Trip Musim Sejuk ke Jepun | Salju di Shibuya

By Amy J - 9:30:00 PM

assalamualaikum and hello lads! nak tahu tak, hari terakhir kami di Kawaguchiko, aku betul-betul jatuh sakit. aku kena gastrik. nak makan banyak tak boleh sebab susah sangat nak cari makanan halal dekat sini. tapi since member aku dah bersiap-siap untuk main di Fuji Q Highland, maka aku gagahkan juga diri ini untuk follow dia. 

apa yang menarik dengan Fuji Q Highland ni? okay, aku malas nak cerita banyak. korang tengok sendiri dulu apa keistimewaan Fuji Q Highland.


Trip Musim Sejuk ke Jepun 


haaaa.. excited tak tengok roller coaster tu? hahaha. dia antara roller coaster yang paling ekstrem di dunia. aku tengok je dah rasa pening. belum naik lagi. terus aku jadi tambah sakit. hahaha. last-last aku melepak dalam souvenir store / tempat menunggu bas untuk balik.

Fuji Q Highland 


Entrace Ticket + Attractions : ¥5700 = RM207.70 (as of April 2018)


puas main, kami terus balik. silap sikitlah sebab ambil bas di Kawaguchiko Station. padahal boleh je naik dekat Fuji Q Highland tu. so, kalau korang datang sini, better ambil destination di sini juga untuk pulang semula ke Tokyo. cuma cons dia satu je, Fuji Q area tak banyak tempat untuk berjalan. Kawaguchiko Station banyak kedai keliling dia. ada 7 Eleven. 

hati agak kecewa sebab tak dapat tengok salji depan mata. serious kecewa. tapi dah bukan rezeki. it's okay. 

Shibuya


next day, kami ke Shibuya pula. sepanjang awal travel dengan Syuk, kalini berjumpa lagi 2 orang kawan Syuk. Ebby dan Dr Jijoi. mula-mula aku rasa bengkek sikit dengan Ebby (belum jumpa lagi) sebab dia sibuk nak shopping dekat Daiso. dalam hati aku, "kan berlambak Daiso dekat Malaysia, kau nak apa lagi shopping dekat sini?" 

so kami jumpa di McDonalds. since lapar gila and baru elok sakit (alhamdulillah, Allah bagi kekuatan untuk berjalan) so, aku beli je la Fish O Fillet dengan Caramel Mocha. habis makan and berkenalan, terus pergi Daiso. sebelah je rupanya. mak ai, besar Daiso dekat sini. and harga dia murah!! kalau dekat Malaysia, harga barang RM5.70. kalau di sana RM3 je. so, last-last siapa tergoda nak shopping? AKU. hahahahaha. spend sampai ¥5000 = RM182 (as of April 2018)

amysyeera

amysyeera


keluar je dari Daiso, aku dah rasa something. aku rasa macam aku nampak serpihan salji turun. tapi aku takut macam bayangan aku sendiri je since aku memang nak sangat-sangat tengok. tapi lama-lama dia makin turun banyak. ya Allah! Subhanallah. impian aku for 2 years akhirnya menjadi kenyataan. rasa nak menangis masa tu. aku dah terjerit-jerit sebelah Syuk. dia tahu memang aku datang sini untuk tengok salji je. korang tahu it's impossible (rare) untuk Tokyo turun snow. kalau di Hokkaido or Osaka ada. and lama-lama salji turun makin banyak.

amysyeera


semua dah start pakai payung, tapi since kami batak, buat don't know je. hahaha. sempat kami buat slow mo video. ambil gambar banyak-banyak, ambil video. memang jakun punya pasal.

Tokyo Metropolitan Government Building


since destinasi kami seterusnya untuk tengok view Tokyo dari puncak, jadi kami ke Tokyo Metropolitan Government Building. untuk pengetahuan korang, berbanding naik Tokyo Skytree atau Tokyo Tower, better tengok view di sini. sebab apa? sebab FREE. siapa tak nak benda free kan. betul tak? lagipun nak tengok view dari atas sahaja. masa nak naik tu, beg kita akan di check atas dasar keselamatan. then boleh la naik.

tapi sayangnya. masa dah sampai tingkat atas, satu apa pun tak nampak. sebab apa? sebab salji dah start turun dengan lebatnya. hahahahahahaha.. antara salji dengan full view of Tokyo, tak mengapa. aku pilih salji. then, dah tak tahu nak buat apa, kami turun semula dan bergambar lagi dengan salji.

amysyeera

amysyeera

amysyeera

amysyeera

amysyeera

amysyeera


kemudian kami teruskan perjalanan ke Harajuku. untuk shopping lagi. geng-geng lelaki ni kalau diorang dah start shopping memang sakan juga rupanya ya. last-last aku ushar je apa diorang beli sebab aku bab shopping memang kurang sikit bila travel.

