Travel ke Bali 5H4M | Tanah Lot Temple & Uluwatu Temple

assalamualaikum and hello lads! ha, sementara segala memori masih ada dalam ingatan. aku nak sambung cerita aku semasa berada di Bali. sedar tak sedar sudah masuk hari kedua aku di Bali. aku dengan dia dah keluar dari bilik masing-masing seawal jam 7:30 pagi. haha. punya semangat kan nak explore Bali. jom baca kisah kami di Tanah Lot Temple dan Uluwatu Temple.

amysyeera

Travel ke Bali Indonesia 5H4M


7:30am
Grandmas Plus Hotel Seminyak

masa turun ke kaunter, kami request scooter yang dia dah book semalam. rupanya pukul 9:30am barulah servis scooter dibuka. hahaha kelakar pula. dengan masa yang masih ada, kami pun berjalan di sekitar kawasan hotel tu. apatah lagi pantai Seminyak hanya 5 minit sahaja dari hotel.

pantai Seminyak ni berbeza sungguh dengan expectation aku. apa yang aku bayangkan, pantainya biru dan lawa. tapi tak adalah lawa mana pun. pantai penuh dengan anjing. aku tak ada masalah sangat dengan anjing ni. cuma takut dia buang najis merata. dah kita terpijak pula. tapi ombak dekat sini memang serious besar. takut wei. hahaha. nampak juga ada yang tengah surfing. cuma tak ramai. maybe sebab air tengah surut. 

puas berjalan, aku dengan dia patah balik untuk cari makan. perut dah lapar kena isi before bergerak ke Tanah Lot Temple. berbekalkan maps, akhirnya kami sarapan di Puri Cendana resort. dekat je dengan hotel. since dia je yang buka awal-awal macam ni, kami order la terus. 
Hot Coco, Hot Coffee dan Tuna Sandwich : RP90,000

amysyeera



9:30am

Grandmas Plus Hotel Seminyak > Tanah Lot Temple


okay, ini suggestion aku. nak book guide boleh tak ada masalah. cuma lebih mahal sahaja harganya. lagipun jalan sini tak luas macam dekat KL. dia dah macam jalan kampung. sebab tu korang akan nampak lebih ramai traveler yang menaiki scooter berbanding kereta. JAMMED! lagi kalau berselisih dengan bas.

rent scooter ni bukan ikut kepala tapi ikut satu motor sahaja. kami book terus dari hotel sebab lebih murah. and senang nak menyelit hahaha. memang betul. best wei naik scooter. cuma sakit pinggang sikit kalau perjalanan dia lama. jauh tau nak pergi Tanah Lot Temple tu. makan masa 1 jam 30 minit.

here we goo..

11:00am

Tanah Lot Temple



amysyeera

sepanjang perjalanan nak ke Tanah Lot tu menarik juga. rasa macam berada di Kedah. banyak bendang. orang duk main layang-layang. wei memang tinggi bak hang.. sebab angin memang kuat dekat sini. ada juga yang jual minyak motor tepi jalan. boleh je nak beli. tak ada masalah pun. aku tak pernah naik scooter jauh macam ni so it's quite an experience. 

footnote: kalau tengok meter minyak motor tu tinggal 2 bar, isi sikit je pun tak apa. kami pergi isi penuh since perjalanan haritu sangat jauh, tapi dia tak makan banyak pun. rugi wei rugi hahaha. jangan risau. ada je nanti stesen minyak. 

nak masuk Tanah Lot Temple ada bayaran. tapi tak mahal pun. RM6.40 satu scooter termasuk bayaran parking. nak berjalan masuk ke temple tu jauh juga rupanya. kena lalu kedai-kedai dahulu. bagi aku tempat ini biasa sahaja. ramai sangat orang. tapi view laut dia memang lawa. kalau ikutkan boleh lalu dekat temple tu tapi kena tunggu air surut. since air pasang, jadi kami mampu tengok dari jauh sahaja.

amysyeera

amysyeera

amysyeera

amysyeera

amysyeera

amysyeera



aku sempat beli beg dekat sini. beg rotan yang famous tu. not bad jugalah design dia. tapi aku tak beli banyak sebab beg aku kecik comel je bawa ke Bali. hahaha. then, kami teruskan perjalanan ke kedai makan. nasib baiklah ada kedai Nasi Padang. kenyang juga lah makan before balik ke hotel. 

