Travel ke Bali 5H4M | Nusa Penida Island

By Amy J - 10:00:00 AM

assalamualaikum and hello lads! ha kalau korang biasa tengok gambar-gambar di Bali, pastinya salah satu yang menarik perhatian orang ialah Nusa Penida Island. kenapa? apa yang ada di Nusa Penida tu? okay, mari aku cerita. kalau ada bajet, cubalah datang ke Bali and lihat sendiri depan mata :)
 
amysyeera

Travel ke Nusa Penida Island

6:30am
Grandmas Plus Seminyak Hotel > Sanur Beach


memandangkan Sanur tu agak jauh dari Seminyak, jadi kami bergerak awal. lagipun bot semua akan bergerak pada pukul 8:30 pagi mostly. better pergi awal dan balik pun awal kan. dapat explore banyak tempat di Nusa Penida tu. 

pada awalnya kami ingat nak try pergi sendiri. tapi bila dah fikir panjang, kami decide untuk pakai tour guide sahaja. agak mahal sebenarnya kalau pakai tour guide ni, tapi serious cakap, berbaloi sangat ambil pakej ni daripada pergi sendiri. kenapa? ha, baca seterusnya di bawah okay. 
 
pakej Nusa Penida Island Pak Yanto : RP850,000 (include lunch, driver, boat transfer, hotel pickup)
sampai sahaja di Sanur, kelihatannya sudah ramai orang sedang menunggu turn untuk naik bot. kami pun turut sama menunggu di situ sampailah jam 8:30 am. oh aku nak ingatkan korang one thing! ingat tau. 
 
amysyeera

amysyeera
 
kalau nak pergi Nusa Penida, better pakai kasut bersesuaian. tolonglah jangan pakai HIGH HEELS or BOOTS. better selipar or kasut yang korang sanggup basahkan. sebab nak pergi bot dia, kita kena redah air pantai dulu baru naik. hahaha. aku dah lah dengan baju ala-ala Superman terbang dia. dah kena ikat bagai, buka kasut sebab tak nak basah. LECEH! please ingat ni okay.
 
amysyeera

amysyeera

amysyeera
 
perjalanan mengambil masa selama 1 jam. lama kan. sebab ni bukan speed boat. kalau nak speed boat, boleh lah bayar lebih sikit. patut tak korang stay sini lama-lama as in 2 hari? no lah. nak stay boleh tapi jangan bawa luggage k. bawa simple bag je. leceh betul aku cakap. rugi tenaga. 
 
akhirnya sampai juga. kami berkenalan dengan driver kami. iaitu Yoga. dan kemudian kami terus bertolak ke destinasi pertama. 
 
okay, ni aku nak cakap kenapa better naik kereta yang ada driver daripada naik scooter or drive sendiri. SEBAB SINI JALAN DIA TAK BERTURAP. haha. kau boleh bayang tak masuk dalam kampung yang betul-betul pedalaman. dengan jalan sempit. bila setiap kali berselisih dua kereta, rasa macam nak masuk gaung je kereta ni. lepas tu melambung lambung kereta sebab banyak lubang. jalan tak rata kan. balik tu memang sakit kepala sakit badan. T__T
 

Kelingking Beach

amysyeera
 
walaupun jalan nak ke semua attractions di sini sangat tak menyeronokkan, tapi pemandangan dia subhanallah. lawa sangat. ini first destination kami. nak ambil gambar dah tak lawa sebab matahari dah makin naik. 
 
kalau korang perasan, rupa Kelingking Beach ni sama macam kepala Dinasour. haha. nak turun boleh. tapi kena hati-hati. dia bukan macam jungle trekking kat dalam hutan tu tau. trek nak ke bawah pun tak ada enough safety. so turun at your own risk. perjalanan nak turun bagi orang biasa hiking ialah 1 jam. tapi bagi kita 2 jam. belum naik lagi. aku turun 1/4 je lepas tu give up. HAHAHAHA. 
 
memang lawa. haha. okay, stop cerita, aku tunjuk sahaja gambar-gambar di tempat-tempat ini okay. 
 
amysyeera

amysyeera

amysyeera

amysyeera

amysyeera

Broken Beach

amysyeera

amysyeera

amysyeera

amysyeera

amysyeera

amysyeera

Angel's Billabong

amysyeera

Crystal Bay Beach


 
Crystal Bay Beach ni boleh mandi. tapi aku dengan dia tak bawa baju mandi jadi kami berehat sahaja di bawah pondok. sambil cuci mata. haha. sini pun lawa cuma macam tak worth it je nak mandi. panas bak hang. tapi ada orang Malaysia tu kata nak try snorkeling memang best. sebab boleh nampak clear ikan-ikan dalam laut tu. 
 
itu sahaja. kami pulang pada pukul 4:30 petang. masa bot bawa tu, melambung lambung. adoi, tiba-tiba terus jadi sea sick. nasib baik 30 minit je perjalanan. balik tu serious pening kepala. memang keluar kejap makan pizza then kami berehat di bilik hotel masing-masing.
 
post signature

  • Share:

You Might Also Like

4 comments

  1. Cantiknya Nusa Penida ni. Selalu tengok gambar dekat IG orang lain pun nampak cantik :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang lawa sangat dekat sini Farah. you should come here someday :D

      Delete
  2. cantiknyaaa view kat sana Amy..!! sesuai la orang nak lovey dovey. duduk
    kat tebing tepi laut tu ada rindu rindu Sydney x ? hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahahaha sebab rindu la ada bergambar ala2 macam sydney tu

      Delete

hello dear :) x salah pun baca sambil komen kan.