Trip Bajet ke Tokyo, Jepun | Narita International Airport

assalamualaikum and hello lads! okay, mari mulakan cerita tentang perjalanan aku ke Tokyo. kami ambil flight Malaysia Airlines memandangkan perjalanan mengambil lebih kurang 7 jam. lama tau. and kawan aku suruh apply Enrich member sekali. tak pastilah ada perks ke tak mula-mula tu. rupanya, dah naik, kami dapat seat special sikit. terbaikkk.. then, tepat jam 5:00 petang, kami pun sampai di Narita International Airport. betullah apa orang kata, staff diorang sangat dedicated. susun setiap luggage kami. siap ada yang bantu lagi masa kami nak lepas kastam semua tu.


Narita International Airport


aku ada baca di group Facebook, one of them pernah kena suruh balik Malaysia sebab dia tak bawa duit mencukupi. ya ALLAH, aku takut sangat baca. tapi sungguh lah, memang kena bawa banyak duit. tak adalah sampai rm10,000. tapi janganlah sikit sampai rm1000 je. maybe dia risau andai kata kita jatuh sakit dekat sana, and duit tak cukup. nanti kita sendiri yang susah.


sampai sahaja di Narita International Airport, aku terus masukkan simkad yang aku beli awal-awal di Malaysia iaitu Hello1010 simcard. memang berbaloi wei. rugi tak beli. sim kad ini hanya untuk internet sahaja. aku pilih pakej Jepun punya. 5GB untuk 7 days. kongsi berdua dengan member aku.

footnote: apa yang aku suka dengan Hello1010 simcard ni, dia siap bagi complete instructions macam mana nak pakai data. siap kasi nombor telefon untuk whatsapp andai kata benda tu tak boleh function. and boleh dikatakan semua tempat ada coverage even di Fuji sekalipun. ala, Jepun ni merata free wifi. kalau tak mahu beli, pakailah free wifi. cuma ada certain tempat langsung tak ada. macam haritu aku terpisah dengan member sebab dia nak main roller coaster, jadi masa nak balik dia terpaksa ke sana ke sini mencari wifi untuk inform pada aku dia dah selesai main.

then, kami pergi ke kaunter beli tiket bas untuk membeli Tokyo Subway Ticket. okay, ini ada 2 pilihan. depends on korang nak beli mana. kami beli Tokyo Subway Ticket sebab lebih jimat and murah berbanding pakai PASMO/SUICA sahaja. macam aku katakan sebelum ini, PASMO sama sahaja seperti TNG kita. tapi kalau kita banyak naik train Toei Subway or Tokyo Metro, aku suggest beli tiket Tokyo Subway Ticket sekali. sebab dia unlimited rides tau! jadi, kalau banyak berjalan, benda tu sangat berbaloi. aku dah buat pengiraan dah.



so kami beli 2 keping tiket subway for 72 hours. sebab kami ada di sana selama 6 hari tak termasuk pergi dan balik. masa pergi dan balik pula kami beli PASMO card. sebab dari airport nak ke bandar memang tak ada train metro or toei.

- 2 keping tiket subway 72 hours : ¥3000
- PASMO card : ¥5000


p/s: tiket subway valid once kita dah touch di gate tu. maknanya selagi tak touch, dia akan valid sampai bila-bila. 

Lodging - Palette Share House


aku pilih Palette Share House yang terletak di Takenotsuka. yes, sangatttt jauh. lebih kurang 40 minit dari bandar. tapi murah! and bila buat perbandingan pun, still beza banyak murah dia. jadi, either you're willing to sacrifice your time gerak awal pagi or sacrifice your money. kalau berjaya dapatkan rumah murah, memang baguslah. better book awal-awal. aku tak suka bunk bed yang dalam dorm room tu. yes, memang murah tapi aku claustrophobic. aku rasa lemas tidur dalam capsule dan seangkatan dengannya. jadi sebab itu juga kami pilih Palette Share House. 

dah nama pun share, jadi kami sempatlah juga berkenalan dengan traveler dari Korea, Indonesia dan Japan. bilik air dan dapur sahaja kongsi. bilik asing. siap ada letak schedule sekali andai kata korang nak mandi time tu, tulis lah nama. jadi tak adalah berebut. tapi winter kan, tak adalah nak mandi selalu. hahahahaha ops. lagi satu, rumah ni sangat dekat dengan Takenotsuka Station. dalam 5 minit je berjalan kaki.

RM142 satu malam untuk 2 orang
basically, hari pertama kami cuma beli tiket apa yang patut dan juga check in rumah. sebenarnya ada problem masa dah sampai rumah tu. boleh pula dalam email, dia pergi hilangkan passcode number. aku tak faham betul email ni. patutnya aku screenshot. yes, bad mistake. tak pasal kami kesejukan di luar. nak call owner tak boleh sebab sim card tu untuk internet sahaja. jadi, kami dengan muka 20 sen minta tolong sorang Jepun ni untuk call owner. kelakar juga sebab macam ayam cakap dengan itik. hahahaha. nasib baik dia faham. cuma dia tak tahu nak speaking je. member aku dah moody dah masa tu. hahahaha. sorry babe. my bad. 

okay itu sahaja untuk hari pertama. nanti aku share apa berlaku pada esok harinya pula. lagi kelakar ahahaha. thank you for reading! 

drag ke new tab untuk full view




post signature

1 comment :

hello dear ! thanks for dropping by. i'll make sure to reply asap !

My Instagram

Copyright © The Minimalist Traveler. Made with by OddThemes