Travel ke Bali 5H4M | Seminyak

assalamualaikum and hello lads! alkisahnya masa pergi Matta Fair haritu, dia ajak aku travel sekali. aku kalau bab travel ni memang laju lah mengikut. fikir punya fikir, akhirnya pilih tempat yang pernah menjadi impian aku untuk honeymoon. haha. sebab tengok ramai member honeymoon dekat situ. so nak try la juga. tengok gambar pun lawa. since Matta Fair banyak harga promosi, kami decide untuk beli tiket terus. bila dah beli ni memang rasa secure sangat. serious talk. mula-mula ada terfikir nak beli tiket di AirAsia. sebab AA biasa memang murah. tapi bila cek tarikh yang kami nak, and compare dengan flight lain, kami akhirnya memilih Malaysia Airlines.

seminyak


Travel ke Bali 5H4M 2018


satu sebab dua-dua harga almost lebih kurang. cuma bezanya, Malaysia Airlines sudah include makanan dan juga check in baggage. AirAsia tak ada. ingat tau benda ni. jadi, AA even murah, kalau korang nak makan and nak check in baggage, harganya makin mahal.

flight kami berlepas pada pukul 3 petang. duration dari Kuala Lumpur ke Bali makan masa selama 3 jam 30 minit. tapi kami bergerak awal ke KLIA sebab dia dapat dua tiket free Premium Lounge access. wuhuhu. excited lah juga sebab ini first time aku merasa duduk dekat Premium Lounge. tepat jam 11 pagi, kami dah tiba di KLIA. 

aku naik bas dari Terminal Bersepadu Selatan. rupanya dekat sini ada provide servis bas ke KLIA dan KLIA2. harganya cuma RM11.40 sahaja one way ticket. suggestion aku, kalau nak beli tiket di sini, better beli awal-awal. tapi kalau nak balik meaning dari KLIA ke TBS, beli dekat kaunter KLIA pun tak apa. sebab pergi sangat penuh tapi balik dalam 2-3 kerat je dalam bas. 

sampai sahaja di KLIA, kami terus check in dan menuju ke Premium Lounge. wow, memang best juga dapat bersantai dekat sini. feeling dia macam masuk Prince Court Medical Centre. seating dia memang banyak. macam-macam jenis. and ada yang menghadap kapal terbang. ada bar. ada tempat tidur sementara, ada surau. tempat tengok tv. cuma satu je yang aku tak berapa berkenan. makanan dia tak banyak jenis. cuma ada spaghetti dengan nasi goreng je masa tu. pastry pun ada. mini burger. pasembor dah sejuk. haha.







3:50 PM
KLIA Terminal 

tiba-tiba dengar panggilan kata flight kami delayed. aduhai. stress juga. duduk sahajalah kami sampai staff Malaysia Airlines panggil masuk. bismillahirrahmanirrahim. akhirnya kami naik juga dan berlepas dengan tenang. 

6:30 PM

Ngurah Rai International Airport


alhamdulillah. sampai juga kami di Bali, Indonesia. hati memang dah super excited. lambat juga nak tunggu beg sampai. 30 minit berdiri sahaja dekat situ. adoi. stress. baru sampai dah stress. lepas ambil beg, kami terus keluar untuk mencari teksi. dia kata kalau boleh, kita cari teksi yang warna biru sebab lagi murah. 

kalau korang nak beli simkad dekat sini terus pun boleh. tapi aku rasa agak mahal juga sebenarnya. jadi, kami decide untuk tak beli langsung simkad dan bergantung pada wifi hotel sahaja. keluar tu kan memang ramai supir menunggu. dia siap tawar menawar dengan pakcik teksi untuk dapatkan harga murah. memang mahal diorang caj wei. macam tak berbaloi pun ada. better pakai Grab. tapi malangnya kami ni tak ada internet. jadi, lepas tawar menawar, akhirnya dapat juga seorang yang boleh hantar kami ke Grandmas Plus Hotel Seminyak.

Teksi Ngurah Rai International Airport > Grandmas Plus Hotel Seminyak : RP200,000 ~ RM56

amysyeera


8:00 PM

Grandmas Plus Hotel Seminyak


sampai sahaja di Grandmas Plus Hotel Seminyak, kami terus check in di situ. bayar guna kredit kad sahaja. senang. tak perlu bawa banyak duit. kami pilih Twin Room setiap seorang. bilik dia memang best. sebab simple sahaja tapi kelengkapan semua ada. iron pun ada atas request. dinding dia siap ada motivation words and lukisan lagi. haha. yang penting bagi aku bantal banyak. memang sedaplah tidur sorang-sorang penuh bantal kiri kanan.

Grandmas Plus Hotel Seminyak : RM89 satu malam satu bilik

lepas mandi semua, kami keluar untuk mencari makan. awalnya aku bagitahu dia nak ke Made's Warung sebab ramai kata situ best. and restoran dia tak jauh dari hotel kami duduk. kami jalan kaki sahaja ke sana. tapi bila dah sampai, and cek menu. aduhai. ada pork pula. siapa entah review kata ada makanan halal. dia dah jadi ragu-ragu nak masuk. jadi, kami pergi ke tempat lain pula.


amysyeera


jalan punya jalan, akhirnya makan di restoran Indian Cuisine sahaja, Queen's Tandoor. jadilah sebab aku memang dah lapar sangat. dia pun tak sampai hati tengok muka 20 sen aku. tapi ini pun satu lagi. maybe ramai orang jadi servis agak slow. seat pun awalnya tak ada. jadi kami pilih seat yang menghadap jalan raya je. jadilah sambil makan sambil tengok traffic jam di Seminyak ni. 

kami order Roti Naan Garlic dan Aloo Mutter. harga RP225,000 untuk semua hidangan. mahal juga sebenarnya tapi nak buat macam mana. susah nak cari makanan halal rupanya dekat Seminyak. 

untuk pengetahuan korang. kami pilih Seminyak sebab kurang sikit crowds dia berbanding Kuta. sedangkan Seminyak pun dia punya crowded kalah dekat Sogo tu. ini lagi Kuta. tapi Kuta yang best, banyak kedai makanan halal. Seminyak susah. so, nak tak nak, terima jelah kenyataan ni. 

kenapa kami pilih Grandmas Plus Seminyak Hotel? 
1. Murah. memang murah dan menjadi pilihan traveler yang datang ke Bali
2. Dekat dengan pantai Seminyak. dalam 5 minit dah sampai pantainya.
3. Selesa. Tidur memang selesa dan dia provide various television channels.






malam tu aku cuma unpack barang dan berehat di hotel. esok pagi kami nak ke Tanah Lot Temple dan juga Uluwatu. kami sudah pun book scooter dari hotel Grandmas. bagi aku, boleh tahan murah lah juga harga. untuk scooter 120cc. 

okay itu sahaja. next time aku sambung hari seterusnya okay.
post signature

4 comments :

  1. Please sambung.. I nak pegi Bali ni . . hihi..

    ReplyDelete
  2. Not sure if I remembered it correctly tapi one of the shows that I watched mentioned yang Seminyak ni specialty dia babi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ye kee.. patut lah susah nak cari makanan halal. aduh, rugi x tengok show tu.

      Delete

hello dear ! thanks for dropping by. i'll make sure to reply asap !

My Instagram

Copyright © The Minimalist Traveler. Made with by OddThemes