Monday, January 7, 2019

Larian Pertama BMW Wheelcorp Premium Charity Run
assalamualaikum semua. walaupun Januari baru sahaja masuk, aku tak ketinggalan untuk penuhkan segala hari dengan macam-macam aktiviti. one of them is fun run! sebenarnya dia yang ajak aku join fun run ni. sebab masa fun walk dekat Stadium Bukit Jalil haritu, aku cakap aku nak try join larian pula. malulah kalau asyik fun walk je kan. haha. tapi decided untuk ambil yang 4.5km sahaja. BMW Premium Charity Run ni ada dua distance. satu 4.5km, satu 10km. memandangkan ini kali pertama bagi aku, aku try yang pendek sahaja. 

amysyeera

BMW Wheelcorp Premium Charity Run 2019


BMW Premium Charity Run ni diadakan di Wheelcorp Premium Setia Alam. masa sehari sebelum run ni berlangsung, kami ambil kit di sana. apa orang kata, sambil menyelam kita minum air? haha. alang-alang dah ambil baju and bib number, kami bergambar lah sekejap dekat kereta bmw yang ada dekat showroom. weh, serious best naik BMW. rasa tak nak turun. HAHAHA. no wonder harga dia mahal berganda-ganda dari kereta aku. memang best. 

esok paginya, dia ambil aku di rumah, since flag off start pukul 7 pagi. kenalah gerak awal. mata memang mengantuk lah. tapi demi first run, kami gagahkan juga. bayangkan masa kami sampai, punya penuh kereta sampaikan buat triple park. mujurlah kami dapat park dekat area lain. still kena jalan jauh tapi kami sempat masa run tu bermula. fuh, memang ramai! serious. seronok jugalah. masa ni, orang yang join 10km dah berlari dulu. rasanya diorang 30 minit lebih awal.

kami start seawal jam 7pagi, kami habis pada pukul 7.40pagi. not bad lah for me kan. haha. dah sampai garisan penamat baru dapat medal. lawa gilaaaa medal dia. medal bentuk rim kereta BMW. berat pula tu. my first medal!! mahu tak excited. rasa nak join lagi. now i know kenapa most people addicted untuk join run. siap ada tolak stroller bawa anak. haha. cool la korang ni.

amysyeera amysyeera


bagi aku, worth sangat lah join run ni. 10k steps kami berjaya dapat haritu. woohoo! kot-kot korang ada join next run dekat area selangor or KL, roger-roger lah. kot kita terjumpa hehe.

balik tu melantak makan kambing bakar. haha. nanti aku buat review pasal makan pula okay!



adios~



post signature

Hey dear friends. Thank you so much for reading this story. Feel free to ask anything that comes to your mind in the comment below

2 COMENTÁRIOS:

  1. Kagum sangat dengan orang yang masuk run macam ni. Kalau saya, lagi suka tidur dekat rumah. lol

    ReplyDelete

hello dear ! thanks for dropping by. i'll make sure to reply asap !

Contact Me

Phone :

+60 192...

Address :

Seksyen U5, Shah Alam
Selangor

Email :

ameliajafri@yahoo.com