Trip Bajet ke Tokyo, Jepun | Tokyo Tower

By Amy J - 9:00:00 PM

assalamualaikum and hello lads! meh aku sambung cerita masa di Tokyo, Jepun. siapa sangka negara yang aku lawati seterusnya ialah Tokyo. Jepun tak pernah ada dalam list travel aku. tapi since member kata aku nak cari destinasi masa winter and wajib bersalji, dia pula suka Tokyo, so kami pun pergilah ke sana. Tokyo sangat sesuai untuk traveler/tourist yang suka bandar metropolitan and crowded macam Kuala Lumpur. aku tak berapa sangat. aku lebih gemar cari negara yang aku boleh explore dunia hijau dia. that's why kami include Fuji sekali. probability untuk Tokyo turun salji sangat tipis and rare. lagipun, member aku cakap ada kemungkinan Fuji turun salji masa 20hb kami stay di sana. well, hopefully ada. itu nantikan entry seterusnya ya. :)


Trip Bajet ke Tokyo Jepun Musim Sejuk


kami bergerak dari Palette Share House seawal jam 7:30 pagi. aku bagi tips ye. JANGAN SESEKALI NAIK TRAIN PUKUL 8-9 PAGI. seriously, jangan naik time ni sebab ni waktu puncak mereka (Japan citizens) nak pergi sekolah and tempat kerja. so, korang boleh bayangkan tak pack dia macam mana. yes, kami dah jadi salah seorang daripada kalangan yang terperangkap ramai-ramai dalam train tu. hahaha. what an experience.


Takenotsuka Station > Tokyo Tower

destinasi pertama kami adalah Tokyo Tower. okay, masa ni kelakar. kami tak tahu yang satu lane train tu kongsi banyak jenis train lain. ada Metro Hibiya Line dan juga ada Tobu Skytree Line. setiap kali dari Takenotsuka Station nak ke mana-mana, kami wajib berhenti di Kita-Senju Station. kenapa? ha, ingat tak masa aku cakap aku ada dua jenis kad train. Tokyo Subway Ticket dan juga PASMO. pada awalnya kami naik Tobu Skytree dahulu then kena tukar train Tokyo Metro Chiyoda Line. tapi aku dengan tanpa fikirnya, terus ajak kawan aku masuk train seterusnya. masa dah naik, member aku bagitahu, patutnya dah sampai Kita-Senju, kami kena turun and touch PASMO card dahulu. then, masuk balik gate sama tapi touch pakai Tokyo Subway Ticket pula. barulah jimat sikit duit. alamak, silap pula. tak pasal first day dah membazir. sorry Syuk.



then, silap kedua aku buat. tanpa tengok itinerary, aku bantai pergi sebut Kasuga Station. so, kawan aku cek route kami di Hyperdia. nasib baik ada internet. tapi masa dah sampai, tengok destinasi dia pelik. eh.. kenapa Tokyo Metropolitan Government Building. cek itinerary, alahai, silap tempat. hahahaha. dua kali salah buat dalam masa satu hari. nasib baik first day. tak adalah kawan aku membebel. 

Tokyo Tower


personally, bagi aku, Tokyo Tower ni worth datang untuk ambil gambar depan menara dia je. kalau nak naik tu, ikut kehendak masing-masing. kami tak naik sebab decide nak naik di Tokyo Metropolitan Government Building sebab free! kalau naik Tokyo Tower, harganya ¥1600 (both observation decks) atau ¥900 untuk deck bawah sahaja.

amysyeera amysyeera

amysyeera


National Museum of Emerging Science and Innovation


Kamiyacho Station > Telecom Center Station

perjalanan hendak ke Odaiba ni mengambil masa yang lama. and tiada train Tokyo Metro atau Toei Subway, jadi sepanjang masa di sini memang perlu pakai PASMO/SUICA card sahaja. tak apalah. nak buat macam mana. environment di sini agak tenang dan kurang orang berbanding di Tokyo. lebih kurang macam Cyberjaya juga.

kami ke sini sebab kononnya aku nak bergambar di Rainbow Bridge dan juga Statue of Liberty. tapi sebab aku dah letih sangat-sangat. yes, tak adalah banyak pun perjalanan kami dalam satu harini. tapi dari satu tempat ke satu tempat sangat jauh dan makan banyak masa. jadi, ada tempat yang kami terpaksa tinggalkan sahaja. sayang juga lah. Gundam pun tak sempat tengok.

untuk ke Miraikan, kami saje turun di satu tempat ni sebab nak try naik waterbus. okay, ada macam-macam jenis waterbus. of course lah kami cari yang murah sahaja. korang pun should give it a try. perjalanan mengambil masa dalam 15 minit rasanya tak silap aku. best sangat sebab tak ada orang melainkan kami bertiga sahaja. hahaha. sakan bergambar dekat sini sambil tengok pemandangan Odaiba.

