Tuesday, January 8, 2019

Makan Kambing Bakar di Cik Tri Sahara Eco Grandeur
assalamualaikum semua. siapa penggemar kambing bakar? haaa, aku lah salah seorangnya tu. pantang orang offer kambing bakar, aku beratur sekali berebut ambil. haha. aku rasa aku kahwin nanti pun macam nak cari pakej kambing bakar je. okay, dah terliur. back to our story, alkisahnya lepas aku dan dia habis fun run di Setia Alam, kami menuju ke Eco Grandeur yang terletak di area Puncak Alam. 

amysyeera

Restoran Cik Tri Sahara Kambing Bakar


Eco Grandeur ni dekat sangat lahai dengan UiTM Puncak Alam. sehari sebelumnya, kami try makan di Ink Library Cafe. nak buat review pasal tu, tapi makanan dia tak berapa menepati tekak aku. tapi aku suka suasana dia. for someone who are avid readers, di sini tempat menarik untuk korang santai-santai sambil baca buku and minum kopi :)

tapi yang menariknya bersebelahan kafe tadi ada satu restoran bernama Cik Tri Sahara Kambing Bakar. interior design dia sangat simple bagi aku tapi kemas and teratur. very family friendly. masa kami datang tu pun, ramai family datang makan bersama. 

amysyeera

amysyeera

kami order set kambing bakar sahaja. tapi set ni ada kambing bakar, nasi putih, kuah sup berserta air sirap / limau / . menarik kan! harga tak mahal pun. cuma RM15.00 sahaja. sepertimana korang tahu, kambing memang mahal. jadi bagi aku, harga ni agak berbaloi.




masa tak lama untuk tunggu makanan kami siap. portion kambing bakar memang cukup untuk seorang makan. sedap ke tak? sedap juga lah dengan rasa sos blackpepper dia. fuhh.. cuma rasa agak smoky sikit. tak dapat nak rasa sangat kambing dia. tapi daging dia lembut. 


amysyeera


bukan setakat ada kambing bakar set sahaja, ha tengok menu ni sendiri kalau korang berminat nak datang ke restoran Cik Tri Sahara ni. 

bagi aku, yang slack sikit dia tak ada sayur. maybe boleh tambah salad or timun lagi banyak kot. nampak fresh sikit set nasi dia. 

itu sahaja dari aku. 

Nama Kedai : Restoran Cik Tri Sahara Kambing Bakar
Alamat :
1. Persiaran Setia Utama, Alam Nusantara, 40170 Shah Alam, Selangor
2. Eco Grandeur Puncak Alam
Operation hours : 10 am - 11 pm daily
post signature

Hey dear friends. Thank you so much for reading this story. Feel free to ask anything that comes to your mind in the comment below

6 COMENTÁRIOS:

  1. Betullah, kena letak sayur gitu baru nampak fresh dan menarik makanan tu, tp kalau rasanya dah sedap, still berbaloi makan n bayar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe ye betul. takdelah mahal sangat harga dia. cuma letak sayur lagi sedaplah

      Delete
  2. Lamanya dah tak makan kambing! Bila baca post ni tiba-tiba teringin nak makan kambing T^T

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha awak patut try dekat lamb shepherd wangsa maju!! sedappp

      Delete

hello dear ! thanks for dropping by. i'll make sure to reply asap !

Contact Me

Phone :

+60 192...

Address :

Seksyen U5, Shah Alam
Selangor

Email :

ameliajafri@yahoo.com