Trip Balkan 10H9M | Bulgaria

assalamualaikum and hello lads! maaf sangat, dah lama sangat nak update pasal trip ke Balkan ni tapi sebab Adobe aku ada problem, jadi hilang mood terus nak edit apa-apa gambar. sebab ini gambar travel, jadi benda wajib untuk aku watermark. tapi tak mengapalah. nak tak nak, kena share juga dengan kalian betapa seronok sangat masa aku travel ke Balkan haritu. tapi meh aku cerita sikit tentang negara-negara Balkan. Balkan ni macam Eropah la kiranya. maksud aku dia bukan satu negara. tapi dia consists of macam-macam negara. Contohnya Bulgaria, Macedonia, Croatia, Slovenia, Bosnia and Herzegovina, dan macam-macam lagi. nanti aku akan cerita satu persatu keistimewaan negara-negara tersebut okay. masha Allah memang lawa sangat!!

 Trip Balkan 10H9M | Bulgaria


amysyeera

seawal jam 8 malam aku sudah berada di KLIA. family ikut sekali sebab risaukan anak perempuan dia ni nak travel seorang. yes, aku memang pergi dalam group tapi aku seorang diri sahaja. yang lain masih strangers bagi aku. dalam hati hopefully masa tu dapat ngam dengan geng tour ni. ada dalam 21 orang kesemuanya. Alhamdulillah tak ramai. bila tak ramai sangat, senang nak bergerak ke sana sini tak ambil masa banyak.

kami menaiki Qatar Airways. kalau nak tahu, Qatar Airways menjadi salah satu impian aku juga. tak sangka kali ini dapat naik. pergi Balkan pula tu. ikutkan Balkan ni ada banyak lagi negara tapi since ongkos tidak ada, maka dapat pergi 8 negara sahaja. kami transit seketika di Doha. memang agak rushing sebab airport Doha sangat besar! bila besar, maknanya kena berkejar sebab ada 1 jam sahaja jarak antara next flight ke next flight. make sure kalau korang macam ni, jangan jalan slow nanti terlepas! ni tips bernas dari pakcik aku. please remember this okay.




perjalanan mengambil masa selama 15 jam lamanya. adui memang kematu punggung. mujurlah banyak movie best dan Qatar Airways sememangnya selesa. sampai sahaja Bulgaria, satu perasaan tu tak dapat diungkap. aku tak sangka aku dapat explore Balkan before aku menjejaki alam rumahtangga. 

Sofia, Bulgaria 

KLIA > Sofia Airport, Bulgaria

Masa berlepas : 2.25 pagi
Transit : Doha Airport
Masa tiba        : 12 tengah hari
Masa Perjalanan : 15 jam

sampai sahaja di airport, kami mula ambil barang masing-masing dan bergerak keluar untuk berjumpa dengan tour guide di sana. setiap negara akan ada local tour guide sebab diorang lebih arif dengan negeri diorang masing-masing.

kami dibawa ke bandar Sofia. segala tips dan warning diberi supaya kami lebih berhati-hati. Biasalah bila melancong dekat negara orang, penyeluk saku memang target kita je. korang pun kena hati-hati juga tau. malang tak berbau.

amysyeera


amysyeera


kami singgah solat sebentar di masjid berdekatan. masha Allah memang sejuk benar air dia. musim sejuk kan. nak menangis pun ada sebab terasa beku. kemudian, kami ke Restoran Olive. one of halal restaurants yang ada di Sofia. not bad tau makanan dia. korang kena try sini juga okay.

amysyeera

amysyeera

amysyeera

amysyeera

amysyeera


 
memandangkan aku ikut tour, jadi tak dapat nak explore banyak sangat kawasan Sofia ni. bagi peminat filem Hindi, korang mesti pernah tengok filem Dilwale kan. salah satu dari tempat yang dia shoot ada di Sofia. aku nampak tempat tu, tapi tak sempat nak bergambar dekat situ. sedih T__T

Image result for dilwale scene bulgaria

lepas tu berjalan la sekeliling kawasan ni.

amysyeera


amysyeera

amysyeera

selesai explore bandar Sofia yang tak sepenuhnya, kami kena cepat naik bas sebab nak crossing border terus dah. next country would be Macedonia. bagi aku, tak ada yang menarik sangat pun Bulgaria ni. lagipun macam susah nak cari makanan halal. setakat nak ambil gambar boleh lah. nak berlama maybe tak.

ini antara tempat korang boleh explore

- Alexander Nevski Cathedral
- Holy Synod
- National Theatre
- Banya Bashi Mosque

kami tidur di Macedonia. Hotel Panoramika Design & Spa. memang lawa! border crossing tak ambil masa lama pun. alhamdulillah. oh, peringatan. masa dekat border mana-mana negara pun, jangan ambil gambar okay. nanti kena tangkap. diorang tak bagi. atas dasar keselamatan.

kalau ada apa-apa nak aku tambah or tanya, boleh komen di bawah okay.

8 comments :

  1. Haii dear Amy. Lama perjalanan 15jam tu, memamg kematu lah punggung itu. Hehehe ;)

    Ada penyeluk saku :(

    Owh filem diwale ada shoot situ.
    Owh filem

    ReplyDelete
    Replies
    1. haii.. tu la, memang kematu hahaha. lepas tu naik bas pula letih juga la

      Delete
  2. wah bestnya amy da dpt pegiii sini..

    ReplyDelete

hello dear ! thanks for dropping by. i'll make sure to reply asap !

My Instagram

Copyright © The Minimalist Traveler. Made with by OddThemes