merujuk pada siapa. bila aku baca, memang agak rude juga lah apa yang dia duk update status hari-hari. hebat betul manusia zaman sekarang. sampai ke tahun 2012 punya status pun dia orang sanggup korek semata-mata nak malukan artis tu. 

Friday, January 20, 2017

Pengalaman Digital Interview ala-ala Vlogger

11:00:00 PM 1
Pengalaman Digital Interview ala-ala Vlogger
Que Sera Sera. itu sahaja yang aku terfikir masa dah habis interview. ya Allah, rasa tergelak ada, rasa sedih ada, rasa geram ada. felt like i can do better than that! mesti biasa kita akan sebut macam tu kan bila sesi interview dah tamat. aku dah merasa pengalaman kena interview depan-depan. aku dah merasa interview menerusi telefon. dan sekarang ini yang terbaru (baru sahaja pagi tadi), aku mendapat experience dengan bercakap seorang diri di hadapan laptop pula. interesting kan! hahaha. so, ini kisah aku.

Image result for interview online

Pengalaman Digital Interview Menggunakan Video 


minggu lepas aku dapat satu email mengatakan aku dapat interview. Alhamdulillah. masa di hujung-hujung kontrak dekat company telco ni, aku agak susah hati sebab lepas ni nak kerja apa pula kan? takkan nak menganggur. habis tu nanti travel siapa nak sponsor? Dato'? haha as if... so, aku pun apply sahaja segala companies yang available dekat Jobstreet dan juga tempat lain. aku ada apply PTD haritu tapi dia kata apa entah. aku lupa. tapi tak layak la kiranya. it's okay. maybe tak ditakdirkan kerja dengan kerajaan. nan, nampaknya aku tak dapat kahwin dengan kau. hahaha. jk.

Thursday, January 19, 2017

Pengalaman Interview Menerusi Telefon

9:30:00 PM 4
Pengalaman Interview Menerusi Telefon
assalamualaikum and hello lads! mengantuknya. mata dah sepet dah ni and yeah, this is a scheduled post. aku tak mampu nak buat on the spot punya entry. satu sebab aku busy siapkan segala kerja di office. kedua sebab dah balik rumah memang aku malas sangat nak taip entri. tapi bulan ni dah memang berhajat nak banyakkan sikit jumlah entry dalam blog aku. so, disebabkan itulah aku terdorong untuk menulis juga walaupun hari sudah semakin lewat. zzzz...

Image result for interview tumblr

Pengalaman Interview Menerusi Telefon


ha, aku tahu semua orang mesti sudah biasa hadap interview ni kan. tak kisahlah masa nak masuk MRSM ke, universiti ke, apatah lagi masa kerja. lagi macam-macam jenis interview kita dah pergi kan. cakap sahaja apa yang tak pernah, semua aku dah merasa. well, not literally. tak apa. biarlah banyak pun interview yang pergi even tak dapat sebarang berita baik, yang penting pengalaman yang kita peroleh tu sangat membantu pada masa akan datang. 

Bibir Kembali Sembuh Sediakala

10:30:00 AM 0
Bibir Kembali Sembuh Sediakala
assalamualaikum and hello lads! Everyday-except-for-Friday Bluessssss~ over and over again. dah lah dekat sini pagi tadi jammed teruk. korang pun mesti sama kan? sebab member aku semua datang lambat. ada stuck sampai 2 jam dekat atas jalan raya. aku yang naik bas pun tadi dah terlepas satu. memang rasa nak menangis dah. hahaha. sebab time busy macam ni, memang impossible nak tunggu bas yang seterusnya. tapi alhamdulillah ada. tak sampai 5 minit je bas dah menyusul. nasib baik sangat. dengan tak cucuk duitnya, nanti nak naik teksi bayar pakai apa pula kan. daun? 

Bibir Kembali Sembuh dengan Virgin Coconut Oil (VCO)


Image result for vco oil
ingat tak haritu aku ada cerita pasal bibir aku yang terkena alergik lipstick tu? aduhai memang sedih tengok bibir sendiri kena macam tu. dah la obvious di pandangan mata orang lain. semua duk cakap, apa kau buat dengan bibir kau Amy? kena gigit dengan siapa tu? haha kurang asam betul kawan aku. nasib baik dah biasa bergurau senda dengan diorang ni. kalau tak, mahu kena bebel sekejap lagi. 

