Trip 8 Hari ke Jepun | Kawaguchiko & Mount Fuji

By Amy J - 4:30:00 PM

assalamualaikum and hello lads! okay, bersambung ke hari seterusnya. sementara tengah ada mood nak menulis ni. mari kita mulakan okay. memandangkan tiket bas yang kami akan naiki bergerak seawal jam 9 pagi, jadi aku dengan Syuk bergerak keluar dari Takenotsuka Station pada pukul 6:30 pagi. awal kan. better siap awal daripada terlambat. nanti dah terlepas, sayang kot. dah lah memang point nya nak pergi tengok Mount Fuji tu. and lagi satu, bila cek weather, katanya ada kemungkinan Kawaguchiko turun salji. okay, semoga adalah. bisik aku dalam hati.

amysyeera

Trip ke Jepun Musim Sejuk | Kawaguchiko & Mount Fuji


tahu tak! kami sampai lambat. masa sampai ke Shinjuku Expressway Bus Terminal tu, semua orang dah start naik. ya ALLAH, aku dah emotional gila masa tu. adalah reason tertentu masa tu. kawan aku boleh buat muka rilex lagi. lelaki kan. cool saje. kita yang gelabah. hahahaha. fuh. nasib baik cepat. 

footnote : aku suggest korang beli tiket bas awal at least 2 hari sebelum sebab selalu tiket memang akan sold out. better beli di kaunter or self service machine. akan ada staff yang sudi membantu korang beli ticket. 

satu tiket one way berharga ¥1750 = RM63.66 (as of April 2018)

aku suggest pilih destination Shinjuku Expressway Bus Terminal ke Kawaguchiko Station. perjalanan mengambil masa 2 jam. nak tidur dulu pun boleh. eh tapi yang best kan. bus driver dia betul-betul menjaga keselamatan penumpang. dia akan make sure kita pakai tali pinggang keledar. 

Kawaguchiko Station


amysyeera

amysyeera

alhamdulillah. akhirnya sampai juga ke Kawaguchiko Station. sejuknyaaaaaaaaaaa wei. aku suggest korang pakai winter coat yang tebal sikit. sebab sini kawasan bukit. so, suhu masa musim sejuk akan jadi lagi rendah berbanding di bandar Tokyo. masa kami datang tu suhu -1 degree tau. aduh. sakit hidung. 

sebelum kami bergerak ke hotel, kami bergerak masuk ke dalam Kawaguchiko Station untuk membeli tiket bas. eh, ni bukan tiket bas balik tau. tapi tiket bas mini yang akan bergerak sekeliling kawasan Kawaguchiko.

untuk pengetahuan, kalau korang nak berjalan sekitar area Kawaguchiko, kena tahu bas mana yang akan bergerak ke tempat tersebut. contoh macam hotel kami, hanya bas mini berwarna merah dan biru sahaja akan lalu. bas hijau pula akan lalu di tempat lain. so make sure revise dulu! and bas akan ada setiap 15 minit sahaja. masa winter, 4:30pm waktu last mereka akan mengambil penumpang. so, plan wisely. 

tiket tu valid untuk 2 hari. jadi tak ada masalah. and unlimited rides! naiklah jauh mana and banyak kali korang nak naik, as long as ada tiket yang korang beli sama macam aku, tak ada masalah. 

suggestion aku, better beli tiket ni. sebab single ticket is so effing expensive! lagi kalau nak ke Lake Motosuko which is the furthest destination di dalam area Kawaguchiko. rugi tau beli single ticket. 

boleh refer di website ini > Retro Bus/Omni Bus


¥1500 = RM54.49 (as of April 2018)

then, dari Kawaguchiko Station (Stop 1) kami berhenti di Fujinoyado Ohashi (stop 5). tahu tak kenapa aku pilih FBH Fujisan Hostel? 

- sangat dekat dengan Yagisaki Park
- bus berhenti betul-betul depan hostel
- sediakan simple breakfast
- pemandangan bilik betul-betul menghadap Mount Fuji! *upon request
- of course lah murah. 
- coffee machine dia sumpah sedap air. dua kali aku beli. sampai belanja member. 
- single room. bukan bunk bed mix dorm. 

amysyeera

amysyeera
amysyeera

amysyeera
harga dalam RM100 seorang
usai check in, kami letak barang semua dahulu before kami bergerak ke destinasi pertama iaitu Yagisaki Park. jalan kaki dalam 8 minit je dah sampai. masa ni memang puas kami cari manalah Mount Fuji. tak jumpa! ahhhh stress nya aku. dengan salji tak turun-turun. sedih tau. 

