Beli Baju Raya di Jakel Shah Alam

assalamualaikum and hello lads! apa khabar semua? dah berjaya puasa penuh sehingga ke harini? ha, sedar tak sedar dah masuk hari ke tujuh kita berpuasa kan. dekat mall pun dah banyak lagu raya berkumandang. cepat betul. sambil berpuasa ni, masa ni kita ambil kesempatan untuk beli baju raya juga. biasalah, ada certain families masih lagi mengekalkan tradisi memakai baju ikut tema warna yang ditetapkan. termasuklah family aku juga. kalini kami decide untuk pilih warna ..... hehe. jeng jeng jeng rahsia. so, untuk widen the choices of baju raya, aku pergi ke Jakel Shah Alam. 

Koleksi Baju Raya Baru di Jakel Shah Alam

sebelum aku bercerita lebih lanjut, mari kita belajar sikit pasal sejarah penubuhan Jakel. Jakel telah ditubuhkan 35 tahun yang lepas oleh Mohamed Jakel Ahmad di Muar, Johor dan telah mengorak langkah pertama berpindah ke Segamat pada tahun 1985. and siapa sangka, akhirnya Jakel menjadi bertambah maju dan sudah mempunyai 22 cawangan di seluruh Malaysia. 
tahu tak, Jakel Shah Alam sedang mengadakan promosi besar-besaran tau? haritu dapat aku attend event yang dihadiri oleh duta-duta Jakel. antaranya Scha al-Yahya, Awal Ashaari, Nabil Ahmad, Hanis Zalikha, Upin Ipin, Yusuf Iskandar, Harith Iskander dan lain-lain. seronok juga dapat bertemu artis ni. apa yang menarik ialah 100 baju percuma telah diberikan kepada 100 pelanggan terawal dan terdapat lelongan sehingga 85% diskaun! 

 


sambil membeli, sambil menderma juga. Jakel telah menyumbang pakaian dan wang sebanyak RM5,000 kepada rumah Amal Cahaya Tengku Ampuan Rahimah. alhamdulillah. merasa anak-anak yatim ni beraya pakai baju baru. 
kempen Jakel kali ini ialah Jakel Barulah Raya. ha, memang pun. Jakel sentiasa jadi favorite para ibu untuk mencari pakaian berkualiti. event kali ini diadakan untuk buat jualan lelong baju raya 'happy hour' Jakel selebriti. memang jadi murah! seronok orang yang datang untuk beli baju raya sambil bergambar dengan artis. 
Sepertimana kita tahu, Jakel menjadi kegemaran kerana kainnya dan pakaiannya meliputi setiap usia dan saiz lapisan masyarakat.  jadi, tak perlu susah untuk ke sana ke sini mencari samping, baju melayu dan baju kurung. jimat masa, jimat tenaga kan. tapi apa je kalini yang ditawarkan oleh Jakel Shah Alam? ha mari kita tengok.

Kain Samping Benang 

Jakel sentiasa menampilkan sesuatu yang unik dan memberikan kelainan pada setiap tahun agar pelanggan dapat merasai kemeriahan menyambut musim lebaran. Sememangnya kain samping begitu sinonim bersama baju Melayu kerana ianya melengkapkan lagi gaya sang arjuna. Sebagai trandsetter fabrik, Jakel tidak terkecuali untuk menghasilkan sesuatu yang lebih kreatif bagi memenuhi citarasa pelanggan. Kain Sampin Benang lebih berkonsepkan santai dan mudah untuk digayakan di samping mengekalkan ciri eksklusif yang hanya boleh didapati di Jakel sahaja. Elemen keselesaan juga diberikan untuk pemakaian kain samping benang ini kerana ianya boleh dipakai sepanjang masa. Didatangkan dengan pelbagai pilihan warna yang boleh disuai padankan bersama koleksi baju Melayu.

Baju Melayu Aaron Aziz 

Baju Melayu Aaron Aziz ini direka khas dan khusus dengan memberikan kekemasan pada leher, poket dan keselesaan. Untuk tahun 2018 ni, Jakel mengeluarkan rekaan terbaru khas 2018 yang direka daripada pelbagai jenis warna dan fabrik dan untuk tahun ini warna yang dijangkan hit ialah warna hijau burung merak ataupun dikenali dengan warna teal green. 
Foto Jakel. Foto Jakel.

Baju Melayu Nabil Ahmad 

Berkonsepkan moden kontemporari yang menekankan kekemasan pada leher dan poket termasuk potongan slim-fit. Baju-baju ini ditawakan dengan harga yang berbeza mengikut pada rekaan dan kualiti kerana Jakel mempunyai beberapa kumpulan sasaran dan ingin menjadikan koleksi Nabil Ahmad ini sebagai koleksi bernilai dengan menawarkan variasi pilihan warna yang boleh dipilih. Warna yang dijangka hit tahun ini ialah warna merah hati. 
Foto Jakel. Foto Jakel.