Wednesday, January 18, 2017

Tekanan Darah Rendah

9:31:00 PM 2
Tekanan Darah Rendah
assalamualaikum and hello lads! sihat semua? dah cek betul-betul belum kondisi tubuh korang tu? jangan main-main dengan bab kesihatan ni. kadang-kadang luar je nampak sihat bertenaga. hakikatnya yang dalaman dah nak rosak bagai. minta dijauhkan. aku ni pun rasa macam sihat je. hari-hari bangun pagi siap nak pergi kerja, jalan kaki for 10 minutes naik atas menunggu bas. then berdiri for 30 minutes sampai ke LRT, jalan kaki lagi dalam 10 minit. then, sampailah ke office. fuh, bila pakai phone baru ni, aku dapatlah follow up berapa banyak langkah dapat aku buat dalam masa 1 hari. paling banyak aku pernah dapat dalam 11,594 langkah kaki. sebab masa tu pergi Great Wall of China. hehe. kalau macam hari kerja ni, setakat 3000 langkah sahaja berjaya. sebab tu aku tak kisah berjalan ni. berjalan banyak manfaat dia. 
 

Tekanan Darah Rendah

Image result for low blood pressure causes
 
kebetulan masa tu, adik dengan umi aku tengah cek blood pressure dekat dalam bilik. so aku pun teringin juga nak try. mana lah tau kot tiba-tiba tinggi. kot normal. so bila cek tu, memang aku terkejut! 

Thursday, January 12, 2017

Aku Dambakan Kisah Cinta Seperti Zaman Dahulu

4:30:00 PM 3
Aku Dambakan Kisah Cinta Seperti Zaman Dahulu
assalamualaikum and hello lads! salam Khamis. semoga hari korang semua dalam keadaan yang indah sahaja. hopefully in shaa ALLAH. aku pula macam mana? entah. asal nak masuk hari Khamis je mesti rasa malas nak pergi kerja. haha. kenapa? sebab aku ni fiil suka siapkan semua report hari Isnin dengan Selasa. kalau dahulu 1 report ambil masa seminggu untuk siapkan. tapi bila dah selalu buat for almost a year now, 4 report aku berjaya buat dalam 2 hari sahaja. of course lah awal-awal banggakan, lama-lama menyesal sebab hari seterusnya blur tak ada benda nak buat dah. -.- now i know kenapa ramai suka tangguhkan kerja. haha ops. but i don't know how to do it. kadang-kadang boss aku random je minta report. kadang-kadang dia senyap. so, better siapkan sahaja secepat mungkin. nasib baiklah ada masa email masuk minta buat work order bagai, terasalah juga busy macam orang lain.

Image result for classic love tumblr

Aku Dambakan Kisah Cinta Seperti Zaman Dahulu


tapi bila dah sibuk sangat dengan kerja, kadang-kadang terlupa juga soal cinta ni. bab cari jodoh. eksyen je kau amelia. maklumlah, dah makin berusia ni, lagilah rasa macam oh no, oh no! i'm getting older!!! what am I supposed to do?? run away and go live somewhere else?? so overthinking. yes, that I am. bila sebut soal cinta, fikir balik, aku tak ada pengalaman macam orang lain. tengok wayang berdua, makan berdua, call 24 jam sehari. jealous? of courselah! hahahaha. masa tu je lah. bila bayangkan aku di tempat diorang, tiba-tiba rasa rimas pula. asyik attached dengan orang sama je. tak bosan ke? 

Wednesday, January 11, 2017

Hit The Road to Beijing | Forbidden City & Tian'anmen Square

3:30:00 PM 1
Hit The Road to Beijing | Forbidden City & Tian'anmen Square
assalamualaikum and hello lads! okay, semalam dah gerak pergi ke salah satu 7 wonders of the world iaitu Tembok Besar China. so, harini dapat bangun lewat sedikit sebab destinasi kami kali ini hanya dekat sahaja dari hotel. usai sarapan, kami terus menunggu di lobi hotel. satu benda yang aku tak suka bila pergi dengan pakej ni, kena menunggu orang lain. aku cukup tak suka tunggu orang. kalau masa masih awal tak apa. tapi kata tunggu pukul 7 pagi. siapnya pukul 7:45 pagi, mahu tak berapi walaupun dekat tempat sejuk macam tu. hahaha. 



Forbidden City | Tian'anmen Square


eh ter emo pula. sorry sorry. kita sambung pula ye. naik bas je dalam 30 minit, akhirnya sampai. tapi bas tak dapat berhenti betul-betul depan Forbidden City, jadi kami kena berjalan agak jauh sedikit. tak apa. aku suka dapat berjalan macam ni. 