kalau ikutkan nak teruskan perjalanan ke Melasti Beach. sebab tempat tu memang lawa untuk fotografi. tapi dia dah penat. aku nak bawa tapi dia tak bagi. dia risau aku bawa dia yang berat. haha. dia tak tahu aku ni power bab merempit. tapi turutkan je apa dia nak. so habis makan kami terus balik ke hotel berehat. 

untuk pengetahuan korang, Tanah Lot Temple dan juga Uluwatu Temple adalah dua tempat yang sangat jauh. Tanah Lot terletak di bahagian atas Seminyak, manakala Uluwatu Temple pula terletak di selatan. perjalanan naik scooter memang agak lama dan sakit pinggang. that's why kami balik berehat sahaja. 

2:00PM
Grandmas Plus Hotel Seminyak > Uluwatu Temple

bagi aku, perjalanan nak ke Uluwatu Temple / Pura Uluwatu memang lagi best. sebab dia masuk hutan bagai. risau juga. tapi nasib baiklah pakai maps. aku tengok orang lain macam confident je bawa tak payah map apa. perjalanan ke situ pula ambil masa 1 jam 30 minit juga. bayangkan kalau straight dari Pura Tanah Lot tadi, dah jadi 3 jam atas motor. memang sakit lah wei. haha. 

3:30PM

Pura Uluwatu

amysyeera



nak masuk ni kena bayar. tapi murah sangat je. RM0.30 haha. tapi tu baru first entrance. sementara ada masa before pukul 5 petang, kami singgah minum dahulu. kenapa pukul 5? sebab masa tu baru lah kaunter tiket dibuka. jam 4:30 kami dah bergerak masuk. 

ha nak masuk sini ada second entrance pula. 

Pura Uluwatu First Entrance (parking?) : RP1000
Pura Uluwatu Second Entrance : RP30,000
Tiket Kecak Dance : RP100,000 

dah sampai sini rugilah kalau tak tengok Kecak Dance. Kecak Dance ni hanya akan start pada pukul 6 petang. tapi datanglah awal untuk beli tiket dan pilih the best seat. kami ambil seat yang boleh nampak sunset dari depan. lawa. serious. tarian kecak tu ambil masa selama 1 jam 30 minit. sementara menunggu masuk, kami sempat bergambar dulu. memang lawa! oh, jangan lupa pergi toilet dulu before tengok Kecak Dance. sebab nanti susah nak keluar. PENUH!

amysyeera

amysyeera

amysyeera

amysyeera

amysyeera

amysyeera

amysyeera

amysyeera

Nasi Pecel Bu Tinuk


habis tarian Kecak, kami pun pulang. hari memang dah gelap. sini cepat je matahari turun. since lapar sangat, kami singgah Kuta untuk makan kejap. jumpa Nasi Pecel Bu Tinuk. sedap juga. mana nasi pecel dia. dengan ayam goreng kaki sebelah hahahaa. harga untuk dua pinggan termasuk air teh o adalah RP99,000.




lepas tu kami singgah ke Hard Rock Cafe Kuta dan McDonalds Kuta pula. ye, memang crowded wei! kalau korang suka tempat macam ni, then inilah tempat best untuk korang stay. semua ada. kedai branded pun sangat banyak. mat saleh lagilah ramai. kat sini baru nampak orang Melayu. tempat lain tak nampak langsung. 

habis untuk harini. aku suggest korang tolonglah pergi Pantai Melasti Ungasan tu. dekat je dengan Uluwatu. dalam 20 minit perjalanan. memang lawa nak ambil gambar. tapi sebab tak banyak masa, kami tak dapat pergi.
 https://78.media.tumblr.com/d5a91ed13a1211bab58e28752689d0f0/tumblr_o1rkbv9EFM1uyb2iio1_1280.jpg






post signature

4 comments :

  1. jelesnya semua update gi jalan jalan!

    ReplyDelete
  2. bestnyyyyaaaaa..... ain belum penah sampai lagi ke bali...

    ReplyDelete
  3. Been reading a lot about Bali these past few days. Seronok je baca :D

    ReplyDelete

hello dear ! thanks for dropping by. i'll make sure to reply asap !

My Instagram

Copyright © The Minimalist Traveler. Made with by OddThemes