Menang Anugerah Site of The Month di MWA 2018

assalamualaikum and hello lads! alkisahnya haritu aku ke Pulau Pinang bukanlah setakat untuk jalan jalan cari makan. tetapi aku menerima anugerah Site of The Month untuk bulan Disember di Malaysia Website Awards 2018 yang berlangsung pada tahun ini. alhamdulillah, memang tak sangka dapat rezeki macam ni. walaupun tak sehebat mana macam blogger famous yang lain, aku perlukan recognition seperti ini. supaya orang tahu siapa disebalik amysyeera ini.


Anugerah Site of The Month MWA 2018


masa duk blogwalking haritu, aku buka blog kak CT Humairah. dan ternampaklah satu logo travel blogger award. aku cemburu juga sebenarnya. sebab aku nak juga ada award macam tu. haha. jadi, aku mulalah mencari segala jenis award yang terdapat di Malaysia menerusi Google. cari dan cari, akhirnya jumpa Malaysia Website Awards. nasib baiklah masa tu submission masih dibuka. jadi, tanpa lengah aku cuba nasib.

tapi bila dah submit blog sendiri, aku tidak dapat terima sebarang email mengatakan blog aku diterima untuk join contest tersebut. jadi, aku pun berdiam diri. sampailah satu masa aku terima email kata aku ni pemenang Site of The Month MWA untuk bulan Disember. memang terkejutlah! haha. bila cek semula dekat website MWA, baru nampak blog aku sendiri. rating yang aku terima tidak begitu tinggi. aku tahu kenapa. sebab SEO aku kurang di situ. tapi ada bagusnya juga. sebab aku tahu kelemahan aku di mana.

selama ini hanya menulis dan menulis. tapi bila nak jadi professional, kenalah dapatkan judgement dari golongan professional juga. disebabkan majlisnya berlangsung di Loft 29, Penang. jadi aku book la tiket keretapi ETS ke sana. haha. lagipun dah lama tak merasa naik keretapi. seronok juga. 

semasa di sana, rasa rendah diri jugalah sebab semua nampak hebat-hebat belaka sahaja. siap bersuit and tie semua. tema tahun ni ialah Black & Gold. memandangkan aku ni sangat suka gold, memang sentiasa adalah dalam koleksi pakaian warna ni. dengan kasut pun gold glitter tau haha. 

hadiah yang kami menangi untuk site of the month awards (personal, commercial, e-commerce) ialah trofi (beratttttttttt), sijil berserta kupon domain bernilai RM3600. fuh, banyak tu. alhamdulillah sangat-sangat rezeki Allah nak bagi. 

in shaa Allah aku akan cuba sebaik mungkin untuk jadi lebih hebat dari segala segi. korang pun boleh join tau! jangan lupa submit website korang di sini. >> MWA 2019

4 comments :

  1. Tahniah Amy! Been waiting for you to update about this after seeing your Instastories. Mula-mula ingat nak terus DM je ucapan tahniah tapi masa tu tengah mamai sebab baru bangun tidur. Haha :)

    ReplyDelete
  2. wahhh tahniah menang. its an honor for you to deserve this :)

    https://muhammadshahril97.blogspot.com/2019/01/alhamdulillah-im-back.html

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah..tahniah..amy..:)

    ReplyDelete

hello dear ! thanks for dropping by. i'll make sure to reply asap !

My Instagram

Copyright © The Minimalist Traveler. Made with by OddThemes