Kereta Tak Boleh Hidup, Bateriku.com Kan Ada

9:30:00 AM 0
Kereta Tak Boleh Hidup, Bateriku.com Kan Ada
assalamualaikum and hello lads! siapa sini ada kereta? maybe almost semua orang dah ada kereta kan. sedangkan budak-budak sekolah pun dah ada kereta sendiri. aku ni serba serbi lambat sedikit. hehehe. budak tahun 90an. umur 14 tahun baru dapat handphone pertama. adik 10 tahun dah ada handphone sendiri. umur 15 tahun baru merasa ada motor sendiri (bajet-bajet motor sendiri padahal motor arwah abah), budak lain umur 13 tahun dah ada motor RXZ. hahaha. cepat betul sekarang masa berlalu kan. sekarang ni kereta pula. umur 25 tahun baru nak merasa ada kereta sendiri. itupun kongsi dengan adik. kikiki. tak apa. rezeki masing-masing. asalkan ada transport untuk mudahkan kita nak ke mana-mana kan.

Kereta Tak Boleh Hidup, Bateriku.com Ada


tapi, jangan sangka dah ada kereta sendiri ni hebat dari segala segi. apa lagi perempuan! susah bila kita tak kemahiran nak baiki kereta andai something happened. macam tayar bocor ke apa. dulu aku teringat lagi masa bulan puasa, aku dengan Atul nak pergi bazaar cari makanan. tiba-tiba kereta tak boleh hidup! ya ALLAH, dugaan sungguh masa tu. hahaha. bayangkan terpaksa tolak kereta masa waktu panas dengan tak boleh minumnya. memang memori aku tak boleh lupa. nak minta tolong pun tak ada siapa masa tu. weekend kebiasaannya budak-budak uniten balik rumah. 

Tuesday, January 10, 2017

Kami Tidak Sehaluan

3:00:00 PM 3
Kami Tidak Sehaluan
assalamualaikum and hello lads! apa cerita semua? ada kena Thursday Blues ke? hehehe. nak tahu tak? hari Isnin haritu memang blues lah. macam-macam benda pula nak jadi. jalan jammed teruk. shuttle ramai orang. bas tak nak berhenti bila lambai suruh berhenti. ah, geram sangat! rupanya bila cerita dekat member, diorang pun kena benda sama. alahai. maybe it was just a bad day for everyone. mungkin ada hikmahnya. tak apalah nak buat macam mana. benda dah jadi. hmm..

Related image

Kami Tidak Sehaluan


and ini terjadi pula satu cerita. hehehe. kebetulan masa tu tengah masak dengan ummi aku, ummi ajak aku pergi buat umrah sama. aku tanya bila, ummi jawab bulan 3. noooo, aku pergi travel tempat lain masa tu. sedihnya tak dapat tunai umrah sama dengan ummi ayah and adik. kebetulan memang masa yang sama pula tu. takkanlah nak suruh tunda. benda baik kan. jangan ditunda-tunda. aku pun dah bayar flight rumah semua. so, tak dapat nak buat apa. nampaknya aku hantar ummi naik flight, then aku pula naik flight ke negara lain. sobs.... 

Monday, January 9, 2017

Bila Terlampau Confident Hidup Sendiri

10:00:00 PM 4
Bila Terlampau Confident Hidup Sendiri
assalamualaikum and hello lads! ha, before aku masuk ke cerita yang aku nak bagitahu dekat korang, aku nak tanya satu soalan. sini siapa yang biasa buat semua sendiri? event travel solo? maybe lelaki okay kot. aku merujuk khas untuk perempuan. yes, itu tindakan yang sangat berani sebab nak pergi seorang sangat berisiko. anything can happen to us women right? adakah itu sexist? i don't know. you tell me. 

Image result for alone tumblr

Bila Terlampau Confident Hidup Sendiri


aku pun biasa buat kerja sendiri. maybe sebab aku rasa macam aku tak suka nak menyusahkan siapa-siapa. so aku gunakan kebolehan yang ada untuk figure out by myself. i mean literally everything. ye keeee kau ni Amelia. tapi aku masih belum di tahap untuk travel secara solo. masih belum jumpa kekuatan tu. in shaa ALLAH one day.

Sunday, January 8, 2017

Internet Bukan Social Media Sahaja

9:30:00 PM 3
Internet Bukan Social Media Sahaja
assalamualaikum and hello lads! apa khabar semua? salam Sabtu. banyak ke plan hujung minggu ni? aku malas nak keluar. tak ada mood. maybe sebab dah selalu sangat keluar. so, kalini aku nak stay dalam bilik sahaja kemas rumah semua. and sebenarnya aku masih menantikan mesej dari seseorang. dari pagi tak ada khabar. aish, risau pula aku. 

