Jangan Main-Main dengan Alergi

assalamualaikum. normal tak untuk seseorang ada alergi? tidak kisah dari segi makanan, haiwan dan macam-macam lagi. korang ada alergi tak? aku tak pastilah kalau normal untuk semua orang ada tapi mostly memang akan mengalami kesakitan alergi ni. dan siapa sangka, aku baru sahaja dapat tahu aku ada alergi juga. oh no!!

Image result for sick tumblr

Alergi Bawa Maut 



tapi aku tak pasti aku alergi apa. sebab alkisahnya malam semalam ada majlis sambut hari jadi nenek dan sepupu-sepupu aku yang lahir bulan Januari. jadinya aku makan la semua jenis makanan yang ada umi and makcik-makcik aku masak berserta apa yang pakcik-pakcik aku bakar. satu set semua. ayam, kambing, udang semua ada. esok pagi tu jadi apa? MERAHHH. muka aku jadi merahhh dan jerawat kecil halus naik di sekitar dagu. sedih sangatt.. rasa merenyam sangat dalam badan. asyik meremang je bulu roma.

jadi, doktor bagilah ubat yang sepatutnya. aku ada tanya doktor juga, kalau macam mengidam nak makan sikit, boleh ke? doktor terus membebel. haha. doktor kata alergi jangan buat main-main. macam ni apa dia bagitahu. bila kita alergi, dan kita still makan, badan akan naik gatal. bila badan gatal, badan kita akan hasilkan antibodi. jadi, bila makan lagi dan gatal lagi, proses sama akan berulang sampailah satu masa antibodi kita terlalu banyak, dia dah tak boleh kenal mana satu sel badan kita sendiri dan mana satu yang bukan. jadi dia serang semua. sebab tu alergi ni BOLEH BAWA MATI. jangan main-main dengan alergi tau!! pleasee..

itu sahaja nak cerita buat masa ni. berjaga-jaga okay kalau kata ada alergi. macam best friend aku, bibir jadi bengkak. ha, bahaya sangat! mujurlah aku tak ada bengkak lagi. ni pun dah makan ubat, kurang sikit jerawat yang ada. and tak affect treatment aku buat haritu.

4 comments :

  1. Aduh... memang bahaya alergi. Lepas ni kamu kena hati2 makan makanan yang pantang ~

    http://www.busyratakiyudin.com/2019/01/dah-tahun-barukenapa-tak-tukar-template.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la kan kena hati2 sikit... tak boleh ikut nafsu nak makan semua benda.

      thank you. nanti saya singgah ye

      Delete
  2. Amy buat la ujian darah yang boleh tahu kita alergik dengan apa tu. Senang nanti for future dah tahu apa yang boleh dan tak boleh.

    Take care amy.. :)
    Cantik template baru..

    ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh boleh eh macam tu. baru tahu. okay2 nanti kita buat ujian darah. hehe. thank you kak Ain bagitahu :)

      thank you heeee

      Delete

hello dear ! thanks for dropping by. i'll make sure to reply asap !

My Instagram

Copyright © The Minimalist Traveler. Made with by OddThemes