Kesetiaan dalam Perhubungan

assalamualaikum and hello lads! aku minta maaf sebab cerita ini agak personal. aku nak pendam lama-lama pun susah sebab aku bukan jenis orang yang simpan segala benda dalam hati. jadi, ini antara tempat untuk aku luahkan dan pastinya bukan Facebook ataupun Twitter. eh, tapi ni tiada kaitan dengan hubungan aku sekarang. cuma nak meluahkan segala apa yang sentiasa berlaku di sekeliling kita sekarang ini. 

Image result for rh sin quotes

Kesetiaan dalam Perhubungan


setiap kali buka media sosial Twitter, aku selalu akan buka Twitter Ashrafariff tu. sebab dia buat CuriousCat tu. ramai juga yang bertanyakan macam-macam soalan pada dia. dan kebanyakannya tak masuk akal. aku percaya 70% daripada tu hanyalah cerita rekaan semata-mata. aku yakin. tapi sedikit sebanyak cerita diorang tu mempengaruhi minda dan hati aku juga. sebab benda tu pernah terjadi pada aku suatu ketika dahulu. 


sebelum aku berjumpa dengan si dia sekarang ini, aku pernah bertemu dengan beberapa orang lelaki. memang masa tu niat aku untuk cari jodoh. biarlah orang kata kenal dengan cara macam ni tak boleh dipercayai. tapi apa yang mereka katakan tu betul. aku cuma berani ambil risiko sebab aku yakin untuk jaga hati sendiri masa tu. aku ulang semula sejarah lama ni bukan sebab masih ada perasaan pada mereka tapi setiap kesakitan yang aku terima biarlah aku buat pedoman sampai bila-bila.

aku jumpa dengan macam-macam ragam lelaki. ada yang kenal lama tapi tiba-tiba menghilang. ada yang baru bertemu muka beberapa jam lepastu terus mendiam. ada yang lama berkenalan sehingga berpasangan, tapi rupanya di belakang di pasang lain. susah betul untuk jadi setia dalam perhubungan ni kan. hati aku jadi sedih sangat. sampai satu masa tu, aku betul-betul putus asa untuk mencari. dan bilamana putus asa, aku berjumpa dengan si dia. mungkin juga sebelum ini ujian yang Allah beri pada aku sebab apa yang aku nak sangat, Allah bagi tapi Allah tunjuk kenapa benda tu Allah simpan lama sebelum beri pada aku. maka bila nak cepat sangat, macam-macam ujian kena lalui.

aku ada baca juga seseorang bertanya. macam mana cara nak bagi lelaki setia dalam hubungan? dan lelaki tu jawab, 

a man will stay when he wants to say. regardless how much efforts you have given him.

setuju. tapi hakikatnya zaman sekarang ni,bukan sahaja lelaki ramai yang tak setia, perempuan pun ada juga. ada perempuan yang lelaki tu bayarkan segala yuran pengajian, tolong masa susah, sekali perempuan tu beralih kahwin dengan lelaki lain. ada perempuan yang sanggup pergi sampai ke negeri timur sana nak tolong boyfriend dia interview. tapi sekali dah dapat kerja, lelaki tu pasang lain. 

hati orang ni memang kita tak boleh jangka. aku takut sangat. bila takut, jadi overthinking. bila overthinking, syaitan memang suka sebab berjaya buat kita fikir buruk dengan pasangan masing-masing. i'm sorry dear. sometimes i overthinking things. but that was a long time ago. orang kata perempuan dengan overthinking ni memang tak boleh dipisahkan. apatah lagi bila sekarang makin ramai aktif di sosial media. tengok sahajalah berapa ramai lelaki berbadan sado (HAHAHA) dan perempuan berkulit putih mulus sibuk tayang gambar masing-masing. pasti ada hati akan terusik tengok kekacakan dan kecantikan mereka.

aku setuju juga. mungkin sebab dia banyak kali disakiti. jadi, bila ada seseorang yang betul-betul sayangkan dia, dia jadi pesimist. betul ke memang sayang aku. ataupun aku jadi tempat sandaran sementara dia sahaja sebelum dia jumpa seseorang yang dia cintai. semua perempuan yang pernah disakiti akan rasa benda ni. sampai satu tahap dahulu aku tak mahu kenal sesiapa dah. aku beli buku-buku R. H. Sin, baca dan menangis seorang diri dalam bilik. sebab every words he said kena dekat batang hidung sendiri. tapi maaf ye, buku-buku semua dah jual sebab aku tak ada perasaan sedih macam tu dah.

kita tak boleh nak jangka perangai orang. mulut kata lain, hati kata lain. bila orang cakap, memanglah. kau sayang dia sangat kenapa, dia belum suami/isteri kau lagi kot. korang tahu tak, kebanyakan lelaki aku jumpa dan kenal sebelum ni adalah suami orang? so tell me again. tak kisahlah dia boyfriend/girlfriend orang atau suami/isteri orang, dia akan setia bila dia betul-betul sayang orang tu. banyakkanlah berdoa pada Allah semoga hati pasangan kita sikit pun tak berubah. doa juga semoga hati sendiri tidak berubah. hati sendiri pun susah nak jaga. janganlah sebab perangai kejam seseorang, kita end up jadi macam dia juga. 

Image result for rh sin quotes loyal
credit to r.h. Sin

siapa pun yang baca saat ini, aku doakan korang mendapat pasangan yang baik dan setia dalam perhubungan. bukan mudah untuk menjaga satu hubungan tapi tak mustahil. macam apa aku share di Facebook beberapa hari lepas, youtuber itu kata toleransi main peranan yang sangat besar. ada kelemahan dia kekuatan kita, kelemahan kita pula ada kekuatan dia. jangan mudah sangat judge pasangan bila kita sendiri bukanlah sempurna mana. alhamdulillah, i've found one true friend and partner in crime (soon to be partner in life :) i hope you will too. perempuan yang baik untuk lelaki yang baik. didik diri jadi baik, setia dan boleh memahami pasangan okay. jadi pasangan yang boleh bawa diri dan bimbing keluarga ke syurga.

1 comment :

  1. Betul tu Amy. Bila baca posts dekat FB or tweets dekat Twitter tu, takut sangat. Like, how do people build a sturdy relationship kalau banyak sangat kisah-kisah orang curang sana sini.

    ReplyDelete

hello dear ! thanks for dropping by. i'll make sure to reply asap !

My Instagram

Copyright © The Minimalist Traveler. Made with by OddThemes