03/01/2017 - 04/01/2017 - Amy Syeera

Thursday, March 30, 2017

Travel Bajet ke Sydney, Australia | Hari 1

9:30:00 PM 8
Travel Bajet ke Sydney, Australia | Hari 1
Assalamualaikum and good day mate. Minat terhadap travel semakin membuak-buak sejak aku balik dari tanah suci Mekah. Ustaz kata aku bertuah sebab destinasi pertama aku ke luar negara adalah tempat yang menjadi idaman semua umat Islam. Seterusnya baru membuka langkah baru travel ke negara lain bersama kawan-kawan pula. Yes, alhamdulillah syukur sangat. Dari situ banyak sangat aku berdoa pada ALLAH, andai kata dapat peluang travel dahulu, aku nak travel sepuas hati aku. Nak timba ilmu belajar culture orang lain. Nak tengok keindahan alam semulajadi di tempat yang berbeza. Tanpa sedar begitu pantas masa berlalu, akhirnya tahun ini aku dapat travel ke Sydney. Sejujurnya aku suka pergi bersama dengan orang lain. Tak mahu orang sama walau best macam mana pun travel dengan dia. Tolak tepi family and best friend la. Itu confirm pergi sama banyak kali pun tak apa. Ke Mesir dengan family, ke Beijing dengan kawan lama di UNITEN, dan kalini ke Sydney bersama 2 strangers iaitu blogger kak CT dengan kawan sekolah rendahnya, kak Nurul.

Image result for sydney

Panduan Travel ke Sydney selama Seminggu


9:00 malam
Subang - KLIA2

Tuesday, March 28, 2017

Beli Kelengkapan Travel Sempena 5th Birthday Lazada Malaysia

5:45:00 PM 3
Beli Kelengkapan Travel Sempena 5th Birthday Lazada Malaysia
Sretttt…srettt…Pulang sahaja dari Sydney ke KLIA2, bagasi yang aku bawa sudah mula berbunyi pelik. Tarik bagasi pun dah macam tarik troli tanpa roda sahaja. Aku tahu, memang dari awal aku simpan segala keperluan di dalamnya, luggage tu dah nak rosak. Tapi Cuma berharap ia akan tahan lama sampailah aku tiba di rumah. Bukannya sikit barang yang bawa. Banyak sangat. biasalah bila travel, masa pergi tu sikit je barang. Dah balik boleh jadi berganda kadang-kadang. Sedih memang sedih. Sebab tu sahaja luggage yang aku ada. tapi nak buat macam mana, dah sampai masa dia. so, sementara menunggu di KLIA2 dari pukul 2 pagi sehinggalah 6 pagi. Aku start godek-godek di website untuk mencari luggage terbaru. Tapi memang semua mahal. And nak juga cari yang berkualiti. Nak tak nak, terpaksa pendam harapan untuk beli luggage mahal buat sementara waktu. Pulang sahaja ke rumah, tengok ada kotak besar dari Lazada Surprise Box. Oh, rupanya dah 5 tahun Lazada beroperasi di Malaysia. Tahniah Lazada. Cepat betul masa berlalu ye. Tengok kotak memang tak boleh bayang besar dia. tak pernah dapat barang sebesar ni. dalam duk berteka teki, aku pun buka kotak tersebut. TERHARU. Sangat-sangat terharu bila benda pertama aku Nampak adalah luggage Delsey. Bukan itu sahaja, banyak lagi barang yang aku terima. Semua ini adalah barang keperluan penting untuk melancong. Apa dia? mari aku senaraikan sambil explain apa benefit yang kita perolehi jika kita bawa bersama.

Related image

Beli Kelengkapan Travel Sempena 5th Birthday Lazada Malaysia


Monday, March 27, 2017

Di Sebalik Tabir Travel ke Sydney

9:00:00 PM 9
Di Sebalik Tabir Travel ke Sydney
Assalamualaikum and good day mate! Haha. Bajet sangat. mentang-mentang baru balik dari negara Australia. Alhamdulillah, pejam celik pejam celik cepat sahaja dah sampai Malaysia semula. Dulu masa dekat KLIA 2, rasa macam kenapa lama sangat nak pergi Sydney ni. apa je kita nak buat dekat sana (even itinerary dah siapkan awal-awal), tapi bila dah sampai sana, rupanya banyak lagi tempat tak habis explore. Sungguh, ini pertama kali aku travel sendiri (meaning tanpa guna sebarang travel agent), and aku suka sangat! yes, banyak suka duka sepanjang perjalanan kami di sana. Even sebelum nak ke Sydney dah banyak dugaan kami hadapi. Tapi apa orang kata, kita kena percaya yang setiap perkara berlaku pasti ada hikmahnya. Indeed, walaupun kami dah hampir putus asa nak pergi ke Sydney, tak sangka Berjaya juga jejak kaki ke sana. Mari aku ceritakan sepanjang behind the scenes kegembiraan kami di sana.


Di Sebalik Tabir Melancong ke Sydney


Image result for travel tumblr

Permulaan Pengembaraan ke Sydney


Rangkaian Penjagaan Kulit SAFI BALQIS OxyWhite

10:46:00 AM 1
Rangkaian Penjagaan Kulit SAFI BALQIS OxyWhite
Proses pencerahan kulit wajah menjadi lebih cepat dan efektif apabila kulit berada dalam keadaan yang sihat serta mempunyai oksigen yang mencukupi. Keadaan udara yang tercemar serta sinaran UV yang berbahaya menyebabkan oksigen yang terdapat di dalam kulit semakin berkurangan.Tambahan pula, ramai tidak sedar akan sinaran IR (Infra-merah) daripada matahari dan benda berbahang dapat menyebabkan kulit menjadi semakin kusam dan gelap.

