Travel ke Bali 5H4M | Ubud

By Amy J - 12:30:00 PM

assalamualaikum and hello lads! untuk pengetahuan kalian, ini adalah entry terakhir untuk destinasi Bali. ye, tak lama pun aku berada di sana. kalau ikutkan banyak lagi tempat boleh explore di Bali. tapi masing-masing ada komitmen kerja so tak boleh berlama di sana. destinasi kami yang seterusnya ini adalah Ubud. tahu tak apa yang membuatkan Bali menjadi destinasi bulan madu aku? sebab Ubud. Ubud ni tempat yang sangat sesuai untuk nature lover. memang hijau sehijau hijaunya. haha. kawasan Ubud a lil bit different to Seminyak and Kuta.

amysyeera

Travel ke Ubud, Bali


8:30 am
Grandmas Plus Hotel Seminyak > Tetirah Boutique Hotel 

kami decide untuk book kereta dari hotel Grandmas juga sebab lebih murah berbanding di luar sana. perjalanan dari Seminyak ke Ubud mengambil masa selama 2 jam. tapi dengan driver yang mahir, kami sampai sana dalam 1 jam setengah sahaja.

kami nak tinggal di Ubud, bukannya balik hari. jadi, kami book hotel satu malam di sini. hotel kami stay ialah Tetirah Boutique Hotel. dia cadangkan hotel ni. harga agak mahal berbanding di Grandmas tadi tapi memang kami plan macam tu pun. aku travel memang akan ambil hotel budget pada hari awal dan hotel mewah hari terakhir. feeling dia memang lain. 

Tetirah Boutique Hotel ni best juga. walaupun tak luas tapi ada kolam renang, bilik tidur luas, interior design bilik air yang awesome dan suasana tenang. aku suka stay di sini. biasanya macam tu lah. hotel mahal stay 1 malam lepas tu menyesal sebab tak stay lama. hahaha. 

aku ada satu wish aku cakap dekat dia. since kami pergi masa raya, aku teringin nak bergambar di oversea pakai baju kebaya (baju raya). and dia setuju. dia pun bawa baju melayu sekali. hehe. tak sangka dapat juga pakai baju raya di negara orang. this dream seems ridiculed to certain people tapi bagi aku tak. biasa travel asyik pakai jeans je. nak juga merasa ayu.

kami decide untuk book scooter di hotel Tetirah sebab lebih murah. dah la scooter dia comel. haha. dia baru je sebut pasal Scooter Honda Scoopy tu. tak sangka dapat naik. cuma 110cc sahaja tapi kami bukan pergi jauh pun. 

tapi sebelum pakai baju raya, kami pakai baju biasa dulu sebab nak pergi mandi air terjun kononnya. alang-alang nak mandi air terjun, kami singgah makan tengah hari dulu. ramai recommend makan di sini sebab makanan dia sedap and environment dia menarik. jadi kami pergilah juga.

11:30 am

Bebek Tepi Sawah


amysyeera


masa kami sampai, Bebek Tepi Sawah sudah dipenuhi dengan orang yang kelaparan. nasib baiklah kawasan restoran sangat-sangat luas. sama ada korang nak duduk di atas kerusi dalam restoran ataupun duduk di wakaf. 

makanan ambil masa juga untuk sampai maybe sebab ramai orang kan. tapi penantian tu memang worth it! sedap wei. dah lah portion dia banyak. harga tak terlalu mahal. aku makan ikan karp manakala dia pula order ayam. tak rugi order. sambil makan sambil menikmati suasana hijau di situ. oh, Bebek Tepi Sawah ni halal tau. jangan kata aku ni memandai masuk tak cek halal haram ye.

amysyeera

amysyeera

amysyeera



2:00 pm

Tegenungan Waterfall 


amysyeera


air terjun ini menjadi perhatian traveler juga. maybe sebab cantik? jadi kami pun tak nak lepas peluang untuk tengok depan mata. agak dalam juga tempat dia. nak masuk situ kena bayar seorang RP15,000. then, turun tangga sebanyak 160 steps tak silap aku. sebab aku ada baca dekat situ, dia ada wish luck untuk orang yang nak naik balik atas lepas dah puas mandi air terjun. hahaha. memang penat wei! tapi berbaloi lah juga nak try tengok. 

