Cara Mengurangkan Jerawat Belakang Badan

By Amy J - 11:45:00 AM

assalamualaikum and hello lads! jerawat. jerawat. sedih juga kadang-kadang. jealous tengok orang lain muka flawless je sekarang. tak tahulah apa yang diorang pakai. last-last aku buat research sendiri. and try dekat badan aku. alhamdulillah, dalam masa sebulan, berkurang sangat-sangat jerawat di badan. sekarang memang dah tak ada. tinggal parut je. 
 
Image result for aiken moisturizer
 
Cara Mengurangkan Jerawat Belakang Badan
 
muka memang senang nak rawat bagi aku sebab kita nampak jerawat tu keluar dekat mana. tapi dekat badan agak susah. sebab kita asyik kena toleh belakang je untuk tengok mana dia muncul. stress juga kadang-kadang. sampai menangis pun ada. mana taknya, badan teruk sangat jerawat naik. akhirnya, buka Twitter dan aku jumpa solution. 
 
aku pergi Watson untuk mencari produk yang sesuai. cari punya cari, akhirnya jumpa dengan satu produk ni. Aiken Moisturizer. aku rasa Aiken Moisturizer ni kena pakai dekat wajah kita. tapi since wajah aku dah getting better alhamdulillah, aku decide untuk try dekat belakang badan pula. 
 
for a month aku keep on pakai, aku perasan perubahan pada belakang badan. dah memang tak nampak jerawat nak timbul! serious talk. ini bukan paid review. haha. alhamdulillah, syukur gila sebab dah tak ada breakout. siapa kata muka je ada breakout. rupanya kulit aku ni sangat kering sebab tu asyik naik je mak nenek jerawat ni. and now it's been 5 months. how do I know my skin is getting better and the products work out well? bila beautician sendiri yang notice and bagitahu aku. :)
 
then, untuk hilangkan parut jerawat, aku pakai Cosmoderm Vitamin E Cream. okay, bear this in mind. parut akan mengambil masa selama 3 bulan untuk pudar. jadi janganlah baru pakai sehari kau dah cakap, "MANA? TAK JADI APA PUN PAKAI." 
 
sabar adik-adik, sabar. nanti nampaklah perubahannya tu dengan izin Allah. berbanding dengan Bio Oil, aku prefer Cosmoderm lagi. tak expect lah produk ni membantu aku sangat-sangat. aku pernah je pakai Bio Oil tu, tapi memang sangat sedih tengok effect dia. sebab kulit aku memang dah berminyak, lepas tu tambah minyak lagi, so dia jadi tersumbat and taraa, jadilah jerawat bisul yang sangat besar and tinggalkan parut sampai sekarang. so siapa muka berminyak, better jangan pakai Bio Oil. neither face nor body. unless korang dah biasa and pakai memang menjadi. 

okay my first step would be mandi tu, aku pakai sponge instead of tangan. aku ni boleh dikategorikan sebagai moderate hygiene freak juga. so, aku akan keep on rasa tangan kotor apatah lagi nak sentuh badan dan muka. muka pun aku pakai facial machine tu. and i only use this shower cream. sebab kulit aku ni sensitized. so, pantang la salah sabun, memang merah badan.
 
Image result for aiken shower

then, habis mandi terus pakai Aiken moisturizer lepas tu Cosmoderm Vitamin E. alhamdulillah, memang sangat berkesan. cuma yang tak berapa bestnya bila Aiken Moisturizer tu sangat kecik packaging dia. bayangkanlah badan kita sahaja dah boleh cover 2 minggu sahaja moisturizer tu. terasa macam rugi tapi aku pakai bawa kebaikan untuk badan, jadi tutup mata and beli sahaja. maybe lepas ni nak beli yang besar pula. 
 
 
Image result for cosmoderm vitamin e oil
please take note. 15,000iu is for face, 30,000 is for body
sorry due to aurat reason, aku tak dapat nak share before and after images. maybe korang ada produk yang korang pakai berkesan juga di badan. meh la share sini. :)
 
adios~

post signature

  • Share:

You Might Also Like

7 comments

  1. Replies
    1. ha boleh lah cuba hehe.aiken tu pun x mahal mana. boleh beli dekat watsons

      Delete
  2. haiii, nice sharing. jemput singgah https://ailya-saffaa.blogspot.com/2018/11/where-chinese-doesnt-sound-right.html :))

    ReplyDelete
  3. kalau sha ada jerawat kat badan sha detoks badan dengan minum green tea! pastu mesti elok je haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha menarik juga idea tu. kita kena bersihkan dalaman juga kan. thank you :)

      Delete

hello dear :) x salah pun baca sambil komen kan.