
kenapa aku pergi masa winter? sebenarnya dah 2 kali aku travel masa musim sejuk. sebab aku teringin sangat-sangat nak main salji. at least dapat merasa sekali pun jadi lah. tak mahulah yang artificial macam dekat iCity tu. tak feel natural. jadi, dapat or tak aku merasa salji di Tokyo? nantikan cerita aku di next entry okay :)
ini budget aku semasa stay 8 hari di sana ALL IN
p/s : Harga tak termasuk kos shopping. tu masuk dalam budget sendiri |
Rate > ¥100 : RM3.55
Lodging.
- kami pilih untuk stay di Palette Share House, Takenotsuka. sangat-sangat dekat dengan train station. and kawasannya sangat jauh dari bandar. tapi berbeza harga rm500 compare to tinggal d
tips aku untuk travel ke sana
- manakala di Fuji pula kami stay Hostel Fujisan FBH, agak jauh (20 minit jalan kaki) dari Kawaguchiko Station tetapi kalau naik bas (Red Omnibus), dia akan berhenti betul2 depan hostel tu.
Flight
- aku sebenarnya tak berapa prefer AA. jadi kawan aku belikan ticket flight Malaysia Airlines. lepas tolak tambah semua, kami dapat harga tiket RM1299 pergi balik. dari Kuala Lumpur ke Narita Airport.
Data Plan
- oh, lepas puas buat research, aku decide untuk beli simcard Hello1010. sangat berbaloi! 5GB untuk 7 hari. ini pun aku kongsi 2 orang tau. cukup sangat untuk seminggu. bagi aku, penting sangat ada data ni. sebab kita bukan mahir bahasa Jepun. and memang Jepun provide free Wifi at most places. tapi better take precaution.
Transportation App
- City Rail Map
- Japan Travel (Navitime)
Halal Food App
- Halal Navi (dia akan guide korang ke restoran halal berdekatan)
Tiket Bas dari Shinjuku Expressway Bus Terminal > Kawaguchiko Station
- sebenarnya nak naik train boleh. tapi naik bas lebih murah. and boleh la tengok sekeliling kawasan nak ke sana. harga banyak juga lah beza. and better beli 2 hari sebelum. sebab selalu sold out. beli online pun boleh as long as ada CC.
Tokyo Subway Card 72 hours + PASMO card
- tokyo subway card ni hanya boleh digunakan di train yang ada nama Toei atau Tokyo Metro sahaja tau! di JR line tak boleh sama sekali.
- kalau nak pakai JR line, boleh guna PASMO card. PASMO ni semua tempat boleh. Toei, Tokyo, Keisei, etc..PASMO ni macam TNG kita lah. kena topup before passing thru gate dia.
tapi kenapa pakai Tokyo Subway Card instead of PASMO sahaja? ha, kalau nak tahu, Tokyo Subway Card ni, even bayar for 72 hours (meaning 3 days), tapi dia unlimited ride tau! kiranya pergi lah sejauh mana, sebanyak mana korang nak, as long as naik Tokyo Metro or Toei Subway, semua ride jadi unlimited. kami banyak jimat dekat situ.
ni tips aku.
- banyakkan study mengenai public transport mereka. sebab train route dia sangat-sangat berbeza dengan kita. nanti aku explain lebih mendalam
- musim sejuk di Fuji agak berbeza dengan Tokyo memandangkan ia kawasan bukit. so, please take good care of yourself. aku start jatuh sakit masa dekat sini. hidung berdarah, gastrik and almost nak demam.
- agak susah nak cari makanan halal. member kata makanan dekat 7E ada je boleh dimakan. but it took me 15 minutes untuk study makanan apa je boleh beli. haha. sebab tu aku suggest member untuk bawa Brahim's je. at least dah jimat sikit. malam tak perlu cari kedai, balik boleh dinner di rumah.
- rajin-rajin cek weather. kot la hujan, jenuh nak keluar berjalan

best nya Tokyo...! tunggu amy update cerita detail .. :)
ReplyDelete...
Tak sabar nak baca next posts pasal Tokyo :D
ReplyDeletebestnye amy...
ReplyDeletedetail sgt, rasa mcm amy tgh cerite dpn2 nia