Movie Best di Netflix

By Amy J - 9:30:00 PM

assalamualaikum and hello lads! Netflix sejak dua menjak ni menjadi sebutan ramai orang kan. aku dahulu pun dah lama dengar pasal Netflix. tapi nak subscribe tu memang tak la sebab kena pakai duit kan. and ada banyak lagi benda aku boleh pakai daripada subscribe Netflix. sampailah kawan aku ajak join dengan dia. fikir punya fikir, berbaloi juga. boleh lah family aku layan sekali dekat rumah.

Image result for watching movie tumblr 

Movie Best di Netflix


korang bayangkan sangat banyak movies dalam Netflix tu. cakap sahaja genre apa. movie dari negara mana. semua ada. sampaikan tak tahu nak layan apa, asyik scroll je then layan movie lama. hahaha. yeah, that's me. Hindustan tu pun almost semua aku dah layan. jadi, berbekalkan apa orang review di Twitter, aku decide untuk tengok dan recommend pula pada korang. note that susunan movie ini tiada kaitan dengan paling best or tak. 


Forgotten (2017) - Korean Movie


Related image 
okay, seriously movie ni memang best! dia punya twist tu, i did not see it coming. cerita mengenai seorang lelaki yang berpindah ke rumah baru bersama keluarga dia. pada mulanya semua macam biasa sahaja rutin mereka. sampailah lama-kelamaan dia syak something weird happen to each of his family. abang dia kena kidnap. mak dia nampak suspicious. rumah dia macam someone else duduk tapi abang dia tak bagi tengok apa ada dalam bilik tu. memang mendebarkan.  

TAU (2018) - English Movie


Image result for tau english movie 

kalau korang peminat teknologi, korang wajib tengok movie ni. ada seorang lelaki (scientist perhaps), dia culik beberapa orang untuk dia jadikan lab rats dalam rumah dia sendiri. tapi rumah dia tu konsep smart house. semua dia design and create sendiri. siapa cuba lepaskan diri akan mati! mati in a horrible way. sampailah seorang perempuan tebusan ni, cuba berbaik dengan TAU tersebut. TAU ni macam orang (robot) kanan kepada lelaki jahat tadi tu lah. TAU has memories but doesnt have feelings. tapi dengan perempuan ni, tiba-tiba dia jadi lain. end up perempuan tu mati or tak? you should watch it. 

When We First Met (2018) - English Movie


Image result for when we first met

siapa suka chick flick movie? aku suka sangat layan movie macam ni, sebab simple je and tak perlu pening kepala nak fikir eh kenapa dia tu, eh kenapa dia buat macam ni. haha. ini pun salah satu movie yang santai sahaja. 

cerita dia pasal seorang lelaki yang dah lama jatuh cinta dengan kawan perempuan dia ni. tapi sayangnya perempuan tu dah berjumpa dengan kekasih hati sendiri. sampailah dia kecewa, dia pergi dekat satu photobooth and wish for something else. dia wish dia lah jadi pasangan hidup perempuan tu. and taraaa it didn't happened! asyik jadi serba tak kena sahaja. bila dapat dengan perempuan tu, hidup dia pula jadi macam yang dia tak mahu. so, apa jadi akhirnya? tengok sendiri!

The Kissing Booth (2018) - English Movie


Image result for the kissing booth

okay, ini juga salah satu movie chick flick. kisah dia pasal 3 orang remaja. 2 orang si lelaki dengan perempuan dari kecil sudah berkawan baik. and diorang create their own rules. one of the rules, tak boleh bercinta dengan adik beradik bestfriend. and guess what? hahaha. i think you'll know what happen. tapi seronok. a romcom movie. perempuan tu patut pilih sahabat atau crush dia?

The Invisible Guest (2016) - Spanish Movie (Contratiempo)


Image result for the invisible guest

movie ini pula pasal crime and drama. mengisahkan tentang seorang lelaki yang mengatakan dia tidak bersalah apabila dia didapati bersama dengan mangsa terbunuh dalam satu bilik hotel. so, siapa bunuh sebenarnya? masa ini dia dan peguam dia cuba found out the truth behind the stories. i love this movie. sebab ending dia dah nak ending baru aku tahu siapa orang tu. and siapa jahat, siapa baik. agak lama movie dia. tapi bagi aku worth to watch.

Zombieland - English Movie


aku ni dah berapa banyak movie zombie aku tengok. maybe sebab aku tak prefer ghost stories. tapi aku still nak rasa thrilled bila tengok movie, so aku decide untuk tengok movie zombie sahaja. antara banyak-banyak movie zombie aku minat, this is one them including Train to Busan and World War Z.

movie ini lebih kelakar and siap bagi tips lagi kalau berhadapan dengan zombie. hahaha. lebih santai and tak rasa stress tengok. pelakon dia pun terdiri daripada Jesse Eisenberg (Now You See Me) and Emma Stone (The Amazing Spiderman)

okay that's all for now. nanti aku share lagi movie menarik. maybe movie Hindustan pula. haha.

adios~


post signature

  • Share:

You Might Also Like

3 comments

  1. Biasa tengok movie di netflix. Feature best dia tunjuk movie yang berkaitan sangat membantu :D

    ReplyDelete
  2. Daripada list ni, pernah tengok Forgotten je.

    ReplyDelete
  3. Nak krismas ni lagi banyaaaak movies best keluarrr. Now ada christmas chronicles, nampak macam enjoyable.

    ReplyDelete

hello dear :) x salah pun baca sambil komen kan.