Hinode Passenger Terminal


Waterbus : ¥480 one way

Footnote: nak naik waterbus ni ada specific time, so better cek schedule dia dulu before korang decide ke sini. kalau tak, tak memasal je tunggu 1 jam macam kami ni ha. hahaha.

amysyeera

amysyeera

amysyeera

amysyeera

amysyeera

amysyeera

National Museum of Emerging Science and Innovation


first destination kami semasa di Odaiba ialah Miraikan ataupun nama panjang dia ialah National Museum of Emerging Science and Innovation. yes, si Syuk memang penggemar tempat macam ni. lagipun pastinya suasana muzium di sini sangat jauh bezanya dengan Muzium di Malaysia. nak masuk kena bayar ye.

Dewasa : ¥620
Kanak-Kanak : ¥210


masa masuk dalam Museum ni, perghh. besar gila bak anggg.. cuma ada certain tempat tak masuk. kami ambil tiket yang biasa sahaja. lain-lain tu kalau ada anak-anak berbaloi lah nak try. tapi kalau dah namanya Jepun, aduhai, sangat tinggi advance technology dia. i cannot brain!! most of the time spent kat sana, aku macam banyak terpinga-pinga and follow member je. -.-

amysyeera

amysyeera

amysyeera

amysyeera

amysyeera


kemudian kami meneruskan perjalanan ke Toyota Mega Webb pula. tempat ni sangat best untuk penggemar kereta apatah lagi kereta Toyota. macam-macam jenis kereta ada. masuk PERCUMA sahaja. nak try naik pun boleh. pergh, banyak gila kereta yang cun. teruja aku tengok. games pun ada. kawan aku main. aku tak. hahaha. sebab masa tu tak ada mood dah. lapar gilaaaa.. susah nak cari makanan halal dekat area Odaiba ni.

Toyota Mega Webb




amysyeera

Toyota Mega Webb ni terletak di Palette Town, kalau perasan ada satu tempat ni boleh naik Ferris Wheel. tapi since aku gayat, so aku tak naik. hahaha. korang boleh la try kalau nak. okay, maybe one day aku akan naik. maybe. we'll see.

Venus Fort


Palette Town ni ada macam-macam tempat menarik untuk dikunjungi. termasuklah Venus Fort. kalau ikutkan Venus Fort ni sebiji macam Mitsui Outlet Park kita. cuma suasana dia sebiji macam di Venus.  and agak mahal juga lah kalau nak beli dekat sini. ala-ala taraf Pavilion jugalah. mampu tengok je.



pulang sahaja dari Odaiba, aku buat keputusan untuk beli tiket bas dahulu. sebab apa? tiket bas nak ke Fuji (Kawaguchiko Station) sangat cepat habis tau! unless korang ada credit card, korang boleh la beli online terus. kami tak ada. jadi, kami pergi kaunter terus yang terletak di Shinjuku Expressway Bus Terminal.

Shinjuku Bus Expressway Terminal


pada mulanya memang sesat juga lah. Station Shinjuku sangat besar!! seriously besar korang boleh end up sesat. nasib baiklah ada signboard semua. siap specific tulis Expressway Bus Terminal. aku fikir dalam hati, ada hikmah juga kami tak beli online. sebab kami plan untuk naik bas seawal jam 7 pagi. bayangkan kalau esoknya nak pergi baru terhegeh-hegeh cari bas. memang confirm tak sempat naik! so, aku recommend untuk korang beli tiket di sana (at least 2 hari sebelum bertolak) dan explore tempat dia before korang naik bas pada hari kejadian.

aku nak explain tempat bas tu pun tak pasti macam mana. tapi korang just follow the signboard, in shaa ALLAH selamat. nasib baiklah ada staff bas yang baik hati sudi tolong book kan tiket kami di self service kiosk. kami pilih tiket pada 20hb January 2018 (7:20 am) dan pulang 21hb January 2018 (5:00 pm). yes, masa yang kami ambil di sana tak lama mana pun. sebab point nak tengok gunung Fuji and main roller coaster di Fuji Q sahaja.

Image result for shinjuku bus express terminal
bangunan hijau tu hujung kanan sekali, naik escalator untuk ke tingkat 2 then jalan straight, naik escalator lagi, baru jumpa kaunter tiket bas
Image result for shinjuku bus express terminal

usai semua benda, barulah cari makan. ada satu tempat makanan halal ni. tapi sayangnya buka pada pukul 4:30 petang. kami dah kebulur. jadi berpandukan app Halal Navi, kami jumpa satu lagi kedai. Yotsuya. yes, dia hidangkan makanan halal. and terletak di dalam Shinjuku Station.

but the problem is Shinjuku Station ni besar! almost 30 minutes kami pusing mencari kedai Yotsuya ni. aku rasa nak menangis dah masa tu. memang emo gila jangan cakaplah. nasib baik Syuk cool je. dia yang ke sana ke sini, akhirnya kami jumpa. makanan agak mahal. tapi tak perlu ragu-ragu dah dengan status. jadi kami beli sahaja. and beransur pulang.

itu sahaja untuk hari pertama kami. nantikan entry seterusnya okay :)

Tokyo Tower > Miraikan > Toyota Mega Webb > Palette Town > Shinjuku Expressway Bus Terminal

drag ke new tab untuk full image
post signature

  • Share:

You Might Also Like

2 comments

hello dear :) x salah pun baca sambil komen kan.