Berjalan di Bukit Bendera, Pulau Pinang

assalamualaikum and hello lads! alkisahnya haritu aku pergi Penang. sebab nak berjalan-jalan. ye lah, dah 2 tahun belajar dekat sana tapi tak ada masa untuk bersiar-siar. tempat menarik dah makin banyak. duk tengok je abang Arzmoha share. geram pula. hahaha. so, aku decide untuk ke sana juga akhirnya. 
 
amysyeera

Berjalan di Bukit Bendera, Pulau Pinang

aku menginap di Hotel Jannah, Bertam Perdana. sebab ada hal penting dekat situ. murah juga. aku book di Agoda (dekat Booking tak ada, aku pun tak tahu kenapa) dapat murah sikit. hotel dia tak menggalakkan pasangan yang belum berkahwin duduk di situ. ha bagus lah tu. siap ada surau. aku dengar lagi diorang siap berjemaah. alhamdulillah. hey, jangan main-main tau. aku tahu ada hotel ni jadi port pasangan belum kahwin main. 
amysyeera
 
harga bilik Standard Queen satu malam berharga RM90 sahaja melalui Agoda! murah kan. so, esok paginya aku dan dia pergi ke Bukit Bendera. kami pergi waktu pagi sebab takut pergi lewat sangat nanti kena beratur panjang. 
 
p/s : please please datang awal pagi especially waktu weekend sebab hari macam ni memang penuh! and ambil masa 30 minit untuk beli ticket sahaja. aduh memang lama juga aku menunggu. 
 
tapi yang bagusnya hanya seorang daripada group boleh beratur. tak adalah nampak panjang sangat and serabut. memang aku suka part ni. and jangan lupa bawa IC tau. sebab harga untuk orang Malaysia dengan foreigner berbeza. 
 
akhirnya tiba giliran kami untuk naik, ini pun kena tunggu dalam 10 minit macam tu. lama juga sebab tram tu ada schedule time dia sendiri. tak apalah. hopefully it would be worth it. sampai sahaja di atas, fuh boleh rasa angin sejuk dia. memang lawa. Subhanallah. berbaloi datang jauh untuk tengok pemandangan Pulau Pinang ni. memang takkan lepaskan peluang untuk ambil gambar dekat sini. 
 

 
sebenarnya naik sini sebab aku nak tengok dua benda, Love Bridge tu and The Habitat. please note yang The Habitat ada entrance fee yang lain and kena bayar dekat counter dia sendiri. harga The Habitat agak mahal RM50 per person. tapi kalau korang datang ke sini pada hari Ahad minggu keempat setiap bulan, diorang buat half price discount. jadi dari RM50 berubah kepada RM25 sahaja. berbaloi kan! so, make sure plan it wisely. 
 

nak dijadikan cerita, boleh kantoi dengan saudara aku yang kebetulan bercuti di Pulau Pinang juga. HAHAHAHAHA. dalam banyak-banyak tempat, boleh pula terserempak dekat Bukit Bendera ni. 
Love Bridge, Penang
 
then, kami teruskan perjalanan ke Love Bridge. okay, honestly aku tak tahu korang panggil apa nama tempat ni. tapi since suasana dia sama macam dekat French tu, jadi aku panggil Love Bridge jugalah. menarik rupanya tempat ni. ramai orang yang 'mengunci' cinta mereka di sini. aku tak termasuk dalam golongan orang-orang yang tengah hangat bercinta ni. satu sebab mangga dia mahal. haha. satu lagi sebab dah penuh.
 
sini free je. ada logo pokok Love. dan juga bangku untuk korang bergambar berlatarbelakangkan mangga-mangga cinta tadi. menarik juga sebab warna-warni. dan juga cuaca tengah panas terik, jadi gambar memang menyerlah. you should go here. 
 

