Tips Penjagaan Muka Bersih daripada Jerawat

By Amy J - 10:04:00 PM

assalamualaikum and hello lads! tahu tak, aku antara gadis yang muka tak flawless? hahaha. yes. beruntung sungguh orang yang genetik kulit dia sihat. dari kecik ke remaja sampailah sekarang tiada masalah. takpelah. dah rezeki dia muka cantik. tapi kita yang muka macam ni? banyak sangat nak kena disiplin kan diri. habiskan tenaga. habiskan duit. habiskan air mata. semua habislah! sampai ada satu masa rasa nak give up. tak tahu dah nak rawat macam mana. 


Tips Penjagaan Muka Bersih Jerawat


Fast Facts

terdapat 4 jenis kulit yang perlu kita tahu.

- Kulit Normal
- Kulit Kering
- Kulit Berminyak
- Kulit Kering + Berminyak (Combination Skin) < THIS IS ME

aku tidak pasti sama ada ini menjadi untuk korang ataupun tidak. tapi ini yang aku amalkan. untuk pengetahuan korang, muka aku dah tumbuh jerawat seawal darjah 5 tau! sedih kan. orang lain ada lambat. aku ni sekolah rendah dah muka teruk. tapi masa tu manalah reti nak jaga muka semua. jerawat batu memang penuh tak payah cakaplah. dah serupa Bebop dalam Lawak Kampus tu. sedih memang sedih. kenapa? satu sebab muka tak lawa. kedua sebab dihina dengan kawan (dia panggil aku batu) and saudara (dia compare anak dia muka lawa berbanding aku). sedih sangat. aku tak tahu dah berapa kali air mata jatuh mengenangkan kulit wajah ni. 

mesti boleh teka aku mana satu kan. masa ni jerawat teruk gila kot. jujur cakap, aku nak tengok muka sendiri pun malu


walau bagaimanapun, aku tak pernah berhenti mencuba. cuba dan cuba lagi dan cuba lagi. sampai alhamdulillah, walaupun muka tak flawless sangat macam instafamous tu, tapi it's getting better each day. jerawat batu dah hilang sepenuhnya. parut dah berkurangan. kulit pun dah makin cerah (ini orang lain lah perasan, aku yang tengok hari-hari memang tak nampak pun perubahan tona kulit tu)

okay, banyak pula aku cakap. meh aku kongsi.

1. Pencuci Muka


- nak cari pencuci muka memang susah! susah nak cari yang serasi dengan kita. sedih sebab duit banyak habis dekat situ. cakap je jenama apa aku tak pakai. semua aku cuba. sampailah aku cuba satu sabun muka ni. namanya Sabun Taharah. ada jual dekat farmasi biasa. dalam RM7 sahaja. 

pada awalnya memang bagus. sebab jerawat aku makin hilang. tapi lama kelamaan, dia buatkan kulit aku jadi kering sangat. sedih sebab kulit menggelupas teruk. sabun taharah ni memang bagus cuma tak sesuai dengan kondisi kulit aku. aku punya kulit ni, kering di dalam, berminyak di luar. 

2. Kenal Pasti Kondisi Kulit


- patutnya ni yang first aku letak kan. haha. tapi untuk gadis berusia 21 tahun ke bawah macam susah sikit nak ke spa untuk cek kulit. maybe la. sebab adik aku nak try haritu tapi tak boleh. maybe boleh cek di klinik kulit. lebih better sebab lebih specific untuk tahu masalah kulit kita. 

untuk facial treatment, memang agak mahal. tapi untuk first timer, aku suggest beli di Fave (Groupon). lebih murah and masa ni senanglah nak tanya beauty expert apa masalah kulit muka kita sebenarnya. and masa aku pergi spa tu la, aku tahu sebenarnya kulit muka aku macam ni. masa buat facial, dia suggest pakai apa and apa. 

and since dah bekerja ni, aku dah mula ambil facial treatment setiap 2 minggu. kita kerja seminggu, lepas tu duduk dalam aircond. lepastu balik kerja, hadap jammed. dengan pollution lagi. mahu muka tak naik macam-macam jerawat. nasi lah, nanah lah, batu lah. 

oh, untuk hilangkan parut, aku baca di twitter Dr Aris Fadzillah, ini katanya Hyaluronic Acid treatment is the best!

