Trip 8 Hari ke Tokyo, Jepun | Akihabara

By Amy J - 4:30:00 PM

assalamualaikum and hello lads! semoga korang semua sihat sahaja hendaknya. aku ni baru je start batuk. musim kot kan. alhamdulillah, haritu baru je balik kampung. weee, i'm so happy! thus, this new entry. haha. maybe ada yang nantikan entry Jepun aku ni. maybe tak. nevertheless, thanks sebab sudi baca entry aku sampai habis. i appreciate it a lot. and may it help you even a little bit. okay, meh aku kongsi perjalanan aku ke Akihabara pula. 

amysyeera

Trip Murah ke Tokyo, Jepun | Akihabara

 
Akihabara ni tempat yang selalu orang nantikan lebih-lebih lagi peminat gadget. yes, this is your 'so-called heaven'. nanti aku cerita best ke tak eh. aku mulakan dengan perjalanan aku pada pagi hari dahulu. 
 

Kitanomaru Park

amysyeera
 
kami ke sini sebab saje nak ambil angin. lagipun Kitanomaru Park ini terletaknya Imperial Palace tau! cuma kita sebagai rakyat biasa, tak dapatlah nak masuk. sambil menikmati keindahan suasana hijau, boleh kami ambil angin sejuk sekali. lagi-lagi bila Syuk tahu aku ni bangun je awal pagi, tapi otak belum sedar sepenuhnya. moody orang kata. HAHAHA.
 
masha ALLAH, masa sampai tu sejuk sangat! mulalah menyesal sebab tak pakai face mask. sejuk sampai sakit hidung. suhu tak silap aku masa tu 2 degree Celcius. tapi park ni macam tak menarik perhatian orang sangat. certain citizen je ada lalu lalang sambil bawa anjing diorang bersiar-siar. kami sarapan seketika di sini sebelum bergerak ke destinasi seterusnya. 
amysyeera

amysyeera


amysyeera

Ueno Park


Kudanshita Station > Ueno Station

okay, sebab aku ni minat nature, jadi, ke park sahaja lah kami habiskan untuk pagi ni. haha. Ueno Park agak besar berbanding Kitanomaru Park. and Ueno Park dekat dengan segala attractions lain. jadi, di sini lagi ramai orang bersantai dan bersenam. nak habiskan pusingan satu Ueno Park tu agak makan masa. so, decide lah mana tempat yang korang nak pergi. guided tour pun ada kalau nak join. tak pasti kena bayar berapa. 

 
 

tengoklah tu. dekat dengan Ueno Station. then, ada macam-macam muzium. Shrine pun banyak. Ueno Zoo pun ada kalau teringin nak tengok binatang apa ada di Jepun.
amysyeera
bazaar pun ada tau. sebelah kedai Starbucks. tapi nak beli tak berani sebab semua gerai tu ada jual pork. so, was was juga lah. mampu tengok sahaja. sini pun sekejap sahaja sebab tak tahu nak buat apa. jadi, kami teruskan perjalanan ke Akihabara. tempat yang dinanti-nantikan oleh Syuk. tadi dia sanggup follow aku, so kalini aku follow dia pula. nak naik train boleh, jalan kaki pun boleh. tak jauh mana pun. dalam 18 minit. masa ni lah nak exercise. kat Malaysia confirm jarang kan kan.
amysyeera

amysyeera

amysyeera

amysyeera

amysyeera
 

Akihabara

 
Akihabara memang sangatt besar! Akihabara dikenali juga sebagai Akihabara Electronic Town (Akihabara Denki Gai). cakap je gadget apa, semua ada. and bagi aku, boleh dikatakan murah juga. sebab masa aku tengok haritu, Iphone latest separuh harga daripada harga di Malaysia tau! bagi orang berduit, memang mampu nak beli kat situ terus. aku teringin nak beli Dji Mavic. tapi duit tak banyak mana. bukan sahaja ada barang elektronik, bagi peminat anime, di sini jugalah tempat korang nak tunjukkan obsession korang tu. ada Gundam cafe, Maid Cafe, macam-macamlah. cakap je apa yang tak ada di sini. hebat. 

Related image


kami tak lama pun sebab duit tak ada nak beli gadget. haha. so, kami terus pergi ke Nakamise Street pula untuk cari cenderahati. tapi memandangkan hari sudah menginjak ke angka 12, kami pergilah cari makan dahulu. 





Ameyoko Plaza

sebelum kami ke Nakamise Street, kami lunch di Ameyoko Plaza dahulu. masa dah sampai dekat street dia, kami ditarik oleh beberapa staff gerai disitu. memang gerai halal. nampak aku pakai tudung, terus tanya. Malaysia? haha. lepas tu siap promote okay! cakap ha, Zizan came here. Fizo. and ramai lagi. aku tak ingat siapa ada. bajet betul. hahahaha. last-last dah fikir lama, kami pun pilih la makan di Chicken Man. nak pergi gerai sebelah sebab staff dia handsome. HAHAHAHA tapi sebab ramai, aku pilih Chicken Man. kecewa orang sana. sorry.

aku pilih nasi ayam. sebab tu je simple and murah. rasa sambal dia SEBIJI SOS SPAGHETTI. hahahahaha. boleh bayang tak makan nasi campur sos spaghetti? try la buat.

Image result for chicken man tokyo

lepas tu kami solat and terus ke Nakamise Street untuk shopping ole ole! tapi mahal wei. sia-sia je datang sini. tak payah la datang. better korang pergi ke hujung Nakamise Street. belah kanan ada simpang. jalan kaki je. korang akan jumpa satu park. berdekatan Sumida River. boleh nampak iconic building!

amysyeera


amysyeera

amysyeera

Honestly, Nakamise Street sangat mahal even keychain dia! RM13 satu keychain? are you kidding me?? yang cikai tu. memang tak sanggup nak beli. pejam mata pun xnak beli juga.

belah kanan Nakamise Shopping Street ada park tu kan, ha pergi situ untuk best spot ambil gambar iconic building


bentuk bangunan macam tahi di jeun

amysyeera

tahu tak ada cerita di sebalik iconic yang macam bentuk tahi tu? maafkan kekasaran bahasa. sebenarnya owner tu nak design building dengan bentuk flame di atas. tapi disebabkan berat sangat, benda tu tumbang ke bawah and jadilah bentuk macam tahi. haha. tapi famous hokeyy. kau ado?

dah habis santai di sini, kami pun pulang ke Takenotsuka Station. 

Asakusa (Tobu/Subway) > Hikifune Station > Nishiara Station > Takenotsuka Station
Duration : 23 minutes
Price : ¥250

adios!

post signature

  • Share:

You Might Also Like

3 comments

  1. Seronoknya.. jelous kamu dapat p jepun :'D

    ReplyDelete
  2. Waah.. seronoknya melancong.. teringin nak g jepun juga..

    ReplyDelete
  3. Best nya ke akhibara ni. Akak xminag sgt gadget tapi view kat sini juga cantik

    ReplyDelete

hello dear :) x salah pun baca sambil komen kan.