Rangkaian Penjagaan Kulit SAFI BALQIS OxyWhite




Memahami impian setiap gadis untuk memiliki kulit wajah cerah sempurna, SAFI jenama halal no 1 tempatan memperkenalkan formulasi baharu dalam rangkaian penjagaan kulit SAFI Balqis yang diperkaya dengan Formulasi OxyWhite iaitu gabunganNano Oxygen dan Nano BioWhite agar kulit wajah tampil lebih sihat dan cerah sempurna. Kelahiran baharu dalam legasi kecantikan SAFI ini dikenali sebagai SAFI BALQIS OxyWhite.

Wednesday, March 15, 2017

Graduan Memilih Kerja?

11:31:00 AM 7
Graduan Memilih Kerja?
assalamualaikum and hello lads! semoga hari yang korang lalui ceria harini in shaa ALLAH. aku? aku tengah nervous sangat ni. esok bermulalah adventure aku sekali lagi di negara orang. doakan perjalanan kami sepanjang berada di sana dipermudahkan. Kononnya menghabiskan baki cuti yang aku ada sebelum tamat kontrak kerja di syarikat telco ni. sedih pun adalah juga. Cepat sangat masa berlalu. Rasa macam baru sebulan kerja sini. Pengalaman pun banyak sangat dah dapat. Dulu tak pernah-pernah simpan hasrat nak belajar Microsoft Excel. Tak pernah terfikir nak jadi Engineer sebab rasa macam selama 5 tahun belajar dekat kolej, asyik teori je 24 jam. Tak ada skills. Tapi ada juga syarikat yang percaya aku boleh jadi someone. Balik je dari oversea ni, dah kena serabutkan kepala fikir syarikat mana pula aku nak apply ni. susah tau cari kerja sekarang. Aku adalah salah seorang yang tahu perit jerih mencari kerja. Tapi bila kami dah sibuk tekan apply, apply dan apply berulang kali, ada yang masih salahkan kami? Kami cerewet pilih kerja. Really?

Image result for graduate tumblr

Graduan Cerewet Memilih Kerja


Pernah tak rasa macam kau ada 4 orang anak and kau je yang kena jaga diorang dekat rumah sementara suami keluar mencari nafkah. It happens. Itu lumrah. Tapi bila menjaga 4 orang anak yang nakal. Rumah selalu bersepah tak kira masa. Duk jaga yang kecil, tiba-tiba tanpa sedar anak pertama ter stuck dalam toilet. Tak reti buka pintu. Ha, jenuh. Lepas 2-3 jam pujuk and cari ikhtiar, barulah si anak dapat keluar dengan selamat. Then, dengan hati yang lega, pergilah share story dekat Facebook. Ingatkan dapat kata semangat, sekali kena kecam pula.

Monday, March 13, 2017

Dil To Pagal Hai Sudah 20 Tahun!

9:52:00 AM 8
Dil To Pagal Hai Sudah 20 Tahun!
Rehne Do Chhodo Ye Kahaaniyaan, Deewanepan Ki Sab Nishaaniyaan, Logon Ki Saari Pareshaaniyaan, Is Dil Ki Hai Ye Saari Meherbaaniyaan. eh, ternyanyi pula. lels. assalamualaikum and hello lads! bagi sesiapa yang sudah mengenali aku, korang akan tahu aku sejak dari umur 3 tahun dah melekat dengan Hindustan ni. yes. dulu masa kecil-kecil bila aku meraung je, umi akan pasang lagu Hindustan, baru aku senyap. HAHAHAH. pelik betul aku masa kecil. nasib baik masa tidur dengar alunan zikir yang umi baca instead of lagu Hindustan. 

Image result for dil to pagal hai poster

Dil To Pagal Hai Sudah 20 Tahun!


tapi sampai ke besar minat tu tak pernah hilang. aku tak sure lah kenapa. okay, let's ignore the fact that konsep Hindustan sekarang dah bertukar menjadi Hollywood. sedih tau. kenapa perlu ikut diorang? dulu boleh je hidup movie tanpa ada 18** and all. nak kasi adik-adik tengok pun, aku duk fikir 2 3 kali. movie-movie dahulu je yang berani aku tengok bersama dengan diorang. 

Friday, March 10, 2017

Sunshine Blogger Award 2017

8:56:00 PM 7
Sunshine Blogger Award 2017
assalamualaikum and hello lads! tanpa sedar aku dah lama tak update blog. bulan Mac ni satu entry pun belum buat lagi. aduhai. manalah pergi semangat macam zaman study dulu pun tak tahu. mungkin sebab terlalu busy buat benda lain kot. korang ada cara tak nak kasi kita bersemangat untuk update blog hari-hari?

Image result for sunshine blogger award

Sunshine Blogger Award


okay, kalini for my first entry in March, aku nak sambung buat award yang diberikan oleh sahabat blogger yang hanya dapat kenal di alam maya sejak dulu, Hanis Amanina. sebelum aku sambung jawab soalan-soalan yang Nina kasi pada aku, aku nak cerita sikit siapa blogger manis ni dekat korang. Nina belajar di Republic Czech okay. aku suka baca blog Nina sebab dia suka travel macam aku juga! banyak dah tempat Nina pergi. mostly negara Eastern Europe. eh, tak silap akulah yang tu Eastern. hahaha. fail maps. kalau korang terasa nak travel area negara berdekatan Czech tu, boleh lah ushar blog Hanis Amanina. :D