Cara Sewa Dewan MBSA

assalamualaikum and hello lads! siapa sini nak melangsungkan majlis perkahwinan and decide untuk buat di dewan? tapi tahu tak cara macam mana nak sewa dewan tu? mari sini aku kongsikan cara nak sewa dewan MBSA (sorry , ini cuma applied untuk Majlis Bandaraya Shah Alam sahaja. tempat lain aku tak pasti cara sama ataupun tidak)

memandangkan aku nak buat majlis di dewan, jadi aku mula mencari dewan yang berdekatan dengan kawasan rumah aku. mujurlah ada beberapa dewan yang sesuai dan boleh menampung kuantiti yang aku dah senaraikan. kalau korang nak tengok berapa sewa dewan untuk satu malam, boleh cek website MBSA.


Cara Sewa Dewan MBSA




tengoklah ni. ada macam-macam jenis dewan disediakan mengikut seksyen masing-masing. tapi satu kekurangannya, korang tak dapat nak book online. maka, korang kena pergi terus ke dewan MBSA untuk membuat proses tempahan. kenapa kena walk in?

mungkin ini sebabnya. sebelum sahkan tempahan sewa dewan, pihak MBSA akan minta lesen dan ic anda terlebih dahulu. sebab dia nak cek sama ada korang ada saman dengan pihak MBSA yang belum berbayar ataupun tidak. jadi, kalau belum bayar, kena lah langsaikan hutang masa tu juga okay!

then and only then, baru boleh cek tarikh majlis anda. sama ada masih kosong ataupun tidak dewan tersebut. ingat tau. korang kena flexible terlebih dahulu. andai kata dewan tu dah ada orang book, jenuh pula nak fikir tarikh mana yang sesuai untuk buat majlis kahwin dan sebagainya.

at least setahun awal korang dah boleh book. yes! setahun awal. jangan dah sebulan baru nak book, haru oii.. unless MBSA tu memang company bapa anda. selepas dah book, korang akan kena bayar extra RM100-RM500 untuk cagaran dewan (bergantung pada acara dan kapasiti dewan). ye la, andai kata dewan diserahkan semula dalam keadaan kotor dan rosak, maka tak dapatlah balik duit cagaran tu. okay, itu sahaja! selamat maju jaya dan aku doakan semoga majlis korang berjalan dengan lancar :)

Post a Comment

hello dear ! thanks for dropping by. i'll make sure to reply asap !

My Instagram

Copyright © The Minimalist Traveler. Made with by OddThemes