Trip Ke Hatyai 3H2M Menaiki Bas

assalamualaikum and hello lads! alkisahnya salah seorang member Uniten aku ajak pergi Hatyai December ni. aku terkejut juga sebab random sangat dia ajak. hahahaha. tapi since aku pernah travel dengan dia masa ke Beijing dulu, so aku tak ada masalah nak follow ke Hatyai. Ana ajak Lai sekali which is my Uniten friend as well. semua itinerary kami cuba ubah mengikut citarasa kami based on blogs yang aku dah baca and reference dia sendiri. 

Trip ke Hatyai 3H2M Naik Bas


memandangkan kami dari Selangor, jadi kami buat keputusan untuk naik bas. Yes, naik bas agak mengambil masa which is 8 jam to reach Hatyai. another option would be by ETS. it's up to you guys. kalau nak cepat tapi mahal sikit, naik ETS. kalau naik bas, it will be much cheaper tapi lambat sikit. 

 
Pilihan 1 : Naik Bas dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS) ke Hatyai

amysyeera

Total return : RM112.00


Pilihan 2 : Naik Train dari KL Sentral ke Padang Besar

amysyeera

Return trip : RM204.00

 
kami ambil bas jam 11:59 malam. jadi sampai sana, sudah masuk waktu Subuh. memang just nice. sama macam aku naik bas ke Singapore haritu. sempat tidur dalam bas. ada tenaga sikit nak berjalan dekat Hatyai nanti. 

 
perlu tak insurans? it's up to you. kalau rasa in shaa Allah tak ada apa-apa akan berlaku, so tak perlu beli. macam aku, aku beli sahaja. bukan mahal mana pun. 

 
Etiqa Travel Insurance : RM26.05

 
JANGAN LUPA BAWA PASSPORT
 
dekat Hatyai ni mereka kata sangat banyak pilihan hotel murah. so, tak ada masalah untuk korang cari. tapi make sure lah dekat dengan bandar kan. kami pilih Kantana Apartment sahaja. dalam 1.70km sahaja daripada Kim Yong Market. untuk jimatkan perbelanjaan harian, maka kami berjalan kaki sahaja ke sana ke sini kecuali untuk Khlong Hae Floating Market. sebab perjalanan ke situ agak jauh.


14 Disember 2018


waktu 7 pagi, kami dah sampai di border Bukit Kayu Hitam. semua kena turun tapi luggage boleh simpan dalam bas sahaja. agak lama kami stuck dekat sini sebab ramai sangat orang nak masuk Hatyai. itu baru border di Malaysia. settle di situ, beratur di border Thailand pula. dekat 3 jam sahaja dekat situ. penat sangat-sangat. sambil tu berkenalan dengan akak-akak dari Malaysia juga. katanya dah biasa ulang alik Hatyai. wow, rajin diorang.


perjalanan mengambil masa selama 1 jam untuk ke bandar Hatyai. bas akan turun di depan office Alisan Golden Coach. perut memang dah lapar, jadi kami buat keputusan untuk makan tengah hari di Salma Restaurant. tapi sayangnya, ramai sangat-sangat orang dekat situ. and diorang baru nak makan. jadi terpaksa lah cari kedai makan lain.


amysyeera
siap provide selimutttt.. terbaiklah haha
amysyeera


Maliam Restaurant


kalau nak di compare kesedapan antara Salma dengan Maliam, Salma lebih sedaplah. tapi kalau penuh, korang boleh sahaja cuba di sini. diorang siap recommend apa yang sedap. aku suka staff kedai macam ni. sebab aku pun kadang tak tahu nak order apa. kami order memang banyak. harga dalam 1,000 baht untuk 5 orang. quite nice juga la. dalam RM25 seorang. ada Tom Yam, kailan ikan masin, telur dadar, ikan siakap stim asam, daging goreng, kerabu mangga dan air buah. memang berbaloi.


amysyeera


amysyeera



then, kami ikut haluan masing-masing. akak-akak tu ke hotel Sakol, kami pula ke Kantana Apartment. Naik grabcar dalam 80baht. honestly, aku tak berapa gemar dengan Kantana Apartment ni. satu sebab dia jauh, dua sebab staff dia tak faham English, third sistem booking dia mess up sampai kawan aku terpaksa tunjuk segala payment and booking bagai. kalau memang nak murah, this would be the perfect place. tapi aku takkan stay situ dah.


usai berehat seketika, mandi and solat semua, kami bergerak pula ke destinasi seterusnya. sebab masing-masing tengah segar, kami decide untuk berjalan kaki sahaja. ingatkan dekat. rupanya 50 minit kami berjalan kaki untuk ke sana sahaja. HAHAHHA. what an experience. dah elok mandi, berpeluh teruk balik. sakit kaki.


Khlong Hae Floating Market


amysyeera




ternyata apa yang kami baca dari website salah. aku ingatkan Khlong Hae Floating Market ni buka pukul 4pm. kawan aku pula baca tempat ni buka pukul 3pm. rupanya dia start seawal jam 1 petang. hmm, patut kami sampai dah penuh sesak dengan orang ramai. kereta pun jammed dah dekat situ.


bermulalah perjalanan food hunting kami. memang kena berebut untuk beli makanan. dah tak nampak mana barisan, mana bukan. banyak juga kami beli. dia ada dua tingkat, belah bawah tu mereka jual makanan dalam sampan. belah atas pula di dalam kedai/gerai. tapi di bawah semuanya makanan. korang kena cuba semua jenis makanan dekat situ! sangat recommended. kami beli Tom Yam Kung, and apa entah nama dia dalam Thailand, aku tak ingat. sorry, aku lupa nak ambil gambar nama makanan situ. harga pun tak adalah mahal sangat. air tembikar tu pun kena cuba. sedap and sejukkk je. tembikar tu boleh bawa balik. dalam buluh tu pun cool juga. harga dalam RM2/RM3 lebih satu.


