assalamualaikum and hello lads! sekejap aktif, sekejap tak. susah perasaan macam ni. haha. then, scrolling down pinterest and aku terfikir tentang kisah diri aku sendiri. untuk sesiapa yang tak tahu, aku alhamdulillah sekarang tengah bahagia. mungkin ada jodoh aku dengan dia. doakan kami ye. ada rezeki dapatlah merasa kahwin and ada family sendiri. kisah cinta kita ni atas aturan takdir Allah.

tapi bukan itu yang aku nak ceritakan. aku nak berkongsi tentang hidup aku pada masa dahulu. before I met him. tak pasti sama ada boleh membantu atau tak bagi yang masih single, tapi tak mengapa. aku share sahaja. dah lama juga tak menulis pasal cinta ni. since aku teruk sangat heartbroken dahulu. okay, meh aku cerita. tapi mungkin secara general. untuk menjaga hati masing-masing.
my first cinta monyet masa umur 16 tahun. aku kenal dia thru a good friend of mine. tapi memandangkan aku belajar di MRSM, aku tak banyak berbual dengan dia. seminggu sekali sahaja. bayangkan jumpa pun tak pernah. tapi 2 tahun aku setia dengan dia. sampai one day, dia senyap tak ada khabar berita. aku ingat lagi, masa tu aku di UTP. and facebook baru nak famous. perempuan yang memang power bab stalk orang ni, aku pun tak terkecuali. cari punya cari, aku akhirnya jumpa facebook dia. and bersama isteri. baru sahaja berkahwin :') sampai hati. lama aku setia. rupanya dia dah cari orang lain. tak apalah. aku meroyan satu hari je lepas tu aku okay. mungkin sebab sepanjang 2 tahun tu, aku tak pernah tahu sangat pasal dia dan famili dia. muda lagi kan.

20 tahun. i met another guy masa dekat UNITEN. dia tu pemalu orangnya. kami sekelas tapi kami cuma berbual menerusi Yahoo! Messenger sahaja. haha. akhirnya kami berbual juga secara depan. makin lama jadi rapat. macam-macam benda kongsi. tapi tak sempat nak luahkan perasaan, kawan dia buat prank dengan aku. kawan sekelas aku juga. since kami banyak berbual menerusi Yahoo! Messenger, dia pura-pura menjadi crush aku (ex crush? haha). siap confess kata suka aku. padahal orang lain yang type. it hurts me :') aku marah kawan dia. tapi dia minta maaf and sampai sekarang kami dah tak bertegur sapa. dia pun dah kahwin sekarang. alhamdulillah. i'm happy for him. tak ada jodoh. aku terima.
24 tahun. i met a guy. dia baik sangat. memahami aku. tapi dia busy sangat kerja. ada orang kata 'ala, tipu je tu kerja'. haha. jangan macam tu. bayangkan dia punya busy, sampai weekend nak date dengan aku, dia bawa aku pergi site kerja dia tu. tengok dia buat kerja, marah-marah pekerja kejap, lepas tu melepak depan site sampailah masa untuk aku balik. tapi busy macam mana, dia tak pernah tak message aku. tanya pasal life aku. setahun aku setia dengan dia. cuma bukan takdir kami. mak dia suruh dia kahwin dengan orang lain. aku marah juga dia. sebab dia tak pernah kenalkan aku dengan family dia. tapi bukan jodoh. and now dia pun dah berkahwin. aku dah lost contact terus. sekarang no longer feels anything.
ever since then, sejak brokenhearted, member aku suggest aku untuk join satu apps ni. okay, maybe some of you apps apa tapi aku tak perlu beritahu di sini. aku akui, sejak first time join, self esteem aku melonjak naik. tapi perasaan aku dah lain. aku jadi makin tak serious nak kenal dengan someone untuk jadi suami. aku nak suka-suka je dulu. penat nak kecewa lagi. seriously, seronok sebab ramai sangat aku kenal. maybe orang lain rasa takut untuk jumpa tapi aku tak. mana yang aku rasa okay, kitorang jumpa. tapi tipulah kalau kata perasaan suka tu tak ada. cuma aku guard hati baik-baik.
tapi bila kenal dengan ramai orang ni, aku rasa macam makin tak percaya ada ke lelaki baik dekat dunia ni. sampaikan masa tu aku ada boyfriend, aku end up flirting dengan lelaki lain juga. yes, jahat masa tu. tapi aku tetap buat. aku tak yakin dengan dia. and hati aku betul. he's a narcissist. korang pernah bercouple dengan narcissist? tahu tak betapa miserable nya hidup masa tu. masa tu aku betul-betul fed up and aku and aku buang apps tu. aku cuma keep in touch dengan yang lain je. sampailah satu masa, kawan lelaki aku tegur. memang hit me hard jugalah. sebab dia kata dia playboy dulu. dia cakap, kalau aku nak someone yang setia, aku kena jadi setia. aku buat macam ni, macam mana aku nak dapat lelaki yang baik.
lama aku menyepi. aku fokus travel dahulu. aku fokus kerja. family aku. tapi sejak tu, aku dah tak ada apa-apa expectation dekat lelaki. aku dah tak nampak diri aku kahwin dengan lelaki yang aku cintai. aku dah tak nampak bayangan anak-anak sendiri. aku penat. give up sungguh masa tu. mesti ada yang rasa macam ni juga. ada masa cemburu sangat tengok kawan lain dah kahwin. dah ada anak. murahnya rezeki korang yang tu. maybe benda ni aku nak sangat-sangat, for someone to love me. jadi benda tu jadi ujian paling besar untuk aku. maybe. who knows. sampaikan doa pun dah berubah. daripada minta dapat jodoh terbaik, bertukar jadi minta petunjuk andai kata tak ada jodoh di dunia.
then, hati dah sembuh balik, aku jumpa dia. sampailah sekarang.

