Sambut Raya Syawal di Shah Alam

assalamualaikum and hello lads! hopefully belum terlambat untuk aku ucapkan selamat hari raya Aidilfitri pada semua pembaca. macam mana raya korang? dapat sambut raya dengan lebih bermakna tak? semoga semuanya berjalan lancar. especially yang trauma berjalan jauh haritu ye. ada sampai 14-20 jam perjalanan nak balik sahaja. dengan RNR banyak tutup. Masha Allah banyak dugaan tu.

Beraya di Shah Alam


however kami satu family cuma beraya di Shah Alam sahaja. i guess everyone has their own perks. nenek aku tinggal di sebelah rumah sahaja. so, nak kata beraya macam tak beraya la sebab tak merasa balik kampung jauh-jauh. tapi on the bright side, kami tak perlu hadap jammed teruk macam orang lain. kampung ayah aku pun cuma di Banting sahaja. so, cuma balik hari.

memandangkan nenek di Banting sakit, jadi paklong jaga. so, kami beraya di Shah Alam bersama nenek di sini pula. raya pertama awalnya decide nak pakai warna lain. tapi dah adik beradik lelaki nak pakai kelabu, jadi ummi suggest untuk pakai warna pink. biasalah bila emak ada anak-anak dara ramai, bukan raya pertama je sama warna. sampai raya kelima pun boleh sedondon lagi haha. korang ada tak macam ni? 

tanpa bercakap panjang, aku share sahaja gambar raya kami. cuma family makteh tak ada sebab kalini turn balik Perak. Makcik aku sorang lagi pun tak ada sebab pergi beraya sambil buat umrah di Mekah :)







4 comments :

  1. Haii. Selamat Hari Raya buat U :)

    Raya kat mana-mana pun tak pe dear. Nenek sebelah rumah je kan. Hehe.

    Berapa bilangan adik beradik? Nampak meriah ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai. selamat hari raya juga :)

      7 semuanya. tu nampak meriah kot hehe

      Delete
  2. cantiknya baju raya peplum tu..

    ReplyDelete
  3. Amy, lain kali kalau balik Banting, boleh lajak ke rumah kita :)

    ReplyDelete

hello dear ! thanks for dropping by. i'll make sure to reply asap !

My Instagram

Copyright © The Minimalist Traveler. Made with by OddThemes