Prosedur Ujian Saringan HIV untuk Kahwin

assalamualaikum and hello lads! alkisahnya haritu aku baru je selesai buat ujian saringan HIV untuk kahwin. sebelum aku bercerita lebih lanjut, aku nak bagi peringatan sedikit kepada pasangan yang nak ambil ujian saringan HIV ni. most of us mesti dah tahu, at least 6 bulan sebelum majlis baru boleh ambil ujian ni. nak ambil awal 8-9 bulan pun boleh tak ada masalah. tapi nanti ambillah lagi sekali. sebab kalau awal sangat dari 6 bulan sebelum tu, borang takkan diterima. 


Prosedur Ujian Saringan HIV Pra Perkahwinan


satu lagi nak diingatkan, ujian HIV ni hanya boleh dibuat di hospital atau klinik kerajaan sahaja. kalau nak tahu klinik mana yang boleh buat ujian ni, boleh telefon dahulu mereka. sini aku share klinik berdekatan korang. 


p/s : ini KK Selangor sahaja. KK lain sila search di Google ye.


 

 
sumber JKN Selangor

tolonglah telefon dahulu ye. sebab macam aku buat di KK Shah Alam Seksyen 7, ujian saringan HIV pra perkahwinan hanya bermula pada pukul 2 petang - 3.30 petang sahaja. rugi datang awal rupanya belum boleh ambil. 

masa dah sampai KK tu, banyak juga borang ke isi. jadi saranan aku, korang datanglah awal sedikit. dalam 1.40 petang untuk ambil borang dari kaunter nombor giliran. pukul 2 petang dah boleh terus ambil nombor giliran. cuma kalau ramai dekat klinik, memang lama lah nak tunggu. aku di situ dari pukul 1 petang sampailah 3 petang baru sampai giliran untuk ambil darah. ambil darahnya sekejap sahaja. dia akan panggil nama korang. jadi kena alert. then, kena tunggu pukul 5 petang baru dapat result masing-masing. aduhai, memang leceh sedikit.

dekat KK lain, aku tak pasti. tapi mujurlah staff/peg kesihatan/nurse di sama semua baik dan peramah. kurangnya lama pun, tak adalah terasa sakit hati ke apa. macam tunang aku, buat di KL, muka macam nak cari gaduh je staff nya.  

sementara menunggu pukul 5petang tu, boleh lah pergi solat and makan dulu kan. mujur di Seksyen 7,banyaklah butik dan kafe berdekatan. 

masa dah sampai result tu, kita tunggu dia panggil nama. kita akan dapat balik borangnya berserta tandatangan pegawai. tapi awalnya aku musykil juga, macam mana dia tahu kita negative ke positive. sebab dekat borang tu tak ada pula tulis apa-apa. tapi nurse tu ada sebut negative. 

then, aku tanyalah kawan aku yang merupakan pegawai kesihatan juga. katanya kalau negative memang macam tu je borangnya. kalau positive / reaktif barulah ada borang lain. sebab kena datang balik untuk ambil ujian and perlu jumpa kaunseling. 

okay, itu sahaja. oh, kena bayar RM1 ye untuk ambil ujian ni. semoga korang semua yang nak ambil ujian saringan HIV ni beroleh keputusan negative. aamiin. 

adios~

4 comments :

  1. teringat dulu kami amik HIV test ni kg, bila dia bg keptusan dlm envelope, kami tertukar kptusan dgn adik lelaki sbb kami dtg sekali (majlis buat skli ms kawen). envelope takde nama.. hehe.. terpaksa dktor buka balik envelope dan tulis nama luar envelope.

    ReplyDelete
  2. Nice sharing. Tak pernah tahu pun pasal ni sebab belum terfikir lagi nak kahwin ^^''

    ReplyDelete
  3. Nak tunggu result tu memang lambat sikit Amy. Hehe.

    Semoga Allah permudahkan urusan hari bahagia Amy ya. Aamiin :)

    ReplyDelete
  4. nak amik awal tp borang tak terima... pelik juga tu ya hehehe

    ReplyDelete

hello dear ! thanks for dropping by. i'll make sure to reply asap !

My Instagram

Copyright © The Minimalist Traveler. Made with by OddThemes