Image result for internet tumblr

Internet Bukan Untuk Social Media


nasib baiklah ada juga social media macam ni kan. cakap je apa yang tak ada sekarang. nak connect dengan people, ada Facebook. nak berdrama banyak-banyak, ada Twitter. nak tunjuk gambar dekat orang, ada Instagram. nak share resepi, ada Blog. semua ada! semua di hujung jari sahaja. cakaplah rumah siapa je yang tak ada desktop/laptop. kalau masa zaman dulu, dalam 10 rumah, boleh kata ada 1 sahaja yang mampu beli. sekarang ni 1 rumah mahu ada 10 laptop kan. possible.

Saturday, January 7, 2017

Jawapan Cinta ada Depan Mata Sendiri

2:00:00 PM 2
Jawapan Cinta ada Depan Mata Sendiri
assalamualaikum and hello lads! pernah tak korang tengok cerita He's Just Not That Into You? Panjang betul tajuk dia kan. filem tu tak adalah best mana pun. maybe sebab banyak sangat karakter, each stories jadi pendek and aku jadi pening. tapi point yang dia cuba sampaikan tu memang aku dapat. cerita dia pasal perempuan yang walau macam mana pun lelaki tu tak suka dekat dia, siap kasi hint yang dia memang tak pernah ada hati dekat perempuan tu, yet perempuan still rasa ada harapan untuk cinta dia berbalas.

Image result for confuse love tumblr

Jawapan Cinta Depan Mata


yes, kalau perasan, almost semua perempuan fikir macam tu. aku pun tak sure kenapa. lumrah ke? naluri? or just stupid? and hoping you can be the exception of one of these unfortunate love? aku bercakap ni dari pengalaman sendiri. dan juga daripada kebanyakan perempuan yang komen di blog aku. bertanyakan soal cinta. aku tak sure kenapa ada yang minta pendapat dari aku. sebab aku ni bukan kategori orang yang selalu bercinta. dah tahu pahit manis alam percintaan. no! aku tak pernah bercinta. kadang-kadang aku buntu nak tolong macam mana. at the same time, aku tak sampai hati biar orang terkapai-kapai tanya macam tu. i don't know. aku minta maaf dengan kata-kata kasar aku. 

Wednesday, January 4, 2017

Satu Ayat, Dua Makna

3:00:00 PM 4
Satu Ayat, Dua Makna
assalamualaikum and hello lads! salam Rabu. cepat nya masa berlalu. sedar-sedar sahaja dah masuk 4 Januari kan. hopefully aku dapat ingatlah apa yang aku buat sepanjang tahun 2017 ni. jangan jadi macam memoir 2016 aku. 3 benda penting je mampu ingat. hahahaha. -.- 

Image result for confuse tumblr

Satu Ayat, Dua Makna


okay, berbalik pada tajuk di atas. korang faham tak apa yang aku cuba sampaikan sebenarnya? kalau difikirkan balik, benda ni selalu sangat terjadi dekat semua orang. kadang-kadang aku jadi kagum macam mana simple word boleh berubah jadi makna yang berbeza bagi setiap orang. lebih banyak contoh kita dapat tengok kalau ada orang viral kan something stupid dekat Facebook. laju aje orang share kan. ada masanya kesian. ada masanya memang lawak pun ada.

Tuesday, January 3, 2017

Memoir Hidup 2016

9:30:00 PM 4
Memoir Hidup 2016
assalamualaikum and hello lads! haritu blogwalking sekejap sementara mencari idea nak tulis pasal apa. and rupanya banyak juga yang buat pasal apa yang berlaku sepanjang tahun 2016 mereka. menarik juga rupanya. so, aku teringin juga nak buat. ahahahahaha.. sorry copy idea. nampak gayanya wish aku untuk tahun 2017 sangat simple. tapi aku ni kalau diikutkan bukan orang yang suka ingat benda dah lepas. sedangkan apa terjadi pada aku masa usia 7 tahun pun aku tak tahu. and amazingly how my sister can still remember what i did back then. wow. just wow. gaya aku ni macam orang yang terlalu banyak kisah silam menyedihkan pula kan. 

Image result for memoir 2016 tumblr

Memoir Hidup 2016


nevertheless, i'll give it a try. tengok kalau aku masih mampu ingat apa je yang sudah terjadi masa tahun 2016 aku dahulu. cewah, cakap macam dah berzaman je. let's see...