The Habitat

Image result for the habitat
 
kemudian, kami menuju ke destinasi yang kami nak sangat tengok iaitu The Habitat. untuk pengetahuan, The Habitat ni baru sahaja dibuka. apa yang menarik dengan The Habitat ni? ha, mari kita tengok. berpusing juga nak mencari kaunter beli tiket The Habitat ni. sampai terjumpa satu khemah putih biru. kat situ ada tulis pasal The Habitat. di perkarangan Bukit Bendera juga. senang nak cari. tapi katanya, kalau beli di situ boleh, cuma takkan dapat diskaun 50% tu. kalau nak beli yang half price, kena pergi kaunter The Habitat terus. 
 
amysyeera
ni kaunter di atas, The Habitat

amysyeera
ni kaunter di bawah, perkarangan Bukit Bendera
The Habitat, Penang
 
jadi, apa kami lakukan? dia suggest untuk naik kereta 4WD atau buggy car sahaja sebab lebih mudah. nak berjalan kaki pun boleh tapi agak jauh sebenarnya untuk ke The Habitat. jalan sahaja makan masa dalam 30 minit. kalau naik kereta hanya makan masa 5 - 7 minit sahaja. 
 
apa yang menarik dengan The Habitat ni, harga tiket yang korang bayar tu sudah include fee untuk tour guide. so, siapa yang nak berjalan sambil tengok binatang liar di situ, aku recommend korang pakai tour guide ni. dia akan tunjuk dekat mana binatang tu berada. kalau sendiri pun tak apa. tak ada masalah pun. memang besar tapi just follow the path okay. 
 
subhanallah, seronok berjalan dekat The Habitat ni. sebab semuanya serba hijau (of course). sambil berjalan, ada kami nampak satu tempat di mana diorang ajar untuk tree climbing. aku tak pasti aktiviti tu ada harga lain atau semua boleh mencuba. tapi masa tu tengah construction. jadi, tak dapatlah nak merasa. 
 
amysyeera
sesuai untuk private event

amysyeera

amysyeera

amysyeera
 
kami berjalan dan berjalan sehingga terjumpa satu swing besar. yes! inilah yang aku tunggu dari haritu. siap pujuk dia untuk masuk The Habitat ni. aku ajak dia main swing ni sebab nanti kami nak pergi satu swing yang lagi extreme. haha so ambil mood sikit sebelum pergi ke sana. semoga dipermudahkan perjalanan. aamiin. 
 
amysyeera
di Crest tu

 
agak panas juga walaupun berangin sebab dia tinggi kan. so aku suggest bawa payung or topi bagi korang yang tak tahan. dah puas bergambar, kami turun semula ke bawah dan lepak minum sekejap di cafe yang tersedia. sedap juga matcha latte dia. nyum nyum... oh, dekat sini pun ada toilet. jangan risau. 
 
amysyeera
 
okay, untuk sesiapa yang tengah bercuti and tak tahu nak pergi mana, boleh la datang ke sini bersama keluarga. makin banyak attractions yang ada. ada tempat boleh pegang binatang exotic macam ular. err.. ada love bridge, ada The Habitat, ada train lama. macam-macam lah.
 
Admission fee untuk naik Bukit Bendera dan The Habitat lain tau! please take note of this. and please bawa IC masing-masing.
 
itu sahaja. have fun! adios~
 

7 comments :

  1. ritu pegi the habitat ms teambuilding...hujan lebat tak bole nak naik crest tu da...sedih

    ReplyDelete
  2. Dah banyak kali juga baca The Habitat ni. Teringin sangat nak pergi sini dan juga Penang, in general. Bila entah nak sampai T_T

    ReplyDelete
  3. Seronok bercuti, Saya orang Penang pun Tak masuk lagi The Habitat hahaha

    ReplyDelete
  4. baca baca sampai bawah pastu musykil sape dia ni. pastu baca balik atas. pastu ni sedara ke sape. hahaha. kenapa xde efg dah, kalau x boleh korek ni sape dia tu. keeee lela je yg tertinggal ni.

    ReplyDelete
  5. ehem ehem eheeeeeem ehehe.. sesuai laaa lovebirds pegi lock lock love kat sana. i yang single ni ahahaha.. tatau nak lock apa ahaha.. last pergi The Habitat tak bukak lagi. dok nampak construction bagai. tapi kalo bawak satu family mahalnya rege tu.. nak kena plan every 4th Sunday kalo tak ranap duit. hehe.. tapi cantik la berbaloi =D

    ReplyDelete
  6. ehemmm duduk tu jarak sikittt hahahaha. wahh macam best je the habitat ni. nak ajak umi abi lah. tapi tak tahu la bila kihkih.

    p/s: jemput jojn segmen blog kc kak amy cyg :D

    ReplyDelete

hello dear ! thanks for dropping by. i'll make sure to reply asap !

My Instagram

Copyright © The Minimalist Traveler. Made with by OddThemes