Cara Daftar Kursus Kahwin di JAIS

assalamualaikum and hello lads! siapa sini dah ambil kursus kahwin? aku dahhh.. tapi ambil lagi sebab aku tak ingat apa dah masa aku turut serta kursus kahwin tu. hahaha. lama sangat dah, masa tahun 2012. punya excited ambil kan. tapi murah, so apa salahnya ambil terus. bagi adik-adik yang tengah belajar di universiti tu, biasa akan ada program macam ni. better join sahaja sebab murah dik daripada dekat luar. 

Daftar Kursus Pra Perkahwinan 

 


okay, tanpa melengahkan masa, aku nak kongsi sikit cara daftar kursus kahwin di JAIS. untuk pengetahuan, ada dua jenis kursus di kawasan Selangor ini. satu harganya RM120, kalau di bawah JAIS pula hanya RM80. jadi, ikut korang lah nak ambil yang mana satu. kami ambil di bawah JAIS sebab senang rasanya boleh terus tanya apa-apa yang berkaitan. 


kalau nak daftar tu, kena cek dahulu sama ada tarikh mana yang masih available. boleh buka website JAIS. then, cari dekat bahagian Kemudahan. ada satu link nama Kursus Pra Perkahwinan. boleh lah pilih korang punya bahagian pejabat mana yang berdekatan. then, tengoklah tarikh apa yang korang free dan boleh turut serta. 

cara daftar kursus kahwin


dekat link tu juga ada borang untuk isi maklumat korang. kena isi dulu then boleh email pada mereka. email dah ada di situ juga. kalau hantar borang, hantar je sekali dengan borang pasangan. senang. bagitahu nak tarikh apa. nanti akan dapat confirmation yang tarikh tu masih ada slot kosong dan korang diterima untuk join sekali. ha senang je. tak perlu nak pergi ke sana untuk hantar borang semata. eh, tapi jangan pula hantar borang masa tarikh korang nak join kursus kahwin tu sekali pula. bayar sahaja di sana, daftar menerusi emel. 

okay itu sahaja dari aku. harap membantu serba sedikit.

1 comment :

hello dear ! thanks for dropping by. i'll make sure to reply asap !

My Instagram

Copyright © The Minimalist Traveler. Made with by OddThemes