Family Day di Ke Cabin by a Bungalow in a Village Semabok, Melaka

By Amy J - 8:43:00 PM

assalamualaikum and hello lads! as much as you know how I like to travel, it is because i come from a family who really loves it. tapi untuk travel luar negara satu family macam orang lain agak impossible sikit. sebab akan makan lagi banyak duit kan. besides, Malaysia has its own beautiful places to go. so, bila mommy cakap nak berjalan buat family day, kami berdua cari tempat menarik sampailah kami terjumpa satu facebook page ni. nama dia ke Cabin Semabok. cabin ni terletak di Melaka. ha molek sangat dah la tu kan sebab tak jauh dari rumah.

amysyeera

Ke Cabin by A Bungalow in a Village Semabok, Melaka


bila dah tetap tarikh semua, kami bergerak dengan dua kereta. nak masuk dalam cabin ni agak memeningkan juga sebenarnya. sebab situ ada banyak lorong, and bila dah masuk lorong betul, macam silap pula sebab kena lalu kawasan yang ada kilang. rupanya memang kena lalu lorong sebelah kilang tu untuk masuk ke dalam kawasan ke Cabin.

apa yang membuatkan kami tertarik untuk menginap 2 hari 1 malam di sini? kalau korang nak tahu, ke Cabin ni famous juga. sebab ada certain celebrities yang pernah bercuti di sini juga. and ada dua jenis penginapan di sini. sama ada korang nak tinggal di banglo (kalau family lebih dari 9 orang) ataupun cabin (maximum 4 orang). bagi aku, stay di cabin lebih best sebab a lil bit different dari rumah kita sendiri kan. since kami family of 9. so, kami ambil dua cabin. mujurlah still available. so lelaki stay di cabin bawah, kami di cabin atas (separate cabin)

amysyeera

amysyeera


depan cabin and banglo ni ada kolam tau! memang seronok budak-budak dapat berenang and main dekat sini. haha. kami berendam hujung-hujung je. cuma tak berapa best bila banglo ada orang menginap juga, so memang penuh kolam dengan kanak-kanak riang. nak mandi jadi segan. aku nak berjalan ke tempat lain pun bosan sebab kawasan agak terpencil. 

dengan harga RM250 untuk 1 cabin semalaman, kami juga dapat breakfast nasi lemak percuma. diprovide oleh owner ke Cabin. kalau korang bercadang nak ke sini, boleh lah mencuba sendiri. tapi bagi yang terasa nak masak sendiri instead of beli lauk pauk, better bawa portable cooking stove tu. sebab yang ada di kawasan ini cuma pantry kecil yang dikongsi untuk 4 cabin. peti ais dalam cabin pun tak ada. cuma di pantry sahaja. pinggan cawan ada provide. tapi better bawa sendiri kot. air mineral dia provide.

amysyeera

amysyeera


important note. 

cabin tingkat atas akan jadi SANGAT PANAS bila waktu tengah hari. and aircond macam tak ada function langsung seriously. sangat panas. tapi nak keluar ke tempat lain tak ada idea. cabin tingkat bawah lebih sejuk. tapi malam and subuh memang sejuk sungguh la. hahaa.

tapi yang paling best kat sini, nak tangkap gambar memang lawa. duhh, perempuan kan. hahaha. banglo dia pun agak besar dari luar. and ayah aku cakap berbaloi untuk sewa kalau datang ramai-ramai. ayah aku tu peramah, so dapatlah tengok kawasan dalam banglo sementara tak ada orang menginap dalam tu. haha. 

ke Cabin by a Bungalow in a Village interior design


dalaman cabin memang agak menarik. sebab luar memang kabin, tapi dalam berkonsepkan kayu. bilik air dia pun siap ada tingkap jernih yang boleh nampak luar tu. kalau pagi, bestlah mandi sambil tengok sunrise haha. kalau malam agak scary memang aku tak tengok atas dah. shower best air laju. sabun shampoo ada provide.

tv (Njoi channel) ada, tuala ada, satu queen bed, satu sofa bed, balkoni pun ada yang menghadap kolam. just nice. bilik pun bersih. cuma ada some part of lantai dah berlubang. maybe sekarang dia dah fix kan kot.

amysyeera



oh harga banglo pula as of November 2018, harganya satu malam RM900++. barbeku ada disediakan atas permintaan. caretaker pun ada stay di sebelah banglo di kawasan luar just in case you need anything. haritu ada sekejap takde air, so aku message dia. sekejap je dia settle kan hal tu. nasib baik.

okay itu sahaja so far. bagi aku worth to stay for 2D1N sambil berjalan-jalan di area Melaka.

amysyeera


amysyeera


adios~
post signature

  • Share:

You Might Also Like

0 comments

hello dear :) x salah pun baca sambil komen kan.