Makan Kurtos Kalacs di Rollney Penang

assalamualaikum and hello lads! cuti hujung minggu yang lepas, aku buat keputusan untuk ke Pulau Pinang. alang-alang dah ke sana, aku ajak blogger Penang, kak CT Humairah untuk turut serta sekali. memang seronoklah kalau berjalan beramai ni kan. sebab boleh jalan-jalan cari makan. ini semua kak Siti yang uruskan. aku bukan tahu menahu sangat pasal makanan menarik dekat Penang. yang dah tular di media sosial pun aku tak ambil perhatian sangat. ini salah satunya. Rollney Penang.

amysyeera

Rollney Penang


nak cari parking dekat kawasan Georgetown ni memang sangat mustahil. ikut tuah je. jadi, nak tak nak, ambil sahaja parking berbayar. asalkan tak pusing 10 kali sebab nak park kereta sahaja. Rollney Penang ni kecik sahaja kedainya. interior design dia yang berwarna putih buat aku rasa macam santai sangat. kita siap boleh nampak cari Kurto Kalacs tu dibuat. kalau nak tahu, hidangan dia bukan sudah sedia ada. bila kita order dan bayar di kaunter, baru masing-masing punya dia bakar.


amysyeera

amysyeera

amysyeera


Rollney Penang ni agak menarik makanan yang dijual. dia tertumpu kepada pencuci mulut sahaja. apa yang membuatkan Rollney Penang ni unik? ha, kalau nak tahu, mereka istimewa dengan hidangan Kurto Kalacs dan juga soft serve. masa kami sampai tu, ingatkan tak ramai. tapi sebabkan dia 2 tingkat, jadi agak lama juga giliran kami untuk Kurto Kalacs tu siap.

terdapat 3 jenis Chimney Cake yang berbeza. Golden Glaze, Cinnamon Sugar ataupun Coconut. topping dia ada macam-macam jenis. dalam 15 jenis rasanya. boleh pilih mana satu korang nak. nak 1 topping sahaja boleh dengan harga RM15.90. 3 pun boleh dengan harga RM17.90. aku pilih topping Lotus Crunch, Coconut Crunch, dengan Oreo Crunch. kak Siti pula pilih Lotus Crunch, Caramel berserta apa ye. sorry aku lupa.

Makanan : 7.8/10
Ambiance : 6/10
Servis : 6.8/10
Harga : 7/10

dalam 15 minit juga lah kami tunggu. lagi ramai lagi lamaaaa tunggu. tapi memandangkan dia buat masa tu juga, jadi kenalah sabar menanti. dia ada siap bagi buzzer tu, menandakan korang dah boleh ambil Kurto Kalacs korang sendiri.

amysyeera


akhirnya kami dapat juga! yeahhh.. menarik sangat Kurto Kalacs and soft serve ni. disebabkan dia sangat panas, cepat sahaja ais krim mencair. haha. usai ambil gambar masing-masing, kami terus makan. memang sedap tak dinafikan. lagi bila ada banyak topping. tapi agak messy jugalah makan. memang akan tumpah punya atas meja. bukan sahaja ada aiskrim dan topping tu, dalam chimney cake tadi dia isi conrflakes dan oat tau. menarik kan! maknanya memang penuh la. bukan kosong macam kon aiskrim tu.

amysyeera

amysyeera


korang kena cuba okay. bawa kawan-kawan datang sini. memang berbaloi. cuma servis sahaja lambat sebab dia buat on the spot. itu sahaja dari aku. selamat jalan jalan cari makan di Penang!

Halal ? : yes, halal.
Family Friendly ? : kurang sikit.
Lokasi ? : ada private parking berbayar dan jalan sikit untuk ke Rollney
Harga : $$ .

2 comments :

  1. Kalau tak tengok gambar betul-betul, orang mesti ingat ais krim biasa je.

    ReplyDelete
  2. That looks good *drool
    Harap-harap dapat singgah penang untuk kali yg terakhir sebelum grad nanti.
    Have a nice day!

    ReplyDelete

hello dear ! thanks for dropping by. i'll make sure to reply asap !

My Instagram

Copyright © The Minimalist Traveler. Made with by OddThemes