Travel Bajet ke Sydney, Australia | Sydney Fish Market

By Amy J - 1:00:00 PM

assalamualaikum and hello lads! apa khabar semua? pada para pembaca yang kerap bertanya pasal entry terakhir aku, aku minta maaf sangat sebab terlambat nak bercerita pasal ni. so, disebabkan terlalu malas, aku buat dahulu itinerary Sydney untuk memudahkan korang yang bakal berjalan di sana. 

Hari Terakhir di Sydney | Sydney Fish Market

tapi harini jadi sangat-sangat rajin sebab akt punya Lightroom dah okay and aku dah beli magic mouse (trackpad rosak sobs), aku nak teruskan entry ini tanpa lengah lagi.

hari terakhir kami terasa sangat pantas berlalu. kami punya flight Air Asia akan bertolak pada waktu malam. jadi, pagi tu kami dah check out dari Chippendale dan simpan luggage di Central Station. nak buat macam mana, mahal tak mahal, still kena simpan luggage. penat tau nak berjalan bawa luggage bagai tu. tapi macam silap besar sebab masa dah simpan barang, haritu juga lah aku pergi simpan payung dalam beg bagasi instead of backpack. aaaaaa... nantikan penjelasan aku sekejap lagi. 


kalau korang nak tahu, aku ada sahabat yang study Master di Sydney ni. tak expect pun akan bertemu dengan dia pada hari terakhir kami di sini. nasib baik juga dia perasan aku punya instagram post. jadi dia tegur dahulu. and kami pun berjumpa dengan dia di Sydney Fish Market. bagus juga ada dia. so ada juga tips kami minta dari dia. 

Central Station Light Rail to Fish Market Light Rail 
AUD2.20

sampai sahaja di Fish Market Light Rail, kami terus mencari Sydney Fish Market. yes, kena jalan kaki sikit. alah berapa minit sahaja pun. memang boleh nampak and bau Sydney Fish Market ni. hahaha.. besar juga. betul-betul view menghadap kapal. dan jumpa juga akhirnya Daus dekat situ. dia tolong kami cari the best seafood dekat sini. wow, memang serious sedap! rugi kalau korang tak datang sini. harga tu bagi aku tutup mata sahajalah. ataupun boleh kongsi dengan member. 

amysyeera

amysyeera

amysyeera

amysyeera


then, lepas puas makan dekat sini, kami bergerak untuk ke Manly beach. masa ni naik feri! asyik naik light rail sahaja kan, nak juga try feri. Feri ke Manly Beach ini terletak di Circular Quay. jadi, kami naik train di Wenworth Park dan turun di Circular Quay.

Wenworth Park Light Rail > Central Station > Circular Quay Station
AUD 2.67

kat Circular Wharf (berdekatan dengan Circular Quay Station) ni ada banyak sangat jenis wharf. so, jangan tersilap pula hehe. sementara menunggu kapal untuk bergerak, kami sempat makan ais krim di kedai ais krim berdekatan wharf. tak sangka masa ni lah terjumpa orang Malaysia, okay, kami agak excited. hahaha.. sebab Sydney ni macam susah juga nak jumpa orang kita. Melbourne kak CT kata ramai. 

amysyeera

amysyeera
Circular Quay Wharf 3 > Manly Bay Wharf 1
AUD 7.51

Manly Beach


amysyeera



bagi aku, Manly Beach tak selawa Bondi Beach tu. or maybe cuaca mendung, so suasana pun rasa macam sepi dan dingin je. tapi Manly Beach agak different berbanding di bandar Sydney. terasa macam datang pekan. kami cuma berjalan masuk dalam market, dan singgah di kedai Pizza sahaja lepas tu beransur pulang. 


amysyeera


amysyeera


Sydney Opera House


memandangkan kami dah ke Sydney Opera House, since kapal turun di Circular Quay pun dekat sahaja, jadi kami berjalan balik di situ untuk mengambil gambar. tapi cuaca masih lagi mendung. risau juga kalau hujan. 





sampai sahaja di belakang kawasan Sydney Opera House tu, HUJAN!! hahaha. what an experience. baru je kami berjalan-jalan di taman situ. dah habis dari hujan renyai sampai kami berempat basah kuyup! nak berteduh dekat mana pun tak tahu. pokok pun boleh cover sikit-sikit sahaja. 

berlari dan berlari, hujan macam tak mahu berhenti, akhirnya kami buat keputusan untuk terus beransur ke airport. risau kalau lambat and jadi apa-apa. so, berpisah di situ dengan Daus dan kami yang kebasahan pun pergi ke airport. hahaha. aku masih ingat sampai sekarang pengalaman tu. 




dah sampai airport, barulah kelam kabut tukar baju. kak Zatie dah demam dalam flight. aku pun dengan stokin sejuknya sebab kasut basah. terpaksalah sewa selimut. haha. macam-macam pula jadi last day dekat sini. 

overall, memang rasa seronok sangat travel ke Sydney, Australia ni. banyak benda berlaku pada kami. dengan sesatnya, dengan hilang Opal Card nya, dengan hujannya. semua tu memang takkan kami lupakan sampai bila-bila

i hope you all have a great experience too masa datang sini :)

adios~

post signature

  • Share:

You Might Also Like

1 comments

  1. besnyer lah.. ^_^ xtau bila dpt jejlan kat sydney ...

    ReplyDelete

hello dear :) x salah pun baca sambil komen kan.