
Ya Allah Ya Tuhanku,
Hari bahagia semakin mendekat
Hati semakin resah
Bukan resah kerana tidak yakin
Tapi bagaimana nanti permulaan cerita kami berdua
Mampukah aku menjadi yang terbaik untuk dirinya
Mampukah kami membimbing sama-sama ke syurga
Ya Tuhanku,
Tidak pernah sesaat aku terfikir kau akan mengurniakan aku seorang lelaki seperti dia
Seseorang yang memahami diriku
Seseorang yang sabar melayan emosi dan kerenahku
Sungguh aku pernah berputus asa suatu ketika dahulu
Tapi ternyata Kau lebih Tahu
Ya Rahman,
Aku sayang pada dia
Andai benar dia jodohku
Tetapkanlah hati kami berdua ini
Jauhkanlah kami daripada anasir yang tidak diingini
Dunia semakin banyak halangan dan pancaroba
Engkau sahaja tempat kami meminta
Andai dia sememangnya untukku
Semaikanlah rasa sayang dan cinta dalam dirinya
Dan tidak melebihi cintanya pada diri Mu
I've been reading your blog for years and to follow your journey from your younger days until you're finally becoming someone's wife make me believe that dreams do come true. I sincerely wish you all the best for the new chapters in your life. May Allah ease everything and congratulations! <3 <3
ReplyDeleteawww thank you so much. appreciate it a lot. mesti dah biasa tengok saya meroyan kan hahahahaha.. dulu tak habis-habis cerita tak jumpa la, tak kahwin la. tup2 nak kahwin dah.
Deleteaamiin in shaa Allah thank you :)
memang layan la baca malam2 ni..eheheehe
ReplyDeletehehehe.. tiba2 je terdetik nak tulis.
Deleteberpuitis rupanya amy ye hehe
ReplyDeletehaha ala biasa je tu kak Ana :P
DeleteInshaAllah... semoga bahagia dan menjadi isteri yang solehah :)
ReplyDelete