then, kami cari kedai makan halal. tapi kami salah masuk! haha. rupanya kedai kari ni ada dua jenis. satu tak halal, satu halal. nasib baik perasan dekat menu ada pork. so, tanya balik pada waiter and dia kata kedai halal opposite jalan besar.

personally, aku tak berapa gemar kari. aku boleh makan cuma aku elakkan. sebab dulu dekat mrsm almost every week ada makan kot so aku jadi muak sikit. bila diorang ajak makan dekat kedai kari, aku macam ermm.. makan je la. nanti sakit balik pula.

Curry House CoCo


sempit sikit kedainya tapi maybe sebab kedai halal, so tak ramai singgah makan situ kot. waiter dia comel. HAHAHA. sempat aku ambil gambar dia. acah-acah ambil gambar kedai then ambil gambar dia. maafkan saya. then, kami mula order makanan. aku order Curry Chicken dengan nasi putih.

amysyeera

amysyeera



my expectation is way beyond the reality. rasa dia sedap! sangat berbeza dengan kari Malaysia. of course la kan. rasa macam nak makan lagi pula. kari dia tak letak sebarang rempah ratus. memang plain je. ayam pun macam chicken chop punya style. sangat simple tapi menyelerakan. aku minta add on jagung. since tak ada sayur.

then, kami menuju ke destinasi paling famous sekali. iaitu Shibuya Crosswalk. tahukah anda? bila tengah rush hour, kawasan di situ boleh dipenuhi dengan orang seramai 2,500 dari setiap simpang. memang rasa amazed juga la tengok. aku tak sempat nak ambil gambar dekat tengah-tengah jalan tu sebab snow dah makin lebat turun. jalan dah makin licin.

aku suggest korang pergi dekat Starbucks untuk dapat full view of people crossing the road. cuma a bit difficult untuk dapat seat sebab diorang ni kalau dah dapat seat, memang susah nak berganjak. padahal tak minum air pun, melepak tengok phone. sakit pula hati. 

amysyeera


tahu tak, masa nak balik tu yang mencabar! for your information, bila aku kata salji jarang turun di Tokyo, maknanya pelbagai implikasi akan berlaku. such as.. ramai beratur panjang nak balik! aduh, bayangkan pula di Shibuya station. yang kira macam Masjid Jamek tu. dari Ampang ada, Sri Petaling ada, Monorail ada.. contoh je la, semua nak lalu di laluan sama.

so kami end up 4 JAM stuck di Kita-Senju station sebab salji dah terlalu tebal. jadi, train tak dapat bergerak pantas sebab licin. jadi, setiap train akan berhenti setiap 10 minit. oh, sadisnya.




tapi even keadaan kami macam tu pun, aku cukup kagum dengan disiplin citizen Jepun. diorang dalam keadaan macam ni, still beratur dengan elok, still bagi laluan untuk orang di dalam train keluar dahulu. wow. aku cukup amazed. aku suka rakyat Jepun. rakyat Malaysia mungkin tak tahulah tahun bila akan jadi macam ni. dah terang terangan nampak orang nak keluar, dia still buat bodoh berdiri tegak dekat situ. KAU NAK MASUK MACAM MANA KALAU ORANG TAK BOLEH KELUAR??

okay itu sahaja. adios~

post signature

  • Share:

You Might Also Like

3 comments

  1. hehehehee.. i feel u..!
    kak ain pun masa mula2 nampak salji kat Srinagar dulu, punya seronok tersenyum2 sampai telinga.. hahahahaha.. breakfast pun laju2 sebab nak keluar main salji.. kenyang terus bila tengok salji.. lolss..!

    Besar rahmat dan nikmat Allah kan. Subahanallah.
    Kenangan manis yang akan dikenang sampai akhir hayat.

    ...

    ReplyDelete
  2. Teringin nak cuba Japanese curry sebab selalu tengok dalam TV shows. Curious gila rasa dia macam mana.

    ReplyDelete
  3. akak faham perasaan syahdu tengok snowfall. rasa nak breakdown kat situ jugak samalah akak dengan kawan. ahaha sama2 ranap wallet kat Daiso ahaha.. kan kan.. cannot help it nak beli macam2. akak borong toys untuk anak2 buah sebab gilaaa plushies rm3 apa kes ? lawa plak tu ahahha.. settle terus souvenirs diorang.. cantikla gambar dengan snow. and that baju sangat naik warnanya. niceee selection =)

    ReplyDelete

hello dear :) x salah pun baca sambil komen kan.