Trip ke Tokyo 2018 8H7M | Kos dan Itinerari

By Amy J - 11:03:00 PM

assalamualaikum and hello lads! Konnichiwa. ha, most of us memang dah lama teringin nak ke Jepun kan. aku sebenarnya terkecuali dalam kalangan kalian ni. aku tak berapa minat crowded cities. tapi since member baik dah ajak, and aku nak sangat cari negara yang ada salji, so aku turutkan sahaja dia untuk ke Tokyo. Kenapa Tokyo? sebab dia minat bandar macam ni. and ada satu tempat yang jual barangan murah. betul ke murah? yes, bagi aku memang murah even still mahal untuk kita beli lah. haha. contoh drone jual kat Malaysia RM5000. tapi dekat sana dalam RM3000 sahaja. yes, now you understand completely maksud murah tapi mahal. and now, without further ado, aku share kos dan itinerari ke Tokyo selama 8 hari 7 malam.

Kos dan Itinerari Tokyo 8H7M 2018




Flight

Malaysia Airlines KUL - NRT - KUL : RM1298

Accomodation

Palette Shared House, Takenotsuka : RM658 for 7 nights
FBH Fujisan Hostel, Kawaguchiko : RM221 for 2 per night

Tiket Train
1. Tokyo Subway Card : RM180 ~ JPY4,500 (khas untuk Subway train Toei/Tokyo Subway)
2. Pasmo card : RM250 ~ JPY6,250 (valid untuk semua tapi mahal sikit)

Tiket Bas
1. Shinjuku - Kawaguchiko - Shinjuku : RM140 ~ JPY3,500 (kami beli di kaunter bas)
2. Retro Omni Bus di Kawaguchiko (tiket ni valid for 2 days) : RM60 ~ JPY1,200


Hello 1010 Simkad (5GB kongsi dua orang) : RM75

Insurance AXA : RM34


Attractions | Tempat Menarik untuk Dikunjungi di Tokyo

1.   Tokyo Tower : JPY900
2.   National Museum of Emerging Science and Innovation (Miraikan) : JPY620
3.   Toyota Mega Webb
4.   Daikan Ransha
5.   Palette Town
6.   Leisureland
7.   Daiba Park (Rainbow Bridge)
8.   Kitanomaru Park
9.   Ueno Park
10. Nakamise Street
11. Tokyo Skytree (nak naik kena bayar)
12. Sumida River
13. Yoyogi Park
14. Tokyo Camii and Turkish Centre (solat dan fefeeling di Istanbul)
15. Tokyo Metropolitan Government Building (another option for Tokyo Skytree. free)
16. Shinjuku - Suehirotei : JPY500
17. Tokyo Dome 
18. The Imperial Palace
19. Nijubashi Bridge
20. University of Tokyo 
21. Disneyland / Disney Sea (cek website for price)

Attractions | Tempat Menarik untuk Dikunjungi di Kawaguchiko
1. Lake Motosuko
2. Kachi Kachi Ropeway 
3. Lake Kawaguchiko
4. Suicide Forest
5. Fuji Q Highland : JPY3300 (depends. cek website for more)



Restoran Halal

1. Curry House CoCo (beware, ada dua kedai. satu halal. satu tak)
2. Halal Wagyu Yakiniku PANGA
3. Chicken Man


selainnya, kami beli Brahim's sahaja. beli di kilang Brahim's lebih murah banyak.

Total Budget untuk 8 Hari 7 Malam di Tokyo dan Fuji ialah RM2,842.80 untuk seorang

Itinerari Tokyo 2018 8H7M


Hari Pertama

9:50 AM : Bertolak dari Kuala Lumpur ke Narita International Airport
6:30 PM  : Tiba di Narita Airport. Beli Tokyo Subway card dan PASMO card.
9:15 PM  : Check in di Palette Share House, Takenotsuka

Hari Kedua
9:00 AM  : Tokyo Tower
12:00 PM : National Museum of Emerging Science and Innovation (Miraikan)
2:00 PM   : Palette Town, Daikanransha, Venus Fort, Toyota Mega Webb, Rainbow Bridge

Hari Ketiga 
8:00 AM  : Kitanomaru Park
9:00 AM  : Ueno Park. Solat di Assalaam Mosque
1:15 PM   : Akihabara
3:00 PM   : Nakamise Street
5:00  PM  : Tokyo Skytree / Sumida River

Hari Keempat
9:00 AM   : Bertolak dari Shinjuk Expressway Bus Terminal ke Kawaguchiko Station
11:00 AM : Beli tiket bas omni. Check in Fujisan Hostel FBH
11:30 AM : Yagisaki Lake
12:00 PM  : Lake Motosuko
3:00 PM    : Kachi Kachi Ropeway
4:00 PM    : Lake Kawaguchiko
8:30 PM    : Watch Winter Firework (we were so lucky to watch this. so amazing)

Hari Kelima
8:00 AM   : FujiQ Highland
6:00 PM    : Bertolak dari Kawaguchiko Station ke Shinjuku

Hari Keenam
8:00 AM    : Yoyogi Park
9:00 AM    : Harajuku
12:00 AM  : Tokyo Camii and Turkish Centre
1:00 PM  : Tokyo Metropolitan Government Building
3:00 PM  : Shibuya (masa ni dah start snow, jadi kami terpaksa balik)
5:30PM  : Tokyo Dome
8:00 PM : Shinjuku - Suehirotei

Hari Ketujuh
- The Imperial Palace
- Nijubashi Bridge
- Ginza
- University of Tokyo

time ni aku sakit gastrik. so aku stay di rumah and my friends keluar bersiar-siar.

Hari Kelapan
Bertolak pulang ke Malaysia.



post signature

  • Share:

You Might Also Like

5 comments

  1. mudah-mudahan dapat ke Jepun satu hari nanti.. Aamiin.. :)

    (teringin sangat)

    ...

    ReplyDelete
  2. gambar kak amy jarang tak cun. heehehe. best dapat berjalan negara orang

    ReplyDelete
    Replies
    1. gambar Mieza pun sama la. haha.. thanks anyway :)

      memang best. nanti pergilah travel k.

      Delete
  3. Kita belum pernah jejak Jepun lagi. Boleh guna itinerary Amy ni sebagai rujukan untuk masa depan :D

    ReplyDelete

hello dear :) x salah pun baca sambil komen kan.