Nostalgia Minyak Yu Yee Cap Limau

9:00:00 AM 2
Nostalgia Minyak Yu Yee Cap Limau
assalamualaikum and hello lads! apa khabar semua? semoga semuanya dalam keadaan sihat sejahtera. in shaa ALLAH. aku alhamdulillah dah bertambah sihat. haritu nak tahu tak, aku almost terkena demam virus. mula yang kenanya adik lelaki aku. lepas tu merebak dekat adik-adik lelaki aku yang lain, lepas tu aku, then ayah, nenek and saudara aku pula. ALLAH, ujian kan. muntah, cirit birit, demam panas banyak hari. 

Image result for minyak yu yee cap limau

Minyak Yu Yee Cap Limau


bila aku cakap almost tu, aku sakit perut sahaja. tapi yang lain tak ada. nasib baik sangat. tapi kesian dekat nenek aku. nenek jarang demam, so bila sekali sakit, memang lembik. aku tahu ada je orang macam ni kan. semoga kalian diberi kekuatan. 

Monday, January 2, 2017

Hit The Road to BEIJING Day 2 | Great Wall of China

9:00:00 PM 2
Hit The Road to BEIJING Day 2 | Great Wall of China
assalamualaikum and hello lads! malam sebelumnya memang tak lena tidur. mungkin sebab tempat baru kan. siapa biasa rasa macam ni? penat memang penat. so, bila lelap je terjaga, bila lelap je terjaga. and kena bangun awal pula tu since nak pergi Tembok Besar Cina. memang excited sangat! lagi-lagi bila Tembok Besar Cina ni merupakan salah satu 7 wonders of the world. Tembok ni agak jauh dari hotel kami. hatta jauh dari bandar Beijing juga. so, dalam 7:00 pagi dah kena naik bas. memang sedaplah tidur dalam bas. 

amysyeera

Great Wall of China


Tempat: Beijing Snow World Ski Resort (Beijing Xueshijie Ski Resort)
Hari: Khamis
Masa: 11:15 pagi
Suhu: 0 degree C

kami gerak awal sebab kena pergi tempat lain dulu. ini yang tak berapa best bila pergi dengan tour guide local. dia bawa kita pergi kedai-kedai government yang tak sepatutnya. lama pula tu melepak di sana. bosan -.- kadang-kadang best je dengar presenter tu bercerita pasal produk diorang. aku ada masa macam berminat dah tapi bila dengar harga satu barang, mak oi. takpelah. aku spend duit beli fridge magnet je macam tu. 

Sunday, January 1, 2017

Alergi Lipstick!

9:00:00 PM 4
Alergi Lipstick!
assalamualaikum and hello lads! ingat tak aku pernah cerita haritu pasal bibir aku kering. sampai berbiji-biji. then, aku jumpa doktor. doktor kasi Oral Aid Lotion untuk aku pakai. masa pakai, memang macam ular la rasa. kulit merekah. then tukar kulit baru. sedih tengok. tapi nak buat macam mana. sendiri punya pasal kan. 

Image result for lips tumblr

Bibir Alergik Lipstick


but then, bila dah elok, aku decide untuk tukar lipstick baru. bila pakai dua tiga kali tak ada masalah. lama-lama dia jadi balik, ha kau, bising ummi aku. dah tau baru nak sembuh, p gatai pakai balik kenapa. aduhai. makin lama makin teruk bibir aku jadinya. 

Selamat Tahun Baru 2017!

10:00:00 AM 4
Selamat Tahun Baru 2017!
assalamualaikum and hello lads! masha ALLAH dah masuk tahun baru rupanya. pantas nya masa berlalu tanpa kita sedari. apa je yang korang dah achieve sepanjang tahun 2016 lepas? confirm macam tahun sebelumnya, kita ada naik dan jatuh. aku pun sama juga. menganggur, dapat kerja. tak ada duit, dapat duit. single, single lagi. muahahahah. tapi akhirnya, salah satu impian paling besar aku dapat kecapi masa tahun 2016 ialah travel sendiri. 

Ucapan Selamat Tahun Baru 2017 


Image result for january tumblr

korang punya bucket list berubah tak dari hari ke hari? kalau diikutkan aku tak ada bucket list yang accurate. asyik nak, lepas tu tak nak. then, nak balik. YES. manusia berbintang Libra sangatlah indecisive. memang macam tak boleh nak tolong dah. hahaha. kadang-kadang kalau pergi BK ke Carls Jr ke, aku dah berdiri depan kaunter, lepas tu kasi orang belakang lepas dulu, masa tu tak semestinya aku dah boleh decide.