Perampas Suami Orang

By Amy J - 8:53:00 PM

assalamualaikum and hello lads! ha, kontroversi betul tajuk kalini. sebenarnya, alang-alang tengah hangat isu rampas suami orang, aku nak share sikit pengalaman aku sendiri. ha, jangan cepat sangat melatah dan berfikiran buruk. jangan jadi manusia yang tak ada otak nak fikir. kasar sikit bahasa. tapi cuba baca dahulu dan nilai sendiri. 

Image result for cheater tumblr

Perampas Suami Orang


sepertimana yang certain orang tahu, aku ni memang sibuk betul mencari jodoh. iyelah, umur dah masuk 26 tahun. jadi, aku cuba macam-macam cara untuk cari pasangan hidup. dengan aku ni anak/cucu sulung, pertanyaan orang 'bila nak kahwin, bila nak kahwin' memang buat aku stress. bukannya aku tak nak mencari, dah tak ada siapa berkenan dengan aku, nak buat macam mana. 

sampailah aku join satu website online. kawan aku suggest join. memang seronok. aku rasa terhibur sebab ramai yang aku kenal. ramai juga aku dah berjumpa. tahu perangai macam mana. sampailah aku berkenalan dengan seorang lelaki ni. dia baik. even busy, dia selalu ada masa untuk aku. kami jumpa pun, dia akan bawa ke tempat jauh-jauh macam Cyberjaya, KL dan seangkatan dengannya. tapi bila aku sebut pasal boyfriend/girlfriend, dia diam. dia selalu macam tu. 

mulanya ingatkan dia tak ready. so aku diamkan sahaja. lama juga kami dah kenal. sampaikan aku dah rasa betul-betul suka pada dia, aku doa pada Allah, kalau betul dia jodoh aku, kuatkan hubungan kami ni dan moga kekal hingga ke syurga. kalau bukan jodoh aku, berilah petunjuk supaya aku boleh nampak apa yang aku tak perasan selama ini. 

and tanpa disangka-sangka, malam tu juga hati aku kuat sangat nak stalk dia dekat facebook. aku tahu nama dia sebagai S sahaja. tak tahu nama penuh, nama bapa. okay, maybe itu mistake? sebab tak pernah terfikir nak tanya. then, one day, dia share something dekat aku. aku nampak nama penuh dia. that's why, aku cari dari nama tu. 

and apa aku jumpa? Allahuakbar. dia suami orang! bukannya baru berkahwin. dah 2 tahun berkahwin. ada anak seorang. habis dia buat aku ni sebagai apa??? aku kecewa sangat-sangat. serious. sebab aku pernah bayang nak jadi girlfriend dia. biasalah perempuan kan. so, aku screenshot and simpan je dulu. sampai satu masa dia pertikaikan everything, aku akan reveal semua benda aku tahu pasal dia. and now, of course lah kami dah lost contact. sebab dia duk bising kata aku tak contact dia dah, kata aku ni lupa diri. dia pernah ada di sisi aku bila aku sendiri. hellooooo.. awak tu suami orang. kenapa nak sibuk mengendeng dekat suami orang?

and habis kantoi. dia senyap. memang aku suka dia. tapi aku bukan manusia yang nak rampas-rampas suami orang. kalau dia boleh buat macam tu belakang isteri dia, boleh jadi dia akan buat macam tu belakang aku juga kalau aku jadi isteri dia. aku tak mahu label kan siapa-siapa trash dalam soal ni. tapi aku nak cakap, manusia ni ada macam-macam ragam. kau tengok dia baik, dia cakap dia single, belum tentu kau boleh percaya bulat-bulat. 

sebab tu aku ada habit suka stalk orang. bukan sahaja nak mencari kesalahan. tapi untuk make sure apa dia cakap tu betul. sedih bila ada lelaki macam ni yang permainkan hati kita. aku lagi sedih bayangkan isteri dia yang tak tahu langsung suami dia buat dia macam ni. aku tak sampai hati nak cakap dekat isteri dia. sebab aku tak tahu macam mana penerimaan dia nanti. 

aku nak emphasize kan one thing. orang kata kalau perempuan tak melayan, mana lelaki tu tak terkejar-kejar. tapi ada masa bukan kita tahu dia tu suami orang. bukan sekali aku kena. 2 kali. dengan lelaki lain. cakap single juga. sekali aku stalk punya stalk, huh, suami orang. mahu aku tak berang masa tu. kau dah ada isteri, kau nak stok geli-geli kat luar ni kenapa? kalau rasa tak ready kahwin, kenapa nak kahwin then cari lain? kau sayang dia sebagai apa sebenarnya ni?

sama-sama lah kita doa yang kita bukan dalam kalangan perampas ni. kesian dekat orang lain. kalau orang buat dekat kita, kita sedih. tapi kenapa boleh buat dekat orang lain. 

sekarang pun bila aku keluar dengan orang lain, aku akan tanya banyak kali. betul ke single. betul ke single. lelaki dah kahwin ni, kalau dia rajin ajak keluar malam tapi siang/weekend susah, ada possibility dia suami orang. kalau tanya apa-apa, dia macam mengelat. ada kemungkinan juga. berhati-hati okay. jangan sampai nasi jadi bubur. 

adios~







post signature

  • Share:

You Might Also Like

3 comments

  1. ishh seramnya kena macam tuu. moga kita tak tergolong dalam kalangan perampasn dan tak tergolong menjadi isteri suami gatal tak sedar diri macam tu huh! aminnn :)

    ReplyDelete
  2. Mmg geramnya species lelaki macam ni. Nakntak nak mmg kena stalk dulu sebelum proceed

    ReplyDelete
  3. Abam Kie bukan lelaki seperti itu. setia kpd isteri di umah je...

    Jom sertai giveaway yg sdg berlangsung di blog Abam Kie? Terima kasih.

    http://www.zukidin.com/2018/04/spm-result-giveaway.html

    ReplyDelete

hello dear :) x salah pun baca sambil komen kan.