Awesome Canteen Sekeping Victoria, Penang

assalamualaikum and hello lads! pernah dengar tak tentang Sekeping ni? Sekeping ada di merata tempat. salah satu yang aku suka adalah Sekeping Serendah. agak menakutkan sebenarnya sebab dia berkonsepkan rumah kaca di dalam kawasan hutan. bangun-bangun pukul 3 pagi nampak .... haha okay gurau. tapi kalini aku jelajah Sekeping Victoria dahulu yang terletak di Pulau Pinang. apa yang menarik di Sekeping Victoria. maaf, aku tak boleh nak cerita mengenai tempat tidur mereka. aku akan bercerita tentang Awesome Canteen sahaja.

amysyeera

Awesome Canteen at Sekeping Victoria


apa kaitan antara dua ni? Awesome Canteen merupakan tempat makan yang terletak di bawah Sekeping Victoria. aku suka sangat-sangat ambiance dia di situ. berkonsepkan alam semulajadi dan mungkin grunge. kami tak tidur di situ sebab aku pergi bersama emak kak Situ juga. jadi kenalah pilih hotel selesa sedikit kan.

kalau ke Rollney bersama kak Situ, kalini pergi Awesome Canteen bersama kak Zatie juga. tempat ni sesuai untuk pergi bersama kawan-kawan. keluarga pun boleh juga. siap ada disediakan baby chair jika ada anak kecil. 

masa kami sampai tu, tak ramai orang lagi. oh, dekat kawasan sini ada dua jenis Canteen tau! jangan masuk yang The Canteen tu pula. tapi cari Awesome Canteen. dia ada pokok-pokok di depan kedainya. masuk dalam memang woww... aku suka suasana macam ni. sangat santai dan rasa boleh bernafas.

amysyeera amysyeera

amysyeera

amysyeera



kami minta staff dia recommend kan apa yang sedap di sini. staff situ memang mesra. siap cadangkan macam-macam lagi. jadi, setelah fikir punya fikir, kami order Awesome Fish and Mash (RM28.90) berserta Mushroom Swiss Cheese Melt Burger (RM21.90). tak ambil masa lama pun untuk siap makanan-makanan tu.

amysyeera
Awesome Fish and Mash (RM28.90) & Mushroom Swiss Cheese Melt Burger (RM21.90)

masha Allah memang sedap sangat!! especially Awesome Fish and Mash tu. korang kena try! istimewanya dia pakai sos buah naga. memang aku tak sangka kombinasi sos tu sangat sedap. burger pun sedap tapi macam burger lain yang kita rasa lah. 

Makanan : 8.5/10
Ambiance : 8.5/10
Servis : 8/10 

Halal ? : yes, kami dah bertanya dan dia memang halal. kedai juga tiada disediakan khinzir. 
Family Friendly ? : yes, family friendly. ada baby chair juga. tapi lebih sesuai untuk lepak bersama kawan-kawan
Lokasi ? : better naik Grab sebab susah cari parking
Harga : $$ . kalau nak murah macam kedai tepi jalan, memang tak ada di sini. 

ini pun tempat wajib korang datang kalau ada bercuti di Pulau Pinang. itu sahaja. selamat jalan jalan cari makan!

Nama Kedai : Awesome Canteen at Sekeping Victoria, Penang
Lokasi : 164A-B, Lebuh Victoria, George Town, 10300 George Town, Pulau Pinang
Operation Hours : Setiap hari 11 am - 10 pm kecuali Isnin tutup

ada satu lagi lokasi di Petaling Jaya. kalau rasa jauh sangat Penang tu, boleh cuba makanan Awesome Canteen di Petaling Jaya.

2 comments :

hello dear ! thanks for dropping by. i'll make sure to reply asap !

My Instagram

Copyright © The Minimalist Traveler. Made with by OddThemes