masa dah sembuh balik hati ni, aku fikir balik kisah lama aku dulu. ada hikmahnya aku bertemu dengan diorang semua. untuk ajar aku jadi lebih sabar. lebih matang. lebih kenal apa yang lelaki mahu, apa lelaki tak suka. aku belajar untuk mencintai diri sendiri tanpa perlu validation dari sesiapa. dulu aku ada habit texting all the time like alll the time. lepas tu, aku biar lelaki je mula perbualan dulu. dia nak aku, biar dia usaha. aku malas nak kejar dah. haha. dulu hidup aku cuma untuk lelaki tu, lepas tu aku tak buat dah. aku ada hidup aku sendiri. aku nak travel dengan member. nak hangout dengan famili. walaupun susah untuk tak message tiap hari, aku ni dah lah CLINGY. tapi aku belajar slow-slow.
and setiap heartbroken stories tu, Allah dah atur elok-elok. mungkin itu sahaja caranya untuk aku finally meet my soulmate. Allah ada dengan aku sepanjang masa. untuk aku berdoa pada-Nya, minta yang baik-baik. mengadu pada-Nya. jaga hubungan dengan Allah before hubungan dengan yang lain. jadi, nasihat aku. janganlah merungut dengan setiap kisah heartbroken kalian. ye, aku merungut juga dulu. tapi jangan pertikaikan aturan cerita kita ni. ada sebab kita bertemu dengan setiap orang tu. sooner or later kita akan sedar hikmah di sebaliknya.
sementara tengah single ni adik-adik, spend your life buat something yang korang suka. yang korang tahu boleh achive benda tu. seriously, go travel. dalam Malaysia, luar negara. anywhere ikut bajet korang sendiri. you'll learn a lot of things thru traveling. aku jadi happy bila aku travel. aku balik and i become someone else. kumpul duit beli kereta. or beli rumah. or bawa parents berjalan. selain berkahwin, pasti ada impian lain juga kan. semua orang ada. go for it! jodoh tu akan datang sendiri dan masa tu kita fight for it.
doakan aku dengan dia k. :)

I've been reading your stories for years. Cuma a silent reader je. I'm so happy for you. All the best for everything amy! I really wish you all the happiness in the world hehe :)
ReplyDeleteawww.. thank you so much! tak expect dapat comment macam ni. in shaa allah. i wish you all happiness in this world too :)
DeleteNanti kalau jadi dengan si dia, please jemput :)
ReplyDeletehehe in shaa allah. nak hadiah dari Canada k :P
DeleteSemoga dipermudahkan jalan ceritanya..jodoh pertemuan Allah dh tentukan..all the best dear
ReplyDeletein shaa Allah mudah-mudahan. terima kasih :)
Deletesoal ni kena banyak doa. semoga yang terbaik untuk uols berdua =D
ReplyDelete