KL

Makan Durian Sampai Kenyang di Durianbb Park, Kuala Lumpur

By Amy J - 10:15:00 PM

assalamualaikum and hello lads! siapa sini hantu durian? ha, aku pun tak terkecuali :D memang kalau dah terbau tu, rasa macam nak beli je. tapi nak cari yang berkualiti and besar tu sekarang macam agak sukar. lagipun biasanya bila kita makan durian ni, mesti kita makan ramai-ramai dekat rumah kan. sampailah aku singgah di satu kedai ini. Durianbb Park. tak sangka di tengah-tengah kesibukan kota, ada kedai makan durian. memang cepatlah nak pergi tengok kan. siapa yang craving durian like all the time, boleh lah datang singgah sini.



Durianbb Park Kuala Lumpur


Makanan

aku ni nak kata hantu durian tak juga. tapi aku minat lah nak layan durian lagi-lagi bila makan dengan family, kawan-kawan and orang tersayang. jadi, bila datang ke sini, barulah aku tahu rupanya durian ni ada macam-macam gred. setakat pengetahuan aku ni cuma D24 dan Musang King sahaja. ha, dekat sinilah di mana korang boleh cuba macam-macam jenis durian. daripada rasa yang biasa sahaja sehinggalah rasa luar biasa sedapnya!

semasa aku dengan S sampai, kami dihidangkan dengan 5 ketul durian berbeza atas satu piring panjang. kami digalakkan untuk makan durian belah kiri dahulu barulah ke kanan sebab durian Kanan sekali ialah Musang King. nanti kalau dah makan Musang King dahulu, habis semua durian rasa sama sahaja.



tapi bukan ada durian sahaja yang dijual di situ, ada ais krim, nougat, kopi durian, egg roll dan macam-macam lagi! pergh, memang seriously korang kena try semua produk yang dijual di Durianbb Park ni :D

Environment

Untuk pengetahuan, Durianbb Park baru sahaja mula beroperasi sebulan yang lepas. memang baru sangat! tapi dia sudah ada franchise di Hong Kong dan tempat lain. apa yang membuatkan kedai ini sangat special kebab durian yang diambil memang khas dari dusun mereka sendiri yang terletak di Raub, Pahang.




Suasana di Kedai Makan Durianbb Park itu sangat santai. tak sangka tempat macam ni wujud di Kuala Lumpur. agak-agak kalau tengah hadap jammed dekat area Bukit Bintang, boleh lah datana singgah makan seketika di sini.

environment media sangat sesuai untuk kaum keluarga mahupun satu kumpulan yang ramai. apalah feel nya kalau makan sendirian kan.

cuma satu sahaja aku tak berapa gemar. kawasan parking agak susah. kalau time tu tengah ramai orang, kena lah bertabah parking jauh sikit dari kedai. alah, durian punya pasal, redah aje jauh pun. macam nak pergi kenduri. haha.

kalau berminat, boleh lah datang singgah ke sini. untuk makluman lanjut boleh layari:

Facebook : Durianbb Park
Instagram : Durianbb Park
Lokasi: 15, Jalan Imbi, Imbi, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu Operasi : Setiap cari 12PM - 10 PM kecuali pada hari Sabtu

sekian itu sahaja dari aku.

adios~


post signature

  • Share:

You Might Also Like

2 comments

  1. Mama hantu Durian ni tetiba Rasa nak terjah saj ke sini

    ReplyDelete
  2. mak aiii..
    siyes ade kedai mcmni..
    xdpt makan masuk kedai pon mesti da semerbak bau durian kan??
    bayaran kire cmne ni amy

    ReplyDelete

hello dear :) x salah pun baca sambil komen kan.