Konsert Semalam di Malaya di Dewan Filharmonik Petronas dan KLCC Sky Bridge

By Amy J - 8:39:00 PM

assalamualaikum and hello lads! sejak tahun 2018 ni, macam-macam benda baru aku dah buat. semuanya sebab ada dia. barulah terasa seronok nak buat aktiviti yang dah lama terpendam dalam hati kan. hahaha.. okay, enough cheesy talk. 



Konsert Semalam di Malaya di Dewan Filharmonik Petronas


alkisahnya haritu dia ajak aku tengok konsert Hari Malaysia di Dewan Filharmonik Petronas yang terletak di KLCC. aku yang sememangnya minat muzik memang takkan tolak lah ajakan macam ni. harganya agak mahal. tapi i assure you, it will be so worth it once you've watched it yourself. 

konsert Semalam di Malaya ni terdiri dari jemputan artis ternama seperti Aishah, Liza Hanim, Musly dan lain-lain. Orkestra diketuai oleh konduktor Ahmad Muriz Che Rose. tapi nak masuk dalam Dewan Filharmonik Petronas ni kena follow dress code dia tau. bukan sewenang-wenangnya pakai selipar biasa. tapi dah nama konsert sempena Hari Malaysia, aku pakailah ala-ala gadis melayu. haha. 



dalam konsert ni tak boleh rakam video bilamana event sudah bermula. so, tak dapatlah nak tunjuk dekat korang apa yang menariknya di dalam dewan tersebut. tapi bayangkan memang ambiance dia, fuh, i can't describe it with words. gema dalam dewan tu bila artis menyanyi, memang so powerful. aku rasa memang aku akan pergi lagi kalau ada konsert yang berkenan di hati. 

tak sangka di akhir konsert, baru kami tahu ada artis lain turut hadir untuk memberi sokongan kepada penyanyi Aishah, Liza Hanim dan lain-lain juga. antaranya ada Misha Omar, Hazami. 

habis je event tu, kami berjalan-jalan sekitar KLCC dulu sebelum masuk ke KLCC Sky Bridge pula. hehe. aku teringin nak tengok sunset dekat situ. tapi kena lah tunggu waktu maghrib. and tiket kena beli in advance tak silap aku. rupanya kena beratur juga nak masuk sky bridge ni. and setiap 10 orang akan jadi satu team with colors. sebab nak masuk dekat sky bridge tu ada masa yang limited. 15 minit dan 10 minit sahaja. sebab tu diorang guna colors in each team. 

 

pemandangan dari tingkat atas

harga satu tiket skybridge KLCC is RM80 for adult and RM33 for kids. 


post signature

  • Share:

You Might Also Like

2 comments

  1. wowww hehee i rs dulu i pernah masuk sini tp xingt betul ke x ..
    salam perkenalan....done follow u...jemput singgah my blog ya...

    ReplyDelete
  2. bestnyerrr..x pernah lagi pegi situ..hihi

    ReplyDelete

hello dear :) x salah pun baca sambil komen kan.