Baju Melayu Awal Ashaari 

Berpotongan moden kotemporari dan mempunyai label AA pada bahagian poket hadapan baju memberikan sisi segak pada si pemakai. Pada tahun ini, koleksi Awal Ashaari lebih memfokuskan kepada warna dan kualiti kaum untuk membantu para jejaka beraya dengan penuh keyakinan dan selesa. Warna yang dijangkakan hit tahun ini ialah warna navy blue. 
Foto Jakel.

Baju Melayu Harith Iskander 

Direka khas untuk mereka yang memakai 'plus size' supaya mereka yang bertubuh 'plus size' dapat mengayakan baju melayu yang bergaya di pagi hari raya. Warna yang dijangka hit tahun ini ialah 'yellow cup' Harga koleksi baju melayu yang ditawarkan juga amat berpatutan iaitu daripada serendah RM89 dan lebih menarik lagi, pelanggan akan diberikan percuma sehelai kain samping beserta butang baju melayu bagi setiap pembelian sepasang baju melayu. 
Foto Jakel. Foto Jakel.

Koleksi Kurta 

Kurta Hairul Azreen 

Terdapat beberapa koleksi kurta antaranya Kurta Hairul Azreen . Koleksi kurta yang dihasilkan adalah berkualiti kerana ianya mementingkan keselesaan si pemakai. Ianya juga dijahit dengan menggunakan fabrik cotton berkualiti disamping mempunyai kekemasan pada potongan leher dan di belakang bahu. Kurta ini turut dilengkapi dengan detailing poket dan butang pada sisi lengan. Keluaran koleksi kurta juga berkonsepkan mesra wuduk dimana bahagian lengan boleh dilipat dengan mudah. 
Foto Jakel. Foto Jakel.
Koleksi Baju Kurung 

Baju Kurung Ayda Jebat 

Berkonsepkan kurung moden, ianya bersesuaian dengan citarasa terkini wanita terutamanya para gadis dan wanita berkerjaya yang ingin penampilan ceria dan segar di musim lebaran. Koleksi kurung ini turut memberikan sentuhan eksklusif pada setiap rekaan. Koleksi baju kurung yang dikeluarkan ini mensasarkan kepada golongan wanita daripada peringkat remaja hingga dewasa. Setiap keluaran Ayda Jebat bagi koleksi lebaran tahun ini lebih bersifat moden dengan pilihan warna yang menarik dan motif corak printed terkini. 
Foto Jakel. Foto Jakel.
Foto Jakel. Foto Jakel.
Koleksi Kanak-Kanak 
Pakaian kanak-kanak masih mengekalkan label Upin Ipin. Walaubagaimanapun ianya diolah kepada rekaan baru yang bersesuaian dengan masa kini. Setiap pembelian koleksi baju melayu Upin Ipin yang dijual turut diberi percuma kain samping dan butang baju melayu Selain koleksi-koleksi pakaian yang aku sebutkan di atas, terdapat juga koleksi pakaian yang , berkonsepkan keluarga seperti Koleksi Schawalara dan juga Koleksi Hanis, Hairul, Yusuf Iskandar. Koleksi Kurta Yusuf bermotifkan potongan leher 'round neck' dan berkolar di mana ianya membantu memberikan keselesaan kepada kanak-kanak. 
Foto Jakel. Foto Jakel.
ha, lagi satu keistimewaan kalini ialah Jakel bekerjasama dengan Boost. apa itu Boost? Boost merupakan aplikasi di muat naik dalam smartphone untuk membantu para pelanggan membuat pembayaran secara online. Jadinya kita tak perlu bawa duit dalam amaun yang banyak bila shopping nanti. Guna Boost je. Bukan itu sahaja, setiap transaksi pembayaran yang berjaya akan dapat mata ganjaran tau! 
untuk makluman lanjut, boleh layari website berikut:
Website: Jakel Malaysia

Facebook : Jakel Shah Alam

Instagram : Jakel Shah Alam
Ingat Kain, Ingat Jakel!
post signature

4 comments :

  1. br hari ke 7 ni sis... :)

    JAKEL mmg gunakan artis2 hebat utk promosikan bj raya dorang kann

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha ye la. silap pula. thanks for pointing that out :D

      ye betul. pengaruh artis kuat

      Delete
  2. cantik-cantik baju duta raya jakel tahun ni. mesti rambang nak pilih warna apa kan

    ReplyDelete
  3. rasa tahun ni Hanis Zalikha nye paling lawa. tapi yang kanak2 memang menang Lara le.. hehe cuma size baju Jakel i is tak muat. i kan comel hehe..

    ReplyDelete

hello dear ! thanks for dropping by. i'll make sure to reply asap !

My Instagram

Copyright © The Minimalist Traveler. Made with by OddThemes