yes, lawa lah juga tempatnya cuma certain tempat je boleh mandi. bagi aku macam tak berbaloi mandi sini. sebab banyak tempat diorang pergi susun batu. aku tak sure apa function batu tinggi susun macam tu. so, spoil sikit mood nak mandi. cuma bergambar sahaja dapat.

kemudian kami bergerak semula ke hotel untuk salin baju. sebab nak pergi Tegalalang Rice Terrace. tempat ini menjadi tumpuan para pelancong sebab bukan senang nak tengok kawasan sawah padi berbukit macam ni. dekat India ada satu juga. Malaysia aku tak pasti ada ke tak. kalau ada, aku nak pergi.

amysyeera

amysyeera


4:30 pm

Tegalalang Rice Terrace


amysyeera

amysyeera


masa kami sampai tu, matahari tak ada. jadi, gambar tak berapa lawa. sedih juga. haha. nak masuk situ kena bayar tau. RP10,000 seorang. tak mahal pun. tapi dekat bawah ramai yang minta donation before masuk. ada satu tu ikut kehendak nak bayar ke tak. tapi satu lagi dia pergi halang laluan selagi orang tak donate. hahah. jadi donate sahaja apa yang kami ada.

dekat sini jugalah kami try naik buaian tinggi tu. buaian ni hanya mendapat support dari dua pokok kelapa tau. scary juga tapi yang kami naik ni dikira paling rendah sekali ketinggian dia. harga di sini hanya RP50,000. tapi kalau yang paling tinggi sekali boleh cecah harga RP500,000 tau! berbaloi or tak? memang berbaloi! rugi kalau tak cuba. ambillah gambar sekali. this would be your once in a lifetime experience. nak cari dekat Malaysia agak susah. maybe tak ada langsung. jadi, cubalah okay.

aku ni dah lah gayat hahaha. awal-awal tu menjerit juga lama-lama rasa seronok. sebab rasa macam bebas je. dekat bawah siap ada sawah padi kan. aku siap cakap stop pun dia still hayun aku. hahaha. nak naik seorang boleh, berdua pun boleh.

amysyeera

amysyeera

amysyeera
muka banyak happy sebab one of wishlist tercapai :)

 

amysyeera

akhirnya hari dah menginjak ke senja, kami pun beransur pulang. tak perlu lama-lama pun kat situ. orang pun ramai. jadi nak ambil gambar tanpa ada kelibat manusia agak susah. kemudian, kami bergerak pula ke Starbucks coffee. sebab orang kata kawasan Starbucks sini agak berbeza.

harga minuman dia sama je macam kita. cuma yes, kawasan memang lawa. Indonesia ni kedainya banyak meletakkan ciri-ciri tradisional termasuklah airport. Malaysia maybe lebih mengutamakan futuristic features? siap boleh santai-santai minum dekat kawasan luar sambil tengok Kecak Dance di restoran sebelah.

then, balik dan berehat sahaja di bilik masing-masing. esoknya pulang semula ke Malaysia. okay, itu sahaja yang aku nak share pasal Bali. kalau ada bajet mencukupi, try la sekali datang ke sana dan merasa sendiri.

terima kasih banyak sebab sudi baca entry Bali ni. aku doakan korang yang tak pernah travel dapat merasa at least sekali seumur hidup. it's so worth it. i promise you.

adios~


post signature

  • Share:

You Might Also Like

6 comments

  1. seronoknyaa. teringan nak naik buaian tu yg 50k pun jadi lah hahaha. tapi tgk gambar pun dah terasa gayatt

    ReplyDelete
    Replies
    1. seronok! nanti try la. berbaloi sangat walaupun gayat. hehe

      Delete
  2. Tak tahu pula kat tempat sawah padi tu ada buaian juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita pun masa sampai sana baru tahu kwujudan buaian dekat situ

      Delete
  3. memang truja tengok gambar Amy naik buaian tuuu walaupun akak ni gayat sket2 tapi rasa macam nak cuba jugak. and best tu kalo dapat berkubang kat air terjun tu.. hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak best pun nak berkubang kak. sebab air dia cetek je

      Delete

hello dear :) x salah pun baca sambil komen kan.