3. Facial Daily Routine


dulu aku ni jenis pakai cleanser je. tapi rupanya, lain pun kena pakai juga. macam moisturizer, sunblock dan macam-macam lagi. lebih better cari yang double cleanser. for now, aku pakai cleanser Cetaphil and toner Cellnique dan Neutrogena Mask. Cetaphil memang membantu. walaupun mahal. memang mahal. tapi nak buat macam mana kan. T__T Cetaphil pun ada dua jenis. Gentle Cleanser dan Oily Cleanser. untuk kulit macam aku, aku pilih Oily Cleanser. 

4. Makeup


ha, nanti kalau muka dah bersih elok, bila pakai mekap, janganlah abaikan rutin harian penjagaan muka kita. penting tau. sebab mekap ni ada macam-macam jenis bahan kimia kita tak tahu. so, masa dah balik tu, cepat-cepatlah cuci muka. janganlah biar lama tak bercuci. ada sampai tertidur pula tu dengan mekap sekali. 

and untuk cuci mekap, jangan pakai air paip biasa sahaja. cuci dengan miscellar water dulu tau. sebab memang fungsi dia sebagai makeup remover. muka aku ni sesuai dengan produk Maybelline sahaja. dengar daripada beauty bloggers cerita pun, diorang kata Maybelline is much better. tapi aku tak pernah cuba lain. maybe korang ada suggestion better? 


5. Chapped Lips


okay, ini terpesong sikit. tapi ini menjadi sangat bagi aku. mudah sahaja. and tak mahal. aku suka sangat pakai lipstick. tapi aku lap bibir macam tu je. memang silap besar! sebab lepas tu bibir jadi kering and hitam! ahhhh sedih gila. lama juga jadi macam tu. macam orang merokok pun ada. 

try macam-macam cara dah. akhirnya aku jumpa satu solution. setiap malam sebelum tidur, jangan lupa apply Virgin Coconut Oil di bibir. tidur lah semalaman. memang elok. makin lama makin sihat bibir aku. 

and please, lepas pakai lipstick, jangan lupa cuci dengan Miscellar Water dahulu. cuci bersih-bersih.

6. Mask


mask ni bagi aku penting. sebab dia nak restore hydration muka korang. lagi-lagi lepas dah satu hari suntuk pakai mekap. so, malam tu memang aku akan amalkan pakai mask sebelum tidur. aku pernah cuba mask Aqua Mirae dan juga Neutrogena. 

Image result for aqua mirae mask Image result for neutrogena mask


7. Minum air masak secukupnya


eh, ini sebenarnya yang paling penting. aku memang dulu pemalas nak minum air dalam kadar yang sepatutnya. sebab tu muka tak henti-henti naik jerawat. sebab tu nampak tua, dehydrated punya pasal. salah sendiri lah kan. tapi sejak dua menjak ni, aku dah start minum air banyak-banyak. and alhamdulillah, aku nampak kesan dia. ni lagi murah. cuma nak tak nak je disiplin kan diri. 

okay, aku rasa tu sahaja aku nak share. aku minta maaf kalau tak bersesuaian dengan muka korang. and aku harap korang jumpa the best solution untuk muka korang. 

adios~


post signature

  • Share:

You Might Also Like

1 comments

  1. last tips tu mmg best of all..kita kena minum banyak air putih untuk terus sihat luar dan dalam kan

    salam kenal dari umifuzy.com

    ReplyDelete

hello dear :) x salah pun baca sambil komen kan.