di setiap tepi jalan berhadapan sampan-sampan tu ada tempat duduk untuk korang makan. tapi kena tunggu juga lah. sebab kalau masa tu ramai orang, duduk dekat tangga lah jawabnya. kami bernasib baik sebab Ana nampak kosong and dia dah cop situ dulu. dapatlah santai sambil tengok orang lain pula berebut makanan.


amysyeera amysyeera

amysyeera amysyeera


Asean Night Bazaar



amysyeera



malam tu kami bergerak ke Asean Night Bazar pula. tempat ni lebih kurang macam uptown Kota Damansara tu lah. cuma ada dua tingkat and lebih besar kot aku rasa. memang seronok bagi sesiapa yang suka shopping barang murah. aku pun tak ketinggalan beli barang and makanan dekat sana. kami singgah sini pada awalnya nak beli makanan je. sekali habis satu bazar tu kami pusing. hahaha. aku siap beli 2 helai baju and satu seluat culotte. 1 helai baju tu dalam 100baht = RM12 je wei! memang lawa. mahu aku tak tergoda. seluar pun sama.



amysyeera

amysyeera



bahagian makanan pula terletak di tingkat atas. masha Allah, memang ramai orang sungguh masa ni. berebut nak lalu kedai. banyak sangat pilihan menarik dekat sini! kami beli macam-macam benda. aku pun tak pasti apa nama dia. ada sotong goreng, udang galah bakar, pulut mangga, takoyaki, roti rainbow, air mangga, dan macam-macam lagi. semuanya murah. Udang galah tu harga untuk 5 ekor besar dalam RM24 sahaja.


15 Disember 2018


esoknya awal pagi lagi kami dah bergerak naik tuk tuk ke Dim Sum Chabura. kenapa sini? sebab ramai recommend. kami bergerak naik grab untuk ke sana. sebab jauh juga dari Kantana Apartment. bila sampai je, memang terkejut. sebab crowded! and tak ada tempat duduk. bayangkan punya penuh orang Malaysia dekat kedai tu. adalah dalam 10 minit kami tunggu seat kosong. so, kalau korang nak datang try makan di sini, bersabar sahajalah sampai ada yang dah habis ye.


amysyeera

amysyeera

amysyeera

amysyeera

amysyeera



bagi aku, makanan dia tak sesedap Dolly Dim Sum. biasa sahaja. kalau datang lagi sekali ke Hatyai, Dim Sum Chabura takkan ada dalam list aku dah. harga pun macam biasa sahaja. tapi kalau nak merasa restoran yang orang recommend, boleh sahaja. Dim Sum Chabura ni ada 2 cawangan tau. dua-dua bersebelahan 7 Eleven. kalau kiri penuh, try pergi kanan.


antara yang kami order ada dalam 14 bekas, bubur tom yam, bubur ayam 2, and banana split. sekali air total jadi RM85


Salma Restaurant



since hari semalamnya tak dapat merasa makan tom yam viral di Salma Restaurant ni, kami cuba nasib pada hari ini pula. mujur seat ada. tapi staff kata makanan tengah hari belum start lagi. mahu taknya, kami sampai situ pada pukul 11.30 pagi. so, sementara tunggu lunch hour, kami belek-belek menu. sampailah staff datang balik kata menu lunch dah open. HAHAHAHA. gigih kau tunggu. sebab nak merasa tom yam sahaja.



amysyeera

amysyeera



kami order banyak juga. ini antaranya. harga memang berbaloi. cuma kawasan restoran dia agak kecil. kalau lambat sikit sampai, dalam 12.30 tengah hari, memang beratur la korang sampai orang habis makan. so will I recommend this restaurant? yes indeed. Total kami makan di Salma adalah RM110.40 untuk 3 orang.


Hameed pun ada tapi MAHAL. so macam tak recommend sangat.


bagi sesiapa yang datang Hatyai tu, boleh la korang try makanan viral yang ada di sini. memang kerja kami pun makan je sampai tak cukup duit. hahaha. mujur bawa duit Malaysia juga. sempatlah tukar kejap dekat Money Exchanger. kalau korang datang hujung tahun, make sure bawa rain coat okay. or payung. confirm akan hujan sahaja!


itu sahaja. adios~


andddd.. kalau korang datang sini naik bas, inilah padahnya. hmmm

2 jam tunggu turn!



post signature

7 comments :

  1. Orang Malaysia kalau pergi Hatyai memang pergi makan je eh? Selalu nampak orang update pasal Hatyai tapi hampir semua mention pasal makanan je :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha itula daya tarikan dia yang utama. eeh pepandai jee akak.. rasanyalah gitu.
      akak pun rasa tertarik nak pegi sebab tengok food depa menggoda =P

      Delete
    2. ha'a, memang makanan je tarikan utama dia. bagi kita, dari segi attraction, memang tak la. pantai kita lagi cantik, cable car Langkawi lebih menarik.

      Delete
  2. adooooooooooooooi dia tayang gambar dia pi makan2 kat Hatyai laaa hahahaha..
    stresss i streessss !! hahahaha..

    ReplyDelete
  3. wishlist 2019 nih...tp terfikir agak2 cane la nnt nak bawak baby gi sana..heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahh, sempat tu g kak. kalau nak bawa baby, better naik kereta sendiri. naik bas leceh. tak pun, sewa tuktuk.

      kalau bab tempat makan macam tu, Khlong Hae la kena bersesak sikit. macam dekat masjid jamek or jalan tar tu

      Delete

hello dear ! thanks for dropping by. i'll make sure to reply asap !

My Instagram

Copyright © The Minimalist Traveler. Made with by OddThemes