Yagisaki Park


subhanallah. masa datang waktu spring maybe lagi cantik. sebab ini kawasan yang dipenuhi dengan bunga lavender! tapi disebabkan aku datang masa musim sejuk, jadi bunga lavender tidak seperti yang kita biasa tengok. see for yourself.

amysyeera

amysyeera

amysyeera

amysyeera

amysyeera

aku rasa menyesal juga sebab tak pakai winter coat kuning. sebab winter coat pink ni macam duffle coat je. so dia tak mampu menahan kesejukan di Kawaguchiko ni. and akibatnya, aku jatuh sakit. jarang juga aku jatuh sakit masa berjalan macam ni. benda nak jadi kan. 

next, kami naik bas untuk ke Lake Motosuko pula. daripada Yagisaki Park (point 6), kami terus naik bas menuju ke stop terakhir. oh, masa naik retro bas ni kan, just naik je. tak perlu bayar apa lagi. nanti dah sampai destinasi barulah tunjuk tiket yang kita dah beli di kaunter awal-awal tadi. 

sebenarnya kami dah tersilap! ingatkan Lake Motosuko is the best spot untuk tengok Mount Fuji. rupanya Lake Saiko!! allahu. korang janga tersilap macam kami pula. Lake Saiko lebih dekat berbanding Lake Motosuko. tapi dah alang-alang terlajak, kami teruskan sahaja. and alhamdulillah. it was definitely worth it :D

tapi since aku pakai knee high boot, sakit juga lah kaki berjalan masuk hutan. hahahaha. sampaikan kami dah ragu-ragu, hampir nak masuk kem askar! hahaha. nasib baik. 

amysyeera


amysyeera

amysyeera

amysyeera
amysyeera

amysyeera

kemudian, kami bergerak ke Kachi Kachi Ropeway pula. kami kesuntukan masa sebab tempat ini akan tutup pada pukul 4:30 petang pada musim sejuk. dan daripada Lake Motosuko ke Kachi Kachi Ropeway agak jauh. so, better korang plan wisely okay! 

Kachi Kachi Ropeway

masa kami sampai ni, nasib baik tak ramai orang. so, cepat-cepat kami beli tiket dan beratur naik cable car. cable car dia bukan macam Langkawi tu. naik empat orang kan. yang ni selagi boleh muat, dia sumbat je sampai penuh. then, naiklah atas beramai-ramai. haha. aku risas je masa tu. tapi sebab dekat Jepun, aku yakin dengan teknologi dia. hahaha. so, selamat la kot. 

dekat atas tak ada sangat pun. patutnya boleh bergambar dengan Mount Fuji tapi sebab dah petang kot, view tak berapa lawa sangat. rugi juga la bayar untuk tengok.

amysyeera

amysyeera


amysyeera

then, kami beransur balik. aku dah start sakit makin teruk ni. gastrik sekali sebab susah nak cari makanan halal dekat area Kawaguchiko ni. ada tu memang ada. tapi masa kami nak makan tu kedai tutup pula. aduhai. makin teruk sakit aku. last-last pergi 7E beli sushi je. menurut website, sushi ikan or yang bukan berkaitan ayam ke daging, halal dimakan. and most makanan di 7E boleh dibeli. tapi better korang install Google Translate. kot termakan babi tak pasal je. 

sebenarnya kami beruntung juga sebab datang pada tarikh ni. sebab ada Winter Firework! Jepun ni nak tengok firework masa musim panas je sebenarnya. so, terkejut juga bila ada event Winter Firework dekat sini. alhamdulillah rezeki. lama juga dia launch firework. cuma tak keluar ke taman tu sebab aku dah tak larat sangat and terlalu sejuk bila waktu malam. 

lawa firework dia sebab ada macam-macam bentuk!

okay tu sahaja buat masa ni. Kawaguchiko is a must place to go bila datang Jepun okay :D

adios~
post signature

  • Share:

You Might Also Like

3 comments

  1. Bestnye jenjalan jepun. Sejuk ye kt Sana masa Tu

    ReplyDelete
  2. waa bestnya ke Jepun. Bila la dapat pergi ni..

    ReplyDelete
  3. singgah tinggal bau dulu Amy.. nanti nak baca nak jot down jot down ihiks =D

    ReplyDelete

hello dear :) x salah